Monday 8 June 2015

Kemurungan Selepas Bersalin






Mempunyai bayi baru biasanya dianggap sebagai masa yang menggembirakan. 
Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu baru, anda tidak semestinya akan merasakan perasaan ini terus menerus.
Anda akan melalui satu tempoh di mana anda akan bersedih, tertekan dan menangis. Perasaan ini dikenali sebagai 'baby blues', meroyan atau kemurungan selepas melahirkan. 
Ia biasanya bermula 3-10 hari selepas bersalin dan memberi kesan kepada kira-kira 85 peratus kepada ibu-ibu baru. Umum menganggap bahawa perkara ini adalah satu perkara yang normal.
Kira-kira 10-15 peratus daripada ibu-ibu yang baru mendapat kemurungan dalam jangka masa yang panjang. Ia selalunya berlaku dalam masa enam minggu selepas bersalin dan boleh datang secara beransur-ansur atau dengan tiba-tiba. Ia boleh dikategorikan sebagai kemurungan yang agak sederhana hingga sangat teruk.


Tanda-tanda biasa kemurungan selepas bersalin

Anda mungkin mengalami satu atau lebih daripada gejala berikut. Walau bagaimanapun, adalah tidak mustahil untuk anda merasai semua tanda-tanda berikut:


1) Sering berasa sedih dan rendah diri
2) Menangis tanpa alasan yang jelas
3) Merasa diri tidak bernilai
4) Mempunyai fikiran buruk tentang masa hadapan
5) Letih
6) Cepat berasa marah
7) Perasaan bersalah terhadap diri sendiri
8) Bermusuhan dan tidak bersikap baik kepada pasangan dan bayi anda

Anda mungkin mendapati bahawa anda juga mempunyai simptom di bawah:

1) Hilang daya tumpuan
2) Tidur sering terganggu dan tidak lena
3) Kurang selera makan
4) Tiada keinginan seks
5) Berfikiran tentang kematian


Anda sedia maklum bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan dan pemerhatian yang kerap, termasuk pada waktu malam. Ini adalah perkara biasa untuk anda berasa letih dalam bulan-bulan pertama selepas kelahiran bayi. Kurang tidur juga boleh membuatkan anda merasa cepat marah. Walau bagaimanapun, satu petunjuk bahawa anda mungkin mengalami kemurungan adalah jika anda merasa sukar untuk tidur walaupun anda berasa sangat letih dan anda mempunyai peluang untuk berbuat demikian.



Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

Cuba dapatkan banyak rehat 
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja. 




Makan makanan yang sihat dan seimbang 
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga. 





Buat senaman ringan 
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini. 

Bergaul dengan ibu-ibu lain 
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah tip-tip ibu-ibu dan bapa-bapa kami tentang cara-cara untuk berjumpa ibu-ibu baru lain. 

Bersikap baiklah terhadap diri sendiri 
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.





Minta bantuan suami dan orang berdekatan
Jangan ego. Minta lah bantuan suami. Terangkan kepada suami masalah anda. Jangan malu dan berselindung. Minta suami jaga bayi anda bila waktu malam. 

Jika terdesak dan masalah berlarutan minta bantuan pakar!
Segera berjumpa pakar kaunseling atau doktor anda untuk meminta nasihat tentang masalah ini jika anda tidak mampu mengawalnya sendiri. Jangan malu untuk memberitahu perkara sebenar, Ikut nasihat yang diberikan dan makan ubat-ubat yang diberi mengikut masa yang sesuai. Sentiasa pastikan anda menepati setiap temu janji dengan pakar anda sehingga anda betul-betul yakin yang anda sudah bebas dari masalah ini,





                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *








Set berpantang shaklee menyediakan keperluan nutrisi yang cukup kepada ibu selepas bersalin. Keperluan ini merangkumi nutrisi untuk penyusuan, elak stress selepas bersalin dan penyembuhan luka dengan cepat. Jika anda ingin dapatkan set berpantang shaklee, boleh la menghubungi saya dengan segera.
014-3794493


No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on