Wednesday 10 June 2015

Punca Ibu Hamil Terkucil


Pelvis yang lemah menjadi punca kepada ibu hamil untuk cepat merasa terkucil. Pernah tak mommies tiba-tiba sahaja merasakan kain basah, bukan kerana pecah air ketuban tetapi basah kerana terkucil atau terkencing?
Situasi ini memang sedikit memalukan jika dilihat orang dan menjadikan ibu hamil kurang selesa.

Wanita hamil akan mengalami masalah pelvis apabila:
* Punya ketinggian kurang daripada 145 sentimeter
* Hamil kali kedua dan untuk kandungan pertama ia dilakukan melalui pembedahan.
* Kandungan songsang

Pelvis Tidak Normal
   Masalah terkucil ini juga boleh disebabkan oleh pelvis yang tidak normal. Antaranya disebabkan oleh:
* Penyakit pada tulang seperti tubercolosis atau esteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang)
* Trauma iaitu wanita yang mempunyai sejarah patah tulang pelvis sebelum ini.

Untuk menguatkan lantai pelvis, anda haruslah kerap melakukan senaman Kegel. Senaman ini adalah seperti anda mengemut faraj atau seperti anda sedang menahan air kencing. Ulangi langkah ini sebanyak sepuluh kali untuk setiap seisi. Lakukan senaman ini dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari. Jika anda melakukannya secara bersungguh-sungguh, banyak manfaatnya terutamanya jika anda berada di tahap kedua proses kelahiran kerana dengan mengetahui cara mengendurkan otot, anda dapat mengurangkan risiko pelvis koyak semasa meneran bayi keluar.


Tips Atasi Masalah Terkucil
1. Pakai pelapik atau panty liner untuk menyerap air yang keluar
2. Lakukan senaman yoga.Jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
3. Silangkan kaki setiap kali ibu hamil berasa ingin bersin atau ketawa
4. Membuat latihan pundi kencing. Ibu hamil mengatur masa membuang air kecil dan melakukan sebelum terasa ingin buang air kecil
5. Tidak minum air terlalu banyak
6. Kurangkan pengambilan minuman seperti kopi, minuman bersoda dan alkohol yang boleh menganggu pundi kencing

2 comments:

  1. Masalah terkucil boleh menjadi satu masalah yang memalukan dan jika kita membincang masalah ini dengan seseorang, kita mungkin akan digelakkan. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa, kebanyakan kes terkucil boleh dirawat tanpa mengambil sebarang ubat. Antaranya kita harus berhati-hati dengan ubat yang kita makan kerana ada ubat yang boleh mendatangkan kesan sampingan ini. Antara ubat yang dikenalpasti ialah ubat tahan sakit jenis ibuprofen dan ubat antihistamine yang digunakan untuk merawat masalah alahan dan selsema.

    ReplyDelete

  2. Kaedah senaman Kagel didapati boleh membantu untuk menguatkan otot-otot dinding pelvis yang lemah yang menyumbang kepada masalah terkucil ini. Boleh cuba.

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on