Wednesday 10 June 2015

Tahap Kesihatan Lelaki Yang Perlu Diperhatikan


Lelaki, sering dikaitkan dengan golongan yang sukar menjaga kesihatan. Kebanyakan lelaki kurang mengambil berat tentang pemakanan dan penyakit. Sikap ego yang tinggi menjadikan mereka kurang peka dengan tanda- tanda awal penyakit yang mungkin mereka hidapi.
Kenali petunjuk kesihatan lelaki yang perlu diberi perhatian.


1. Kuku Bewarna Merah Jambu
    Kuku merupakan penjagaan yang kurang diambil berat oleh kaum lelaki. Mereka menganggap penjagaan kuku hanya untuk kaum wanita semata-mata. Tanpa mereka sedari, kuku memainkan peranan untuk mendedahkan tahap kesihatan seseorang. Untuk pengetahuan, kuku yang sihat adalah kuku yang bewarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Kuku yang tebal dan kekuningan mungkin memberi isyarat bagi penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis kronik. Jika kuku berbentuk seperti sudu melengkung keluar mungkin memberi petanda anda kekurangan zat besi. Jika terdapat kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau, anda mungkin sedang menghidap diabetes. Biarpun perubahan pada kuku ini bukan isyarat sebenar tentang penyakit yang anda hidapi, tetapi adalah lebih baik jika anda merujuk kepada doktor anda untuk mengetahui masalah anda.


2. Warna Pada Air Kencing
    Ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya bewarna keperang-perangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Tetapi ingat, warna air kencing boleh berubah mengikut jumlah air yang anda minum. Jika anda minum air dengan banyak, warna air kencing anda akan berubah kepada jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Warna air kencing yang perang gelap membawa maksud anda sedang mengalami dehidrasi. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau supplemen yang diambil mesti dipandang berat.


3. Pancutan Air Mani
    Untuk lelaki pertengahan umur, keupayaan pancutan air mani haruslah antara dua dan lima milimeter (ml). Pancutan air mani akan berkurang mengikut pertambahan usia lelaki. Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat harus mempunyai air mani yang pekat, bewarna putih atau sedikit kelabu. Jika air mani becampur darah kemungkinan besar anda mempunyai masalah kesihatan lain.


4. Kadar degupan jantung
    Bagi lelaki sihat, kadar degupan jantung yang sihat semasa berehat ialah antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm). Malah jika kadar 60 dan 100 bpm juga secara umumnya masih dianggap normal bagi lelaki dewasa. Jika kadar degupan jantung adalah di luar catatan berikut, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan lelaki.


5. Keanjalan Kulit
    Ukuran keanjalan kulit biasanya diukur untuk menentukan paras dehidrasi. Bagi menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Manakala kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa singkat
    

1 comment:

 

Followers

Like Us On

Follow Us on