Wednesday 8 July 2015

Masalah Yang Mungkin Timbul Ketika Dalam Pantang


Assalamualaikum! Maaf lah dah 2 hari rasanya tidak update apa-apa di blog ini. Kurang sihat pula sejak kebelakangan ne. :) Mommies yang sudah bersalin, tahniah saya ucapkan! Mesti bestkan dapat hidu bau baby.. Mommies ketika dalam pantang, ada beberapa masalah yang mungkin timbul yang mungkin mommies kurang alert tentang perkara ini. Saya akan kongsikan beberapa jenis masalah yang mungkin timbul ketika dalam pantang yang perlu mommies ambil tahu.

*
*
*
*
*
*
*


TUMPAH DARAH

Tumpah darah selepas bersalin biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak kita sedari dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Jadi mommies pastikan berhati-hati ketika berada dalam pantang dan segeralah bertanya dengan doktor anda jika ada perkara yang pelik berlaku ketika anda sedang berpantang.



JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING

Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit dan terasa sakit atau pedih atau mungkin berasa tidak lawas. Jika tanda-tanda ini berlaku, segera berjumpa doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan jenis rawatan yang akan diberi





JANGKITAN KUMAN PADA LUKA DAN RAHIM

Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian LUKA pembedahan czer dan luka pada kemaluan.Penjagaan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Amat penting juga mommies meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Pastikan mommies mengambil supplemen untuk mencukupkan keperluan nutrisi supaya jangkitan kuman tidak terjadi.






MASALAH PADA PAYUDARA

Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting payudara tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. 







MASALAH EMOSI

Ketika dalam pantang,sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.
Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami. Anda boleh baca di sini mengenai kemurungan selepas bersalin.



So mommies semua sila jangan ambik ringan masalah-masalah seperti di atas. Bertanyalah kepada yang lebih arif tentang masalah ini dan bantu diri anda sendiri untuk mengelakkan perkara begini terjadi ketika dalam pantang. Sehingga ini sahaja perkongsian dari saya. Selamat berpantang mommies!

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on