Tuesday 2 June 2015

Kenali hormon-hormon ibu hamil


Perubahan hormon adalah satu perkara yang tidak dapat dielak ketika dalam proses kehamilan. Saya percaya ramai yang mengalami perubahan hormon yang mendadak dan kadang kala sukar diterima akal. Betul kan?
Akibat daripada perubahan hormon ini, wanita hamil juga mengalami banyak perubahan pada tubuh badan dan juga sistem badan wanita itu sendiri.

Ramai yang tidak tahu dan tidak faham tentang maksud hormon dan fungsi hormon ini bukan? Hormon adalah zat yang dibentuk oleh sebahagian tubuh tertentu dalam jumlah yang kecil dan dibawa ke bahagian tubuh badan yang lain.
Hormon mempunyai pengaruh khas, iaitu dapat merangsang organ-organ tubuh badan kita. Sebahagian daripada hormon-hormon tersebut dikawal oleh kelenjar pituitari yang berada di bahagian dasar otak. Berikut adalah beberapa jenis hormon yang dihasilkan oleh setiap ibu hamil:



PROGESTERON
  Hormon ini mempunyai banyak fungsi, antara lain ialah untuk membina lapisan di dinding rahim untuk menyokong plasenta, mencegah kontraksi atau pengerutan otot rahim hingga dapat mengelakkan kelahiran sebelum waktunya. Ia juga membantu dalam penyediaan payudara untuk proses penyusuan. Selain itu, hormon ini juga menyebabkan sistem pencernaan sedikit terganggu seperti perut kembung atau sembelit, serta mempengaruhi emosi serta meningkatkan suhu badan dan menyebabkan rasa mual.


ESTROGEN
  Hormon ini pula menyebabkan puting payudara menjadi lebih besar dan merangsang pertumbuhan kelenjar susu.Hormon estrogen ini juga akan melembut-lembutkan jaringan tubuh sehingga ikatan dan sendi-sendi tubuh menjadi lemah. Kesannya kepada ibu hamil ialah mereka mudah mengalami masalah sakit di bahagian punggung.


HCG
  Human Chorionic Gonadotropin (HCG) adalah hormon khas kehamilan kerana ia hanya ditemui dalam darah dan air kencing wanita hamil. Hormon ini dibentuk oleh lapisan jaringan bahagian luar janin serta plasenta terbentuk pada awal pertumbuhan janin.


PROLAKTIN
  Hormon ini bertanggungjawab dalam peningkatan sel yang menghasilkan air susu dalam payudara. Ia akan meningkatkan penghasilan air susu ketika bayi telah lahir.








OKSITOSIN
  Hormon ini terlibat dalam proses reproduksi pada lelaki dan wanita serta membantu merangsang kontraksi pada waktu kehamilan dan proses bersalin. Selain itu ia juga berperanan dalam pengaliran air susu ketika ibu menyusui bayinya. Ia juga mempercepatkan terjadinya pengecutan rahim.


RELAKSIN
  Hormon ini muncul pada awal kehamilan dan bertanggungjawab membantu mengatasi aktiviti rahim dan melembutkan leher rahim dalam jangka menyediakan ibu hamil pada proses kelahiran.




Contact whatsapp
014-3794493



No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on