Thursday 2 July 2015

Berpantang Semula Setelah Setahun Selepas Melahirkan

Sumber Google




Assalamualaikum mommies. Ada tak mommies yang rasa tak berpuas berpantang, tak berpantang dengan betul selepas bersalin? Setelah setahun selepas bersalin, badan mula rasa berangin, perut masih buncit dan sengal-sengal badan, ada tak mommies yang rasa begitu? Of course ada kan terutama mommies yang baru pertama kali melahirkan anak. Dengan pengalaman yang kurang, jadi berpantang pun tidak berapa cun. Tak best kan anak baru satu badan sudah mula terasa sengal-sengal.

Saya nak kongsi satu nasihat daripada seorang bidan yang saya rasa mungkin ada di kalangan anda yang kenal dengan beliau. Saya pernah bertanya kepadanya bolehkah amalan berpantang diteruskan selepas setahun sudah melahirkan. Dan ini jawapan beliau yang saya olah sedikit untuk memudahkan anda yang membaca.


Boleh. Ibu yang tidak puas berpantang atau tidak berpantang dengan baik masih boleh melakukan amalan pantang 44 hari /100 hari walaupun sudah lebih setahun selepas melahirkan. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah berurut selama 3 hari pagi. Urutan badan dilakukan bertujuan untuk sangkak peranakan biar ia pulang ke makam. Seeloknya sebelum berurut, biarkan perut dalam keadaan kosong tanpa bersarapan untuk memudahkan proses susur urat.

Setelah selesai berurut, bolehlah mula mengambil jamu atau herba yang bertujuan untuk memulihkan semula tenaga dalaman wanita. Sebaiknya jika badan anda terasa berangin, boleh lah memasak sup ayam yang dicampur halia dan wajib makan bersama-sama halia tersebut untuk membuang angin berlebihan dalam badan.

Sayur-sayuran menjalar dan berangin juga harus dielakkan dalam tempoh berpantang semula ini untuk mengelakkan sejuk-sejuk badan. Seeloknya elakkan minum milo atau teh kerana ini adalah sumber yang membuatkan badan kita lebih berangin. Tetapi jika anda tiada masalah dengan kedua-dua minuman ini, boleh lah diteruskan seperti biasa. Pilihan yang terbaik adalah air kopi kasar yang dibuat suam atau panas-panas untuk mengelakkan badan menjadi sejuk-sejuk.

Banyakkan mengambil buah-buahan yang tinggi dengan serat untuk mengelakkan masalah sembelit dalam tempoh berpantang semula ini. Bagi mommies yang bersalin secara czer yang masih mempunyai perut yang buncit, elakkan mengambil minum berais selama tempoh berpantang semula ini. Ini adalah kerana apabila kita czer, urat-urat kita cepat kembang dan menyebabkan perut buncit.

Sedikit tips yang boleh dilakukan sebelum tidur untuk mengelakkan perut buncit adalah melakukan senaman cycling dengan mengangkat kaki ke atas. Semasa mandi juga boleh cuba menarik nafas dalam-dalam agar perut kempis. Penggunaan krim sapuan panas juga boleh dilakukan agar perut kembali tegang seperti sedia kala












4 comments:

  1. Salam...Saya da 3 bulan sjak bsalin haritu, nak jg berpantang balik utk pulihkn betul2 badan ni. Thank u for the tips! :)

    ReplyDelete
  2. Salam...Saya da 3 bulan sjak bsalin haritu, nak jg berpantang balik utk pulihkn betul2 badan ni. Thank u for the tips! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terima kasih sudi singgah. Eh jom la sama2 berpantang balik. Sy pun nak pantang balik ne sbb mcm x puas pantang aritu.hehe

      Delete
  3. bertungku best. badan rasa ringan.

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on