Friday 22 May 2015

9 Cara Berkesan Tingkatkan Metabolisma Badan Anda!



Metabolisma rendah sebab tu susah nak kurus! Selalu kan kita dengar rungutan begitu? Tahukah anda ada beberapa faktor yang memperlahankan metabolisma badan kita?
Ada EMPAT faktor utama yang menjadikan metabolisma badan menjadi perlahan.

Saya ulas secara ringkas faktor-faktor tersebut:

1) UMUR
 Bila usia menjangkau 40 tahun ke atas boleh menjadi penyebab kepada perlahannya
 metabolisma kita.

2) JANTINA
 Kaum lelaki lebih tinggi kadar metabolisma dari kaum perempuan. Sebab badan lelaki
 lebih besar dan kurang lemak badan.

3) HIPOTIROIDISME
 Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisma dan menyumbang kepada  kenaikan berat badan!

4) GENETIK
 Hah! Confirm semua tahu!


Tapi, JANGAN RISAU sangat jika anda mempunyai masalah metabolisma yang rendah. Tetap ada cara untuk mengatasi masalah ini. Jom kita baca apakah 9 Cara Berkesan Untuk Meningkatkan Metabolisma Badan Anda!




1) Makan 5-7 hidangan kecil setiap hari! Semua mesti tahu kan bila kita makan, sistem      penghadaman kita akan perlu bekerja. Jadi lebih kerap anda makan, lebih cepat metabolisma badan  anda akan naik. Tapi INGAT! Makanlah dengan kuantiti yang sederhana.

2) Angkat berat! Eh, macam tak percaya pulak! Ini memang betul. Bila anda melakukan aktiviti atau  senaman mengangkat berat (tidak kira di rumah atau gym), badan anda akan membina otot. Jangan  tak tahu pulak yang otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak! Kesimpulannya orang  yang lebih berotot akan mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

3) Makanan pedas. Mungkin bukan semua sukakan makanan yang pedas. Tapi ketahuilah bahawa pengambilan makanan atau masakan yang pedas akan meningkatkan metabolisma badan anda.



Erkk! Perlu makan banyak ini kah?

4) Minuman berkafein. Lepas minum kopi atau apa-apa minuman berkafein tinggi tentu anda rasa  lebih segar kan? Ini kerana minuman yang mengandungi kafein boleh meningkatkan kadar  metabolisma dan seterusnya membakar lebih kalori. Hmm.  Jangan ambik secara berlebihan sebab  mungkin akan memudaratkan. Korek ilmu tentang keburukan dan kebaikan kafein okay!

5) Minum air mineral. Tak ramai yang tahu bahawa air sangat diperlukan dalam meningkatkan  metabolisma badan, Jangan malas minum air okay!

6) Makanan tinggi tenaga. Tambahkan kuantiti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat  kompleks dalam menu anda! Makanan begini mempunyai kadar tenaga yang tinggi.





7) Pengambilan protein yang cukup. Protein mempunyai peranan dalam kontraksi otot dan  pergerakan badan. Protein membantu dalam mengawal atur metabolisma badan. Sebab itu  pengambilan protein sering dimasukkan dalam mana-mana program diet sihat tanpa ubat dan secara  semulajadi.

8) Jauhi makanan ringkas! Makanlah makanan kompleks seperti kacang berbanding makanan  ringkas seperti nasi putih, gula-gula dan lain-lain. Ini adalah kerana untuk menghadamkan makanan  kompleks memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan makanan ringkas.

9) Senaman kardio. Jogging, bermain badminton, berjalan dan banyak lagi senaman kardio yang lain dapat membantu meningkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan meningkat, metabolisma anda juga akan meningkat! Mulai sekarang luangkan masa 30 minit kardio 2-3 kali seminggu.


Jangan lupa untuk mencuba tips-tips di atas. Ingatlah bahawa untuk mencapai berat badan idaman anda, usaha anda haruslah berterusan. Sentiasa disiplinkan diri anda untuk terus berada dalam track yang anda bina. Jangan mudah berputus asa kerana cepat atau lambat hasilnya akan tetap menjadikan anda orang yang baru setiap hari!

2 comments:

 

Followers

Like Us On

Follow Us on