Saturday 12 March 2016

Ketidakselesaan Semasa Hamil






"Tahniah! Puan hamil 5 minggu!"
Excited dan happy bila dengar berita begini dari seorang doktor kan. Di sebalik kebahagiaan itu, ada terselit ketakutan untuk menghadapi 'perjuangan-perjuangan' sepanjang tempoh kehamilan. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang mudah kan especially untuk yang pertama kali bergelar ibu.
Masa saya dulu macam tu la. Happy tapi dalam masa yang sama berfikir boleh kah handle kalau morning sickness yang tahap teruk? Untunglah siapa yang tak morning sickness dan sihat sepanjang hamil kan. Memang rezeki korang lah. ^_^


Berbalik kepada tajuk di atas, jom kita teliti apakah ketidakselesaan yang mommies bakal hadapi sepanjang kehamilan nanti. Jangan lupa ajak suami baca sekali entri ne. Hah, barulah susah dan senang sama-sama. Adil kan.. Hehehe..



Ketidakselesaan Semasa Hamil Yang Perlu Anda Tahu








1) Morning Sickness

Mual, muntah sepanjang hari. Kalau boleh nak duduk dalam tandas sepanjang masa! Kadang nak makan pun takut sebab confirm akan muntah.. Itulah namanya morning sickness. Jangan risau keadaan macam ne biasanya akan ambik masa dalam 2-3 bulan je. Biasanya masuk trimester kedua, dah takde rasa mual muntah macam tu. Tapi, kalau berlarutan sampai waktu nak bersalin, mommies anggap sebagai rezeki je la ye. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua tu. ^__^
Masa saya mengandungkan Khalifah, keadaan mual ne berlarutan sampai bulan ke 4 kehamilan.









2) Perubahan Bentuk Badan / Kenaikan Berat Badan

Ini lagi satu perkara yang normal yang akan mommies hadapi. Samada perubahan bentuk badan ataupun kenaikan berat badan yang drastik. Macam saya, kenaikan berat badan yang saya alami ialah 10kg! Memang sangat gemuk masa tu. Just nak remind, mommies kena hati-hati jika berat naik secara mendadak dalam masa yang singkat. Kemungkinan untuk dapat kencing manis / darah tinggi semasa hamil amatlah tinggi jika berat badan tidak dipantau dan dikawal terutama pada masa awal kehamilan.








3) Kerap Membuang Air Kecil

Bila hamil. memang akan kerap rasa nak membuang air kecil. Memang letih. Keadaan ini terjadi sebab uterus (rahim) yang semakin membesar berada di atas pundi kencing yang mendesak pundi kencing dan menyebabkan kita sering rasa nak buang air. Volume darah dalam tubuh juga bertambah sehingga darah banyak menuju ke ginjal dan diproses menjadi urin. Jadi, mommies dinasihatkan supaya kurangkan mengambil minuman yang meningkatkan pengeluaran urin seperti kopi, teh dan soda. Lagipun minuman tinggi kafein tidak elok diminum semasa hamil kerana boleh menyebabkan penyerapan vitamin menjadi kurang.




4) Sembelit

Semasa hamil, sistem pencernaan juga akan mengalami perubahan. Hal ini juga dipengaruhi oleh perubahan hormon yang terjadi pada tubuh wanita hamil kerana rahim yang membesar sehingga usus – usus dalam tubuh tertekan dan najis menjadi susah untuk keluar. Banyakkan makanan yang tinggi serat semasa hamil dan juga mengambil air putih secara tetap dan teratur supaya mommies tak kena sembelit. Sakit tau sembelit ne.





5) Malas dan Lemas untuk Membuat Aktiviti Harian

Semakin bertambah usia kandungan, semakin rasa bebanan untuk mommies. Yalah dengan perut yang semakin membesar pasti memerlukan lebih banyak tenaga kan. Sebab tu ketika hamil ada yang cepat berasa letih dan lelah. So mommies amat digalakkan untuk mengambil nutrisi yang cukup atau supplemen kesihatan yang bersesuaian untuk mendapatkan extra tenaga lebih-lebih lagi mommies yang bekerja di luar.






