Wednesday 29 July 2015

Pentingkah Untuk Sendawakan Bayi?








Assalamualaikum mommies. Pernah tak mommies hadapi keadaan di mana bayi kembung perut dan tidak selesa akibat tidak disendawakan dengan sempurna? Mesti ada yang pernah kan. Tujuan kita sendawakan bayi adalah untuk membuang lebihan udara dalam perut bayi. Ia merupakan satu usaha yang semulajadi untuk mengosongkan perut bayi daripada udara berlebihan yang boleh menyebabkan terjadinya kembung perut pada bayi. Udara ini datang daripada suapan mulut semasa proses penyusuan. Jika perut bayi kembung, ia akan mengundang masalah ketidakselesaan kepada bayi atau menyebabkan bayi muntah atau muak. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mommies sendawakan bayi selepas minum susu untuk mengelakkan kembung perut terjadi.




     Gambar dari sumber Google: Menunjukkan cara yang betul untuk sendawakan bayi









Bila sepatutnya anda sendawakan bayi:


1) Setiap kali selepas minum susu. Sebaik sahaja anda rasa bayi sudah disusukan dengan cukup, perlahan-lahan sendawakan bayi.

2)Jika anak anda mula kelihatan tidak selesa atau cerewet ketika penyusuan, berhenti seketika (kira-kira 10-20 minit). Kemudian, cuba untuk sendawakan bayi. Selepas itu, boleh sambung semula proses penyusuan.

3)Jika anda menyusukan bayi menggunakan botol, sendawakan bayi pada setiap 60-90ml sukatan susu. Walaubagaimanapun, jika bayi anda menyusu badan, sendawakan bayi anda setiap kali bayi anda mengubah kedudukan atau beralih dari satu payudara ke payudara yang lain.

4)Kadang-kadang anda boleh melihat jika bayi terjaga dalam tidur dan tidak selesa berkemungkinan bayi anda kembung perut. Cuba sendawakan bayi supaya dia boleh menyambung tidur dengan selesa.



Proses sendawakan bayi biasanya dilakukan sehingga bayi berumur 10 bulan. Biasanya jika bayi anda sudah mula melakukan banyak pergerakan, dia akan sendawa dengan sendirinya. Jadi mommies pastikan bayi anda disendawakan dengan betul setiap kali selepas dia menyusu untuk mengelak kembung perut pada bayi. Sekian perkongsian saya hari ini.. :)

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on