Tuesday 4 August 2015

Soalan Tentang Solid Food


Assalamualaikum mommies. Anak sudah berusia 6 bulan? Mesti excited kan nak intro solid food. Macam perasaan saya dulu, saya sangat excited untuk intro solid food kepada anak saya Ahmad Khalifah. Tapi oleh sebab anak saya lahir pramatang, doktor sarankan agar saya melambatkan sedikit pengenalan kepada solid food. Jadinya, Khalifah saya start makan umur 8 bulan. Walaubagaimanapun, saya tetap ikut "prosedur" biasa bila intro solid food. Bila nak start solid food, macam-macam soalan yang bermain dalam fikiran kita kan? Perasaan pula bercampur baur. Ada excited, ada yang takut, ada yang malas. Eh, mommies tak boleh malas-malas tau. Hihihi.. Jom baca sedikit perkongsian saya mengenai soalan basic mengenai solid food.




1) Bolehkah Kita Beri Anak Makan Sebelum Usia 6 Bulan?
Seeloknya kita tunggu sehingga 6 bulan. Lebih sikit pun still okay. Sebabnya sebelum menjangkau usia 6 bulan, perut anak masih belum cukup matang lagi untuk memproses solid food. Kalau kita beri terlalu awal, memang terpaksa bekerja keras lah perut anak kita. Kesian kan?



2) Mahu Beri Makan Apa Jika Anak Sudah 6 Bulan?
Sebaiknya kita beri makan puree buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu. Sebabnya anak kita selama 6 bulan berturut-turut minum susu. Jadi kalau kita direct beri makanan lain seperti bubur nasi, mesti perut anak akan terkejut dan kemungkinan boleh menyebabkan sembelit yang teruk. Bubur nasi boleh diberi bila usia anak sudah 7 bulan.





3) Kenapa Perlu 4- Day- Rule
Kaedah 4 Day Rule ini adalah satu kaedah di mana kita perlu memperkenalkan satu-satu jenis makanan baru kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Ini bertujuan untuk memastikan anak kita tidak alergi, sembelit, cirit-birit atau masalah lain dengan jenis- jenis makanan tersebut. Selepas 4 hari, jika anak anda tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh lah beri makanan lain pula. Begitulah rutin setiap kali kita nak memperkenalkan makanan baru kepada anak kita.


4) Sehari Perlu Beri Berapa Kali Makan?
Untuk pertama kali, berilah sekali dahulu. Pilih lah nak bagi sebelah pagi ke, tengah hari atau petang. Kalau beri banyak kali takut perut baby terkejut pulak kan dia baru nak sesuaikan dengan benda baru. 







5) Berapa Banyak Kuantiti Makanan Yang Harus Diberi?
Memadai jika pertama kali ini kita beri 2,3 sudu dahulu. Tak perlu beri banyak. Kalau anak tak nak makan, tak apa. Jangan paksa. Mungkin dia belum biasa lagi dengan benda baru. 


6) Anak Sembelit Pula, Macam Mana Tu?
Sembelit : Give P ( Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin) Stop "BRAT"
Cirit-Birit: Feed BRAT (Bread, Banana, Rice, Apple Sauce, Toast) Stop "P"


7) Boleh Beri Anak Minum Ribena, Vitagen dan Yang Sewaktu Dengannya Tak?
Tak Boleh! Sangat tidak digalakkan! Sebab tinggi GULA! Ada bahan pengawet! So jangan memandai nak beri anak minuman tinggi gula k. Kalau nak sangat beri jus buah buatan sendiri. Itupun hanya boleh beri bila anak sudah berusia setahun ke atas.


8) Kenapa Tak Boleh Beri Anak Gula & Garam?
Sebaiknya anak yang berumur 2 tahun ke bawah elakkan beri gula dan garam ke dalam makanan mereka. Dalam setiap makanan, Allah sudah jadikan makanan tu ada yang masin, manis, masam dan pahit. Lagipun kalau kita beri awal sangat nanti buah pinggang anak kita terpaksa bekerja keras untuk flush out semua benda tu. Tolong la ye mak-mak semua. Tak payah nak kesian sangat kalau makanan anak tak sedap, nampak hambar apa semua. Kena fikir kesan untuk jangka masa panjang. Baca di sini.



So, saya harap terjawab la sedikit soalan-soalan yang selalu bermain di fikiran mommies yang nak intro solid food untuk bayi. Kalau ada apa-apa soalan boleh lah contact saya atau komen je kat bawah ini. InsyaAllah saya akan try jawab sebaik mungkin.









Nur Iba Zaini

014-3794493

Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on