Sunday 14 June 2015

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Meneran







Ketika menjalani proses kelahiran normal, meneran adalah salah satu proses alamiah untuk mendorong bayi keluar.Proses meneran perlu dilakukan dengan baik dan betul agar kekuatan ibu tidak menjadi sia-sia. Beberapa kesalahan yang sering dilakukan saat meneran ialah:




Menutup Mata
Lebih baik membuka mata dan arahkan pandangan ke arah perut. Menutup mata ketika meneran akan memberi tekanan pada mata yang menyebabkan mata menjadi merah dan hanya akan hilang selepas beberapa hari kemudian.


Mengangkat Punggung
Jangan angkat punggung!
Jika anda mengangkat punggung ketika proses meneran, ia hanya akan membuat koyak perineum menjadi lebih lebar sehingga anda akan lebih banyak menerima jahitan. Ini juga akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan akan memberi tekanan kepada anda kerana sakit pada jahitan.


Berteriak/Menjerit
Banyak ibu yang berteriak untuk melepaskan rasa sakit ketika proses melahirkan. Namun hal ini tidak bagus kerana selain mengurangkan tenaga ia juga membuat tekak menjadi kering, batuk, serak dan keadaan akan menjadi panik. Lebih baik kumpulkan tenaga untuk meneran daripada anda menjerit. :)


Meneran sebelum ada arahan daripada doktor
Lakukan pernafasan panting (pendek-pendek dan cepat) sebelum pembukaan lengkap. Ikut arahan doktor. Jika anda meneran sembarangan, selain membazir tenaga, meneran secara tidak teratur juga menyebabkan kesan koyak yang lebih besar dan bengkak.


Menahan Meneran
Kadang-kadang ibu akan menahan daripada meneran kerana takut najis ikut keluar melalui dubur. Untuk itu adalah disarankan anda untuk mengosongkan usus 24 jam sebelum proses kelahiran.

2 comments:

  1. Tq.. insyaAllah smoga bmnfaat utk smua ibu2 yg akn mlalui proses kelahiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih sudi singgah.. :)

      Delete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on