Saturday 22 August 2015

Ambik Kisah "Urine Incontinence" (UI)


Hilang kawalan pada pundi kencing adalah masalah biasa yang dialami wanita. Bukan saja bagi wanita yang sudah putus haid atau melahirkan anak, bahkan ada kalanya masalah ini turut dialami oleh wanita muda yang belum berkahwin. Masalah hilang kawalan pada pundi kencing atau disebut sebagai urine incontinence (UI) memang memalukan dan ada kalanya menyusahkan.

Walaupun UI dialami ramai wanita, masalah ini masih sukar ditangani sepenuhnya kerana wanita selalunya malu untuk berjumpa dengan doktor. Mereka yang mengalaminya juga merasakan UI hanyalah masalah kecil malah ada yang beranggapan ia perkara wajib dalam senarai proses penuaan.
Wanita yang putus haid, kerap mengangkat benda-benda berat atau pernah melahirkan anak, lebih berisiko mengalami UI. Jumlah wanita yang mengalami UI juga adalah dua kali ganda lebih ramai daripada lelaki terutama wanita berusia. Lelaki yang mengalami UI pula adalah lelaki yang bermasalah dengan kelenjar prostat.

UI terjadi kerana oto pelvis dan saraf yang membantu menahan atau melepaskan air kencing terganggu. Biasanya otot itu mengendur. Selalunya UI bermula dengan kekerapan membuang air kecil dalam sehari. Biasanya kebanyakan kita membuang air kecil lapan kali sehari. Bagi mereka yang mengalami UI, kekerapan membuang air kecil adalah dalam tempoh 35 hingga 40 minit sekali.



JENIS-JENIS UI


A) TEKANAN ( STRESS INCONTINENCE)
Terjadi apabila bersin, ketawa, batuk, berjoging atau perkara-perkara lain yang meletakkan pundi kencing dalam keadaan tertekan. Ia adalah masalah hilang kawalan pundi kencing yang paling biasa dialami wanita.


B)TERDESAK (URGE INCONTINENCE)
Selalunya anda akan berasa terlalu ingin membuang air kecil hingga menyebabkan anda terkencing sebelum sempat anda sampai ke tandas. Dalam keadaan ini, otot pundi kencing mengecut dan hanya memberi anda isyarat hendak kencing beberapa saat atau minit saja. Pada waktu malam, rasa ingin kencing itu juga menyebabkan anda terjaga daripada tidur beberapa kali. Ada juga mereka yang ingin kencing walaupun hanya meminum sedikit air. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan salur kencing selain masalah pada usus atau sistem saraf yang dikaitkan dengan penyakit lain seperti parkinson atau sclerosi pelbagai (MS)

C)PUNDI KENCING TERLALU AKTIF
Kategori ini terdiri daripada beberapa lagi jenis UI antaranya kencing yang kerap dan banyak (overflow) dan kekerapan bangun malam untuk membuang air kecil (nocturia incontinence). Selalunya, masalah ini disebabkan saraf menghantar isyarat kepada pundi kencing pada masa yang salah. Ini menyebabkan otot mengecut tanpa amaran.



PUNCA UI

UI bukan penyakit tetapi simptom. Ia menandakan masalah lain tetapi boleh dipulihkan. Selain masalah jangkitan pada salur kencing dan sembelit, UI juga boleh disebabkan gaya hidup seperti pengambilan minuman beralkohol, berkafein, pengambilan ubat-ubatan dan kecederaan. Selain itu, UI juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan melahirkan anak.


RAWATAN

Tidak semestinya setiap masalah UI perlu ditangani dengan pembedahan. Secara umum ada beberapa cara rawatan selain pembedahan.
a) Perubahan Gaya Hidup
Elakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat selain kurangkan meminum air jika anda mengambil air terlalu banyak dalam sehari.
b) Senaman Lantai Pelvis
Di kalangan orang Melayu, senaman kemut memang cukup dikenali sebagai rawatan otot pelvis yang kendur. Senaman ini akan membantu menguatkan otot pelvis dan mengawal pundi kencing
c) Latihan Pundi Kencing
Melewatkan kencing selepas rasa terdesak untuk berbuat demikian. Mulakan dengan cuba menahan 10 minit setiap kali terasa desakan untuk kencing. Tujuan bagi memanjangkan selang masa setiap kali anda ke tandas untuk dua hinggan empat jam

2 comments:

 

Followers

Like Us On

Follow Us on