6) Imsonia

Hampir semua wanita hamil akan mengalami masalah untuk susah tidur. Dengan keadaan perut yang semakin membesar, agak susah untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Bila nak tidur, baby dalam perut pula tiba-tiba menendang, rasa nak buang air kecil yang kerap, mimpi buruk kerana perubahan emosi dan macam-macam lagi. Stress juga bila tak dapat tidur yang berkualiti kan. Akhirnya badan jadi lemah, kesihatan terganggu, emosi pun terganggu. 





Actually, banyak lagi ketidakselesaan semasa hamil ne. Tapi yang saya listkan di atas, paling common la yang selalu akan dihadapi oleh ibu hamil. Di sebalik semua ketidakselesaan ne, akhirnya akan membawa seribu keindahan iaitu anak yang bakal kita lahirkan. InsyaAllah jika kita belajar lebih bersabar dan bertenang ketika hamil, anak pun akan jadi seorang yang penyabar. Berdoa banyak-banyak supaya urusan dipermudahkan semasa hamil sehinggalah waktu hendak melahirkan..
Kalau rasa nak tips-tips lagi, jangan lupa follow blog saya tau.
Sampai di sini saja entri kali ini. InsyaAllah akan bertemu lagi di entri akan datang. ^__^





Ummi Khalif

014-3794493

Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu

SID 1076149



Read More »

Tuesday 8 March 2016

Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Dengan Mudah





Ramai kenalan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur dan menyukarkan mereka untuk merancang kehamilan dan usaha untuk hamil. Memang agak susah jika kita tidak tahu kitaran haid yang sempurna. Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda tahap kesuburan yang baik untuk seseorang wanita itu.Mereka sering mengambil ringan tentang masalah ini kerana kurang pengetahuan tentang pentingnya untuk mendapatkan kitaran haid yang sempurna. Dalam entri yang lepas, saya ada menyatakan beberapa punca haid menjadi tidak teratur. Hari ini, saya nak berkongsi cara mudah untuk atasi masalah haid tidak teratur anda dengan cara yang lebih moden dan selamat!




Mesti ada antara anda yang pernah dengar tentang GLA Shaklee kan? Kebanyakan GLA (Gamma-linolenic asid) yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Sebenarnya, GLA lah yang menyebabkan EPO begitu digemari oleh kaum wanita kerana dapat menyelesaikan masalah hormon wanita terutamanya dalam atasi masalah haid, iaitu dari segi kitaran haid atau PMS. Sedikit tambahan, sebenarnya GLA bukan sahaja untuk wanita malahan boleh diambil oleh lelaki, remaja juga kanak-kanak (sila rujuk SID anda untuk ketahui dosage).

GLA Shaklee diesktrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA yang terdapat dalam EPO. Borage juga adalah mempunyai bioavailabiliti lebih 3 kali dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Lebih istimewa lagi GLA shaklee adalah 100% semulajadi.


Antara manfaat UTAMA GLA Shaklee:-

★ Mengawal dan menstabilkan hormon estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon, atasi masalah PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

★ Melambatkan monopous - mengurangkan gejala monopous seperti hot falshes, ketidakhadaman, depresi atau insomnia. Jika diambil secara berpanjangan GLA membantu dalam melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan tone kulit yang lebih muda.

★ Memperbaiki prostatomegaly - memperbaiki prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

★ Menentang cancer - GLA sebagai anti-oksiden yang menghalang pertumbuhan sel kanser dan meningkatkan sistem imun.

★ Memperbaiki inflamasi kulit - membantu dalam mengatasi elergi, eczema, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan seperti jeragat, mengurangkan inflamasi kulit dan mengurangkan sakit dan bengkak akibat artritis. 

★ Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan aras gula, meringankan kebas dan kesakitan disebabkan aras gula yang tinggi.

