Saturday 6 June 2015

Madu untuk Diet?



Umum mengetahui khasiat madu untuk kesihatan. Walaupun ramai menyedari hakikat ini, masih ramai yang tidak mempraktikkan pengambilan madu dalam kehidupan seharian. Tahukah anda bahawa terdapat kajian yang membuktikan pengambilan madu dapat membantu dalam program diet seseorang? Berikut ialah panduan ringkas pengambilan madu untuk diet anda.


Lemon dan madu
Kalau sebelum ini anda mengambil teh tarik ketika sarapan pagi, apa kata anda ubah selera anda pula. Campurkan sedikit madu ke dalam bancuhan air lemon kemudian minum. Pengambilan minuman lemon madu ini dikatakan dapat meningkatkan metabolisma tubuh selain menjadikan anda kekal aktif sepanjang masa. Bonus! Minuman ini juga boleh menyingkirkan lebihan toksin dalam badan anda!


Madu dan badam
Setiap pagi anda boleh lah mengambil madu bersama dengan empat biji badam. Ini kerana badam kaya dengan Vitamin E dan madu pula mempunyai nutrisi magnesium dan mineral yang menjadi penyumbang kepada kesihatan tubuh badan.


Minum air madu selepas makan
Selain mengambil air suam selepas makan, anda juga boleh mengambil air madu selepas makan.Bancuhkan air suam bersama sedikit madu. Dikatakan bahawa pengambilan air madu selepas makan dapat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman selain membantu memperkemaskan program diet anda supaya ia berjalan dengan lancar.


Madu dan halia
Gabungan kedua-dua ini dapat membantu dalam penurunan berat badan dan dapat memulihkan kesihatan dalaman kita. Ramuan ini juga dapat menghalang virus dari merebak ke dalam tubuh selain melancarkan sistem penghadaman.


Madu dan salad
Tukar menu salad anda. Tambahkan sedikit madu ke dalam salad anda. Khasiat madu lebih tinggi jika dibandingkan dengan sos dan mayones salad yang dijual di pasaran. Selain daripada itu, anda akan lebih mudah mendapat bentuk badan yang diidamkan



Madu dan kayu manis
Cuba resepi ini: 3 sudu kecil madu + 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan bancuh dengan air suam. Ingat! Bukan air mendidih tau. Pastikan air suam sahaja. Minum 30 minit sebelum sarapan pagi dan 45 minit selepas makan malam. Selain dapat mengurangkan berat badan, ia juga berupaya mengawal nafsu makan anda. Cuba lah!



No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on