Tuesday 11 August 2015

Tarik Mengkarung / Simpul Biawak Ketika Hamil

Masa mengandungkan Ahmad Khalifah tahun lepas, saya kerap mengalami kekejangan di bahagian betis terutama ketika sedang tidur. Bayangkan sedang lena tidur, kaki tiba-tiba cramp bagai disentap! Ya Allah sakitnya tuh di kaki. Huhu. Masa tu dalam fikiran cuma boleh kejutkan husband secepat mungkin supaya dia dapat urut lembut kaki saya. Menangis juga lah setiap kali kena macam ne.




Orang panggil keadaan ne sebagai simpul biawak dan ada juga panggil tarik mengkarung. Whatever la janji dia memang sakit sangat2!
Wanita hamil memang akan kerap kena simpul biawak ne apabila usia kandungan sudah memasuki trimester kedua dan ketiga. Keadaan ini berpunca daripada pembesaran rahim. Kaki yang penat membawa beban akan mudah untuk jadi lenguh dan menjadi kejang.


Ada beberapa petua untuk atasi masalah ini. Antaranya ialah:

- Bengokkan kaki atau betis ke aras badan walaupun pada mulanya agak menyakitkan. Namun ini dapat memberi kelegaan ( saya tak pernah try sebab sakit sangat!)

- Urut betis perlahan-lahan dengam minyak panas ( husband lah jadi mangsa)

- Minum air secukupnya dan makan kacang yang bergaram

- Banyak makan makanan berpotassium tinggi seperti pisang

- Cukupkan pengambilan kalsium



Ada lagi beberapa petua lain.

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda).

2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang

3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan.

4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega.

5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat

6. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 

7. Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang mulanya sakit, tetapi akan cepat hilang kalau anda bergerak).




Dalam kes saya, selain suruh husband urut saya ambik kalsium dalam bentuk tablet. Saya ambik Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur. Alhamdulillah memang masalah simpul biawak hilang hinggalah sekarang.
Yang bestnya bila makan ostematrix ne, pinggang takde lenguh-lenguh, takde sembelit, sakit gigi masa mengandung takde teruk sangat dan yang paling best tidur malam lena. 





Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?
1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
3. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu. Lebih mudah kerana anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Memang sangat sesuai untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu semasa hamil.





Nur Iba Zaini

Shaklee ID 1076149

014-3794493

4 comments:

  1. Salam, bunda pun selalu jugak kena simpul mengkarung ni...terutama bila cuaca sejuk...terima kasih sudi singgah dan follow blog bunda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. bunda kena ambik kalsium banyak sikit.. :)

      Delete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on