Sunday 23 October 2016

Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil



Assalamualaikum.


Kaki adalah anggota badan yang penting untuk menyokong keseluruhan tubuh. 
Pemilihan kasut yang betul pula penting untuk menyokong fungsi kaki tadi terutamanya ketika seseorang itu sedang hamil. Keadaan pasti makin sukar jika kasut yang disarungkan kurang sesuai, silap-silap boleh menyebabkan kecederaan kepada si pemakai.



Teringat kenangan saya ketika hamil dahulu, sering bertukar kasut disebabkan ketidakselesaan. Malah, bila kaki membengkak saiz kasut juga terpaksa bertambah.
Bertabah la ya semasa mengandung. Memang akan melalui bermacam-macam fasa menarik. =)

Jom kita tengok pilihan kasut-kasut yang sesuai untuk ibu hamil.





  • Tapak Rata
    Pilih kasut yang mempunyai tapak yang leper dan rata. Kasut yang bertumit akan menyukarkan pergerakan ibu hamil terutama apabila kandungan sudah semakin membesar.

  • Tapak Tidak Licin
    Permukaan kasut juga haruskah tidak licin. Permukaan kasut yang licin akan lebih bahaya dan menyebabkan ibu hamil boleh tergelincir terutama ketika berjalan di permukaan lantai yang basah atau sedang menuruni tangga

  • Selesa Dipakai
    Pilih kasut yang selesa dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Sesetengah ibu hamil akan mengalami edema atau bengkak kaki. Jadi faktor kelebaran kasut harus diambil kira untuk keselesaan ibu hamil.

  • Cantik & Bergaya
    Mengandung tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh bergaya. Pilihlah kasut yang memenuhi kriteria di atas dan juga cantik serta lebih stylish. 


Pemilihan kasut bergantung kepada anda. Kalau saya, semestinya saya vote untuk kasut yang comfort dan flat shoe. Rasanya sampai sekarang masih pakai jenis kasut yang sama. Dah lama tinggalkan kasut tumit tinggi. 



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana!

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on