★ Pelansingan dan menghalang  pertambahan berat badan - menghalang penambahan berat badan dengan berkesan , membantu dalam pembentukan shape badan yang cantik dan merendahkan kolestrol jahat.

★ Menghalang tekanan darah tinggi - meransang peredaran darah yang lancar, halang pembekuan darah, menormalkan tekanan darah dan elak masalah sakit jantung.

★ Memperbaiki struktur rambut - mengatasi masalah rambut kering dan keguguran rambut.



Berikut ialah testimoni-testimoni pengguna GLA:























RM91.25 (60biji)




Kalau rasa-rasa anda memang perlukan konsultasi produk yang sesuai untuk masalah haid anda, jangan malu jangan segan untuk terus contact saya. Yang mana dah lama merancang untuk dapatkan zuriat, jom try pula alternatif dengan supplemen. InsyaAllah siapa tahu rezeki anda pula lepas ne kan. Kita hanya merancang, selebihnya serah kepada Allah.. ^_^






Ummi Khalif

Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu

SID 1076149

014-3794493






Read More »

Makanan Terbaik Untuk Minda Anak








Kecerdasan otak anak anda bukanlah semata-mata dipengaruhi oleh faktor genetik. Malah banyak faktor luaran yang mempengaruhi seperti faktor nutrisi dan pemakanan. Sebagai ibu bapa, amat penting untuk kita menyediakan makanan yang terbaik dari segi nutrisi untuk perkembangan minda yang sihat kepada anak-anak kita. Terdapat beberapa jenis makanan yang mampu merangsang kecerdasan minda anak-anak yang bakal saya kongsikan dalam entri kali ini. Jom kita semak adakah makanan-makanan ini termasuk dalam diet seharian anak kita.




1. Ikan salmon

Ikan yang mengandungi lemak seperti salmon merupakan sumber terbaik omega-3, EPA dan DHA. Keduanya penting dalam pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak anak anda. Penelitian menunjukkan bahawa anak yang mendapatkan nutrisi lemak omega 3 mempunyai lebih kemampuan untuk berfikir lebih mendalam dan tajam. Wajib beli dah lepas ne ikan salmon. Huhu!









2. Sayuran Yang Bewarna

Sayuran yang mempunyai warna menarik seperti tomato, labu dan bayam mempunyai nutrisi yang banyak dan sumber antioksidan yang terbaik untuk mendapatkan sel-sel otak yang sihat. Mengambil sejumlah sayur-sayuran setiap hari memang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan walaupun hakikatnya ada ramai kanak-kanak yang tidak menyukai sayuran. Hah, jadi ibu kenalah lebih kreatif dalam masakan selepas ini untuk galakkan anak makan sayur!







3. Telur


Telur merupakan sumber protein yang mampu milik! Kuning telur sangat penting untuk mengekalkan struktur membran sel otak kerana mempunyai sejenis nutrisi yang dinamakan Choline. 2 biji kuning telur sehari membekalkan lebih kurang 230mg choline kepada otak kita! Boleh lah lepas ne sediakan sarapan telur kepada anak-anak. Harga pun affordable! ^_^







4. Oatmeal

Oat merupakan salah satu dari bijirin sarapan yang paling popular di kalangan anak-anak dan juga orang dewasa. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak. Jadikan oatmeal sebagai sarapan anak setiap hari supaya dia kekal bertenaga sepanjang hari! Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, yang membuat badan dan fungsi otak berfungsi secara optimum. Serius! Sedangkan kita yang dewasa kalau ambik oat masa sarapan, memang akan kenyang dan bertenaga sampai tengah hari, Jadi, tiadalah istilah makan berlebihan di waktu pagi. 







