Wednesday, 5 August 2015

Cara Atasi Masalah Haid Tidak Teratur




Haid adalah perubahan fisiologi dalam wanita yang dipengaruhi oleh hormon pembiakan dan terjadi secara berkala. Purata kitaran haid adalah kira-kira 28 hari. Tidak semua wanita mengalami haid yang lancar dan teratur. Bebeapa penyebab utama yang menjadikan kitaran haid kita tidak teratur. Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yang tidak teratur adalah:


  • KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  • KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.
  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  • MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  • PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  • PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  • TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  • MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  • UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.







Terdapat beberapa petua tradisional untuk merawat masalah haid tidak teratur. Jom kita tengok!

1. Jus Aloe Vera

Terdapat banyak sebatian dalam lidah buaya. Hampir semua vitamin yang terkandung di dalamnya, enzim anti-radang dan 20 asid amino. Selain meningkatkan kesihatan rambut dan merawat diabetes, lidah buaya mempunyai peranan dalam merawat masalah haid.

2. Jus betik

Cuba minum jus betik selama seminggu sebelum haid. Ia didapati boleh mempercepatkan haid. Untuk menghilangkan rasa sakit haid, ambik sekeping betik, asam jawa dan garam. Setelah semua bahan-bahan itu dicuci, rebus dengan air sehingga mendidih. Minum rebusan itu ketika panas.


3. Cuka Apple

Anda boleh menambah epal cider vinegar untuk buah-buahan, atau dalam salad untuk dimakan. Cara yang lebih mudah adalah dengan membancuhkan sesudu cuka epal ke dalam air suam, kemudian minum. Penggunaan cuka epal boleh membantu mempercepatkan kitaran haid. Apple cider vinegar juga baik untuk sistem pencernaan, serta memelihara kadar gula dalam darah.



Nampak mudah kan? Ada lagi cara paling mudah dan selamat untuk mengawal kitaran haid supaya menjadi kitaran normal dan paling best lepas tu boleh hamil dengan cepat! Baca sini cepat~!










NUR IBA ZAINI


SHAKLEE ID: 1076149


014-3794493

2 comments:

  1. Ank perempuan akk umur 19 thn, mmg kurus dan haid tk teratur.
    Bls kunjung di sini

    ReplyDelete
  2. Ank perempuan akk umur 19 thn, mmg kurus dan haid tk teratur.
    Bls kunjung di sini

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on