Sunday 24 April 2016

Pollux Annual Gala 2016

Assalamualaikum. Selamat pagi rakan-rakan blogger.

Pagi ne tekak rasa perit. Nak menelan pun pedih semacam. Maybe semalam tak cukup minum air. Al maklum la musim panas.. huhu.

Sabtu lepas (23/4/16) telah berlangsung satu majlis makan malam untuk Pollux Family. Semua pengedar Shaklee di bawah naungan Master Aya berkumpul malam tu.

Pollux Annual Gala ( PAG 2016 ) dibuat di Sabah Oriental Hotel. Makanan sedap-sedap ohh.. Sampai lupa UK nak ambik gambar.

Macam-macam aktiviti menarik malam tu. Ada seisi sharing success story dari leader hebat Alexander Brigett. Pastu ada seisi cabutan bertuah, montaj, games dan award untuk leaders.

UK malam tu tak terima award apa-apa lagi. Tapi UK berjaya bawak pulang 3 hadiah hasil dari lucky draw dan games. Hahaha.

Kawan-kawan semeja semuanya tengah sarat mengandung. Jadinya hanya UK saja yang mengandung lemak. So semua games nak bolot.

Tak sia-sia datang. Selain dapat makan makanan yang sedap, jumpa kawan-kawan Shaklee yang lain, dapat pula bawak pulang hadiah banyak. Happy sangat! Tuah UK malam tu. ALHAMDULILLAH.

Takde ambik gambar banyak sangat. Sebab da busy dengan games bagai. So UK bagi gambar hadiah yang UK menang je k.

😁😁😁

014.379.4493
Ummi Khalifah
Pengedar Shaklee Sabah
Sid 1076149

Read More »

Wednesday 20 April 2016

Manisnya Gula Itu..

Gula oh gula! Manismu membuat hati tertawan. Namun awas!! Jika berlebihan habislah kaki kena potong.

Ramai yang tak ambik kisah kan betapa bahayanya pengambilan gula berlebihan dalam pemakanan seharian kita.
Tengok la generasi sekarang..
Umur kecik lagi dah obesiti.. Yang 20 an pun ada kencing manis.

Semua ne sebab diet la. Pemakanan tak seimbang. Gaya hidup kurang sihat. Dah tau kurang aktif, janganlah ambik gula berkilo-kilo.

Nikmat sihat harus digunakan dengan baik. Supaya kita dapat terus beribadat. Berbakti kepada orang lain. Kalau dah sakit, macam-macam masalah kan.

Sebab tu dari sekarang tolong jaga pemakanan. Yang ambik gula ganti la gula putih tu kepada gula yang lebih organik dan selamat untuk dimakan.

Eh sejak saya join detoks parasit ne, saya dah tak makan gula putih. Sebab tu salah satu pantang. Hari pertama je la macam nak pengsan bagai. Arini dah ceria popstar gitu..

Tolong ye kawan-kawan semua. Jaga kesihatan. Kurangkan makan makanan yang membawa keburukan untuk tubuh badan.


🌼 014.379.4493
🌼 Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
🌼 SID 1076149


Read More »

Detoks Parasit Day 4

Assalamualaikum.
Arini dah masuk hari ke 4 saya berdetoks parasit dengan produk Shaklee. So far so good.

Hari ke 3 saya tak craving macam selalu. Saya jenis yang akan craving especially bila habis period. Tapi kali ne kebetulan pula waktu detoks ngam-ngam habis period. Tiada craving langsung macam bulan-bulan sebelum ne.

Hari ke 3 detoks tu saya tak makan malam. Sebabnya takde perasaan lapar or rasa nak kunyah-kunyah pun takde. Cacing mana cacing???
Hehehe..

Arini dah hari 4. Alhamdulillah masih di landasan yang betul. Soal berat turun atau tak kita ketepikan dulu. Sebab nampak perubahan pada inch loss dan juga muka.

Muka yang berminyak sekarang dah kurang berminyak dan nampak lebih cerah!! 😂

Pasni setiap bulan wajib buat detoks parasit. Baru tau kepentingan detoks untuk tubuh badan.

Kalau nak tau lebih whatsapp je
  
🌼 014.379.4493
🌼 Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
🌼 SiD 1076149


Read More »

Thursday 14 April 2016

Detoks Parasit

Assalamualaikum. Malam-malam macam ne baru dapat idea nak taip apa kat blog arini. Lately hanya mampu blogwalking je tanpa buat entri baru. Kebetulan grup2 Shaklee nak buat detoks minggu depan, dapat la idea nak buat entri pasal Detoks Parasit.

Ramai lagi tak tau detoks parasit ne apa benda. Ini bukan detoks manusia jenis parasit tau. 😂 Ini detoks parasit yang ambik nutrien dalam badan kita. Kiranya parasit yang tak membawa kebaikan lah.

Kalau makan ubat cacing kita just buang cacing or bunuh cacing. Tapi bila detoks parasit ne, kita bunuh dan hapuskan dengan boboiboy kuasa 10x mak bapak parasit, nenek atok2 parasit dan segala keturunan parasit yang tak bawak kebaikan kepada tubuh badan kita. Bole paham?

Kena buat detoks ne ada hari2 special tau. Dalam Islam memang ada disuruh puasa kan tarikh 13, 14 & 15? ( kalau salah tolong betulkan). So memang detoks parasit ne dibuat masa tu sebab masa tu bulan mengambang dan parasit tengah membiak beranak pinak.

Cuba perati tarikh kalendar Islam time tu, korang mesti ada feel nak makan manis, punggung gatal2, alergik keluar, sakit kepala, anak merengek apa semua. Hah itu antara simptom parasit tengah membiak tau.

Sebab tu kena detoks. Detoks parasit ne kita buat ikut kalendar Islam. Tak susah sebenarnya. Ada 4 je makanan minuman yang betul2 kena pantang masa buat detoks ne.

Pastu ikut la nak detoks cara tradisional atau moden. Ai ols opkos la guna Shaklee kalau detoks. Tak lama kot. 5 hari je sebulan.

Pastu bole la dapat berat badan turun, kulit cantik, bebas alergik, takde craving benda manis. Dah banyak testimoni tau..

Nak dekat2 raya ne ( puasa pun belom ) confirm ramai nak kurus nak cantik kan. Inilah masanya. Pasti tak menyesal.

Nanti saya share progress detoks parasit saya kat entri lain. First time nak buat. Agak nebes! Tapi dlm masa yg sama excited sebab serius nak kuruskan badan!!!

Jumpa lagi. Goodnite!


              


Nur Iba Zaini
SiD 1076149
014-3794493
PENGEDAR SHAKLEE SABAH
         


Read More »

Friday 8 April 2016

Kisah Bagaimana Saya Terjebak Dalam Shaklee



Assalamualaikum. Sebelum ini, saya tak pernah cerita kisah saya bagaimana saya boleh terjebak menjadi pengguna Shaklee dan seterusnya menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan saya kan?
Ramai tak tahu lagi kisah disebaliknya. Silap saya juga tak berkongsi sebelum ne. Jadinya, semua asyik tertanya-tanya je. Hahaha.

Okay jom baca kisah saya di entri kali ne. Baca sampai habis tau.. Kisahnya bermula semasa saya mengandung anak pertama (yang kini anak syurga) pada tahun 2013. Semasa usia kandungan memasuki trimester kedua, saya mengalami keguguran (missed abortion). Janin tidak membesar dengan sempurna. Memang sedih lah masa tu sebab anak pertama selepas perkahwinan pada 2012. Namun akhirnya terpaksa redha kerana saya percaya ada rezeki besar yang menanti selepas tu.

Dan doktor menasihatkan saya untuk berehat selama 6 bulan sebelum saya plan untuk mengandung semula. Masa tu saya memang target untuk mengandung semula selepas tempoh 6 bulan. Saya bertekad sebab saya betul-betul mahukan zuriat. Masa tu banyak saya dengar orang yang cakap kalau lepas keguguran ne ada yang susah lekat kalau tak jaga betul-betul masa berpantang. Bukan setakat pantang, berat badan pun kena kawal dan pemakanan kena jaga. So, saya decide untuk kurangkan berat badan saya supaya saya dapat mengandung semula.

Masa tu la saya mula gugel pasal cara mudahkan kuruskan berat badan. Sebab saya seorang yang sangat liat untuk bersenam. @.@ Tak puas gugel saya scroll lagi kat newsfeed facebook. Kot ada rakan mukabuku yang menjual pil kurus. Dan di sana la saya terjumpa FB Kak Dynas (which is my upline sekarang). Saya masa tu beli Alfalfa, Lecithin dan Vitalea. Konsistennya saya makan benda tu walhal tak pasti lagi keberkesanannya. Dan guess what dalam 1 bulan berat turun 2.3kg. Happy betul masa tu.. Tak pernah boleh kurangkan berat banyak tu dalam tempoh sebulan.

Bulan seterusnya saya dah skip makan, timbang berat tetap maintain oh... Time tu rasa Shaklee hebat sangat. Pastu beli pula ESP sebab nak kuatkan rahim. Kan target nak mengandung cepat.. Minum ESP dengan gigih. Vitalea tak skip. Lecithin dan Alfalfa makan skip-skip je lepas berat dah turun. Hihihi..

Alhamdulillah tepat bulan ke 6 selepas keguguran saya mengandung semula!! Alhamdulillah kali ne janin dah boleh nampak banding 1st pregnancy. Ramai keluarga dan kenalan yang terkejut sebab saya boleh mengandung begitu cepat selepas keguguran. ^_^ Kuasa Allah, asbab vitamin Shaklee yang saya ambik. Sebab saya serius tiada mengambil apa-apa ubat lain selepas keguguran.

Dan selepas itu bermula lah perjalanan saya bersama Shaklee. Ambik set mengandung dan set berpantang. Dan sekarang jadikan vitamin Shaklee vitamin wajib ada di rumah. Saya juga jadikan bisnes Shaklee sebagai punca pendapatan sampingan saya. Sambil-sambil duduk rumah, online je pastu bulan-bulan dapat bonus. Boleh bantu suami, beli keperluan sendiri. Best tau. Semudah ABC.. :D

Begitulah sedikit sebanyak kisah saya bersama Shaklee. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mencari kerja sambilan di rumah sambil jaga anak, boleh la contact saya melalui Whatsapp. Saya akan berikan guide terbaik untuk anda. Sama-sama kaya kesihatan gitu...

Sekian entri untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi di entri akan datang. Jemput komen entri ne tau!



Nur Iba Zaini

014-3794493

SID 1076149

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu

Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on