5. Buah-buahan


Secara umumnya, buah-buahan yang bewarna seperti cherry,blueberry, strawberry mengandungi nutrisi yang cukup baik untuk kecerdasan anak-anak. Dengan kadar antioksidan yang tinggi dan juga vitamin C mampu memperbaiki fungsi daya ingatan. Tapi kunci yang sebenarnya ialah berapa banyak portion buah yang anda sediakan untuk anak-anak setiap hari? Cuba check. Cukup atau tidak? Buah-buahan ini juga selain memberi kecerdasan, ia juga amat penting untuk tumbesaran anak dan kesihatan tubuh badan. Jadi cuba pastikan anak anda makan buah setiap hari untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan.





6. Susu & Yogurt
Makanan yang berasal dari produk tenusu memiliki kandungan protein tinggi dan vitamin B. Kandungan protein dan vitamin B merupakan nutrisi penting dalam pertumbuhan jaringan otak dan juga enzim.Mengambil susu,produk tenusu atau yogurt juga mampu membuat perut bertahan lama dari lapar kerana adanya kandungan protein dan karbohidrat serta menjadi sumber tenaga bagi otak anak anda. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak vitamin D bahkan 10 kali lebih perlu dari dos yang disarankan. Vitamin D adalah vitamin yang penting untuk otot dan sistem saraf secara keseluruhan.





So, lepas ne mommies boleh lah masukkan makanan-makanan ini dalam diet seharian anak kita. Selain daripada itu, kita juga harus rajin untuk membawa anak membaca buku dan membuat aktiviti-aktiviti yang memerlukan anak kita berfikir dengan lebih kreatif. Doa setiap hari juga tak boleh tinggal tau. Doa seorang ibu makbul tau! Doakan yang baik-baik untuk anak kita. InsyaAllah kita akan dapat bentuk anak kita menjadi insan yang bijak dan berdaya saing!











Ummi Khalif'
014-3794493
Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu
Sid 1076149
Read More »

Kesilapan Semasa Mendisiplinkan Anak









Assalamualaikum.

Lama sangat tak bersiaran di blog. Nasib tak berhabuk.. Dalam mencari ilham penulisan, saya terpanggil untuk menulis mengenai kesilapan dalam kita mendisiplinkan anak. Seperti anda, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika proses mendidik anak. Kadang-kadang saya rasa cara saya 100% betul sudah. Sehinggalah saya terbaca mengenai satu artikel mengenai kesilapan kita sebagai ibu bapa dalam mendisiplinkan anak yang bakal saya kongsikan dalam entri kali ini. 

Mungkin ada sesetengah dari kita yang rasa artikel ini ada kesilapan. Tetapi saya memohon supaya kita hanya mengambil yang baik-baik sahaja sebagai panduan kita. Semoga perkongsian ini bakal memberi kita kesedaran yang baru dalam kita membesarkan anak-anak kita. Jom kita baca dan teliti apakah kesilapan yang biasa kita lakukan dalam kita mendisiplinkan anak.




1) Memberi Ganjaran

"Kalau abang tak ganggu adik, nanti ibu belikan abang alat permainan"
Biasa dengar tak dialog ini? Atau anda sendiri yang selalu mengatakan hal ini kepada anak-anak?
Aha! Jangan sesekali memberikan anak ganjaran sambil meminta dia berjanji untuk tidak melakukan hal-hal yang anda tidak inginkan. Dengan memberi ganjaran, anda menjadikan anak anda untuk mahu melakukan sesuatu disebabkan adanya ganjaran. Dan bukan kerana dorongan dari dalam dirinya sendiri. 
Beri pemahaman yang jelas kepadanya dengan memberitahu tindakan dia menganggu atau memukul adiknya ialah satu sikap yang buruk.
Sebaiknya berikanlah hadiah kepada anak sebagai bentuk penghargaan atas prestasi baik yang dicapainya. Misalnya anda menunjukkan "two thumbs up" kerana dia tidak menganggu adiknya yang sedang tidur. Jelaskan kepada anak anda kenapa anda memberikannya "two thumbs up".
Dengan cara ini, saya pasti anak akan lebih berdisiplin dan lebih bijak membezakan kelakuan baik dan kelakuan buruk.








