Wednesday 26 August 2015

Risiko Penyakit Sewaktu Menopaus


Meniti usia tua sering kali mengundang ketakutan bagi sebilangan besar wanita. Rasa bimbang menguasai diri disebabkan persepsi yang terbentuk secara semula jadi. Ini kerana tempoh itu sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Individu tersebut akan merasakan kesihatan dirinya terganggu, tidak secergas dulu dan tidak secantik dahulu. Fenomena menopaus ini bukan sahaja ada tanda tersendiri, tetapi mengundang beberapa jenis penyakit tertentu. Antaranya:


1.Osteoporosis
Sejenis penyakit tulang berperingkat yang bercirikan jisim tulang yang rendah dan kemerosotan bentuk mikro tisu-tisu tulang. Tulang yang kurang mampat, lebih poros, lalu lebih rapuh yang mendedahkannya kepada keretakan terutamanya jika seseorang itu terjatuh atau kemalangan.






2.Penyakit Jantung
Hakikat yang tidak disedari oleh wanita ialah penyakit jantung adalah musuh utama apabila mereka melangkaui fasa selepas menopaus. Ini kerana hormon estrogen yang berfungsi merelaks dan melembutkan salur darah bagi mencegah hipertensi tidak lagi dihasilkan oleh tubuh. Keadaan ini menyebabkan risiko mereka untuk mendapat serangan penyakit jantung adalah dua kali ganda lebih tinggi.
Sebahagian besar wanita mempunyai tanggapan bahawa musuh utama mereka adalah penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan kanser. Ini termasuklah kanser buah dada, kanser pangkal rahim, kanser ovari dan kanser rahim. Bagaimanapun, kajian mendapati penyakit jantung koronari di kalangan wanita yang telah menopaus ialah sebanyak 31 peratus.






3.Gout
Walaupun penyakit ini kerap menyerang lelaki tetapi wanita menopaus juga turut berisiko. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah yang tidak boleh berjalan. 


4.Jatuh Peranakan (Prolaps)
Kehilangan hormon estrogen secara semula jadi menyebabkan rahim seseorang wanita itu jatuh ke dalam faraj dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini dikenali sebagai rahim jatuh (prolaps) di mana rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. 
Walaupun prolaps tidak mengancam nyawa, namun keadaannya yang teruk berupaya menjejaskan kauliti kehidupan pesakit seperti mengalami kesukaran berjalan.

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on