Saturday, 13 June 2015

Tips Bantu Ibu Hamil Tidur Nyenyak








Ibu hamil kerap mengalami masalah untuk susah tidur lebih-lebih lagi apabila usia kandungan sudah memasuki trimester ketiga. Keadaan perut yang semakin membesar membuatkan ibu hamil keletihan kerana tidak mendapat tidur yang cukup.
Saya juga mengalami masalah yang sama semasa hamil dulu. Setiap malam mengadu dengan suami dan agak stress masa itu kerana itulah pengalaman pertama saya ketika mengandung. 
Mujur lah dapat beberapa tips untuk bantu saya mendapat tidur yang lena. Sekarang masanya pula saya kongsi bersama-sama anda supaya anda pun mendapat tidur yang nyenyak seperti saya. Hehehe!!



1. Urutan
Urutan dari seorang suami sangat memberi impak yang besar kepada aktiviti tidur kita.. Minta suami kesayangan anda untuk mengurut lembut kaki anda sebelum anda tidur.
Hah yang ini memang aktiviti wajib setiap malam tau masa saya pregnant.
Bila suami urut di kaki memang mudah untuk saya tidur. Cuba lah! ☺☺☺


2. Kalsium
Ingat tak kalau selalu tengok drama di tv, mesti ada babak minum susu sebelum tidur? Ada kan? Hehe.
Tahukah anda pengambilan kalsium yang kurang menyebabkan kita mengalami masalah untuk tidur dengan lena lebih2 lagi ketika anda sedang hamil.
Sebab itu ibu hamil wajib ambil makanan atau minuman yang mengandungi kalsium untuk membantu menyelesaikan masalah susah tidur.
Masa saya mengandung dulu, saya cuma ambil 4 biji tablet kalsium. Memang best sebab dapat tidur dengan lena tanpa mengalami kekejangan kaki atau simpul biawak ketika tidur! Bonus pula bila ambil tablet ini, bangun pagi2 wajib membuang air besar. Lawas perut! Tiada masalah sembelit! ☺


3. Berhenti minum air selepas jam 4 petang
Ibu hamil akan mengalami keadaan mudah terkucil atau kerap membuang air kecil. Keadaan ini terjadi kerana lantai pelvis menjadi lemah semasa hamil. Bole baca pasal itu di sini http://ummikhalifstories.blogspot.com/2015/06/punca-ibu-hamil-terkucil.html
Jadi amat disarankan supaya ibu hamil berhenti mengambil cecair selepas jam4 petang. Ini membantu ibu hamil untuk tidur lena kerana tidak perlu kerap bangun ke tandas setiap jam.



4. Simpan katalog barang bayi
Ini memang masalah besar jika anda menyimpan katalog barang bayi di dalam bilik semasa hendak tidur. Bila kita asyik melihat kepada isi katalog, otak akan mula bekerja untuk memberi jawapan kepada anda barang mana yang hendak dibeli, yang tidak perlu dibeli dan sebagainya.
Jadi kalau sudah anda berfikir lama bila pula masa nak dapat tidur yang lena? So ibu2 hamil sekalian please put away mana-mana katalog yang sering menjadikan anda tidak keruan! Hehehehe! Lakukan aktiviti ini pada sebelah pagi sahaja okay!


5. Bersenam
Ibu hamil memang digalakkan untuk bersenam dan banyak bergerak. Ini kerana aktiviti begini dapat membantu anda dalam proses kelahiran nanti.
Luangkan masa 20-30 minit setiap pagi dan petang untuk melakukan senaman ringkas.. Pastikan anda melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil. Berbincanglah dengan doktor anda tentang senaman yang selamat untuk ibu hamil.


Sekian sahaja tips-tips kali ini...
Jangan lupa untuk lakukan setiap tips di atas ok. Tips ini memang berkesan untuk saya! Jadi, mommies harus cuba ok. Sehingga bertemu lagi dalam entri yang akan datang!
Salam sayang...


2 comments:

  1. info yang bermanfaat dari blog ni. memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih sudi singgah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.. :)

      Delete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on