2) Berbohong

Pernah melalui situasi di mana anda sedang bergegas-gegas untuk ke pejabat dan anak merengek kerana dia juga hendak ikut anda keluar? Di saat anak meraung-raung, terkeluar pula perkataan "bohong" dari mulut anda.
"Papa mau keluar sebab mau pergi lawan dinosaur besar di luar." Dan anak pun automatik diam! Anda terus berfikir Yes! Berhasil juga menipu sekejap. 
Saat anda kerap membuat pembohongan di sana lah saat anda menghilangkan kepercayaan anak kepada diri anda. Secara tidak langsung anda juga telah berjaya mengajarkan anak anda untuk melakukan perkara yang sama kepada diri anda. Oopss!
Cara yang terbaik selain dari berbohong ialah memberitahu perkara yang sebenar walaupun agak perit untuk anak anda menerimanya. ^_^ Cuba bagitau yang anda perlu ke pejabat untuk bekerja dan selesai bekerja anda akan cepat pulang untuk berjumpa dia. Mudah kan? Jom praktikkan bersama okay!








3) Langgar Peraturan

"Adik, makan kena duduk. Tak boleh makan sambil berjalan". Dalam masa yang sama, anda sendiri buat begitu..Oops! Langgar peraturan tu! Bila ibu bapa sendiri dah langgar peraturan, macam mana anak nak ikut peraturan pulak? Nanti anak pun bingung mana satu perkara yang boleh dibuat dan yang tidak boleh dibuat dalam rumah.. Pening pening.. Haha! Jadi, berilah kerjasama.. Jika anda sudah menetapkan peraturan dalam rumah macam tu, anda pun kenalah patuh. Jangan bagi alasan pula. Kata nak disiplinkan anak cara yang betul.. hehehe













4) Mengugut dan memarah anak 

Mengugut untuk membuang mainan anak jika dia tidak mengemasnya. Dan akhirnya anda tak buang pun. Esoknya, anak ulang lagi perbuatan. Begitu juga dengan anda. Terus mengugut tapi tak tunaikan. Anda bohong lagi! Dan akhirnya anak rasa ditipu.. Next time bila anda ugut lagi, saya jamin anak tak akan takut pun. Sebab dia yakin, anda tak akan buang punya. Cara begini akan gagal untuk disiplinkan anak. 
Berikanlah hukuman atau peringatan secara bertahap ketika anak melanggar peraturan. Jangan lupa juga untuk memaafkan anak kerana mereka sedang dalam proses belajar untuk mengendalikan diri. Ibu bapa juga harus menunjukkan sikap yang betul dan perkara yang seharusnya dilakukan oleh anak sewaktu berada dalam situasi berikut. Tunjukkan disiplin dengan menunjukkan contoh secara berulang-ulang. Begitulah cara anak akan belajar untuk berdisiplin.




5) Target yang Tinggi

Meletakkan target yang tinggi untuk anak supaya disiplinnya sempurna sangat tidak digalakkan. Ingat! Anak anda sedang dalam proses pembelajaran dan pembesaran. Sedangkan kita sebagai ibu bapa juga tidak sempurna. Jangan bagi tekanan kepada anak. Kelak anak akan lebih beremosi dan mungkin akan tertekan sebab seluruh hidupnya diatur supaya sentiasa sempurna. Bersederhanalah!







So, ada ciri-ciri macam di atas? Nampaknya ramai juga yang terus berfikir kan. Actually, diri saya juga ada ciri-ciri di atas. Lepas ni, memang kena ubah lah secara perlahan-lahan. Kita ambik yang baik-baik saja okay. Kalau rasa kurang setuju, sudi-sudikanlah untuk komen dan beri cadangan supaya kita sama-sama dapat belajar menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sehingga kita berjumpa lagi di entri akan datang! Saya doakan agar kita semua akan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita di alam semesta ini. AAMIIN!!



credit to:keluargadotcom




Ummi Khalif
014-3794493
Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu
SID1076149




Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on