Wednesday 1 July 2015

Cara Mudah Didik Anak Cintai Al-Quran



Assalamualaikum mommies! Selesai bersahur syukur Alhamdulillah.. :) Saya nak kongsikan beberapa tips / cara mudah untuk didik anak mencintai ayat-ayat suci Al-Quran. Kaedah ini saya telah belajar sebelum saya hamil lagi. Actually bukanlah belajar secara official or berbayar. Cumalah saya banyak membaca tentang perkara ini melalui bahan-bahan ilmiah dan juga pencarian di Google. Alhamdulillah setakat ini, anak saya yang baru saja memasuki usia setahun sangat menunjukkan minat terhadap Al-Quran. Saya harap saya tidak berhenti setakat ini sahaja. Doakan saya semoga istiqomah dalam mendidik khalifah kecil saya. AAMIIN!

Baiklah mommies, saya kongsikan sedikit ya tips yang saya gunakan dalam mendidik anak saya supaya dia sangat-sangat suka dengan ayat-ayat Al Quran dan zikrullah.


Amalan semasa hamil. Umum mengetahui amalan baik harus dipraktikkan ketika bayi masih berada dalam rahim ibu lagi. Sebab itu wanita hamil digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran atau paling tidak mendengar alunan ayat-ayat Allah setiap hari. Rajinkan diri untuk bersolat dan cuba untuk menjaga tingkah laku semasa hamil. Banyakkan bersabar dan kawal emosi ketika hamil walaupun ia agak sukar untuk dibuat memandangkan hormon ibu hamil berubah ketika itu.
Apabila selesai solat, jangan lupa untuk berdoa supaya anak yang dilahirkan akan mendengar cakap kita dan menjadi anak yang taat kepada perintah Allah dan ibu bapa. Jangan lupa suami juga harus bekerjasama tau.



Apabila Anak Sudah Lahir. Teruskan amalan semasa hamil sehingga la anak telah lahir ke dunia. Jangan berhenti. Apabila anak lahir, ringankan mulut untuk sentiasa berzikir ketika menyusukan anak, tidurkan anak, memandikan anak dan apa-apa saja aktiviti anda bersama anak. Zikir lah dengan seikhlas hati. Jadikan zikir sebagai halwa telinga anak sebelum tidur. Percaya atau tidak, bila kita jadikan zikir semasa mendodoikan anak tidur, anak akan lebih mudah untuk tidur tanpa banyak meragam! Cuba lah!



Pasang Bacaan Al-Quran. Kalau dahulu kita suka mendengar lagu-lagu cinta, apa kata kali ini kita tukar! Sentiasa pasang bacaan suci Al-Quran ketika berada di rumah. Tutup tv dan jangan banyak bersembang. Pasang melalui laptop, cd player atau apa-apa sahaja medium yang sesuai agar anak anda sentiasa mendengar bacaan Al-Quran semasa di rumah. Semasa dalam perjalanan juga, jadikan ayat Al-Quran sebagai pilihan utama dalam kereta kita. Mudah kan? Hanya perdengarkan bacaan Al-Quran setiap masa. Inilah perkara yang saya dan suami lakukan sehingga sekarang.



Pilih Saluran TV ILMU. Percaya atau tidak, kami sekeluarga banyak habiskan masa menonton saluran TV Astro Oasis. Memang boleh dikira dengan jari bilangan kami menonton saluran tv lain. Dengar ceramah free, dapat belajar mengaji free hanya dengan Astro Oasis. Anak saya pula lebih gemar mendengar zikrullah melalui program Indahnya Iman yang diputarkan setiap hari. Malah banyak cerita-cerita pengajaran dalam Astro Oasis yang boleh dijadikan panduan hidup. Anak saya boleh duduk depan tv dengan lamanya bila tengok Indahnya Iman berbanding cerita kartun. ( Yang ini saya sendiri telah kaji.) Mudah-mudahan anak saya akan cintakan ilmu Al-Quran sehingga dia dewasa nanti. AAMIIN!



Jadi Contoh Yang Baik. Sekali lagi saya nak tekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam hal yang berkaitan dengan anak. Jadilah contoh yang baik kepada anak. Saya dan suami lebih suka bersolat bersama dan mengaji bersama. Kami akan pastikan tempat kami bersolat dan mengaji mudah dilihat oleh anak kami. Anak adalah amanah dari Allah yang paling besar Jangan sia-siakan masa bersama anak walau sedikit pun. Jadikan setiap saat anda bermakna dan penuh ilmu dengan anak. InsyaAllah..



Sekian perkongsian kecil saya untuk hari ini. Saya doakan agar kita menjadi ibu bapa yang cemerlang dunia akhirat yang dapat mendidik khalifah kita menjadi insan soleh solehah. AAMIIN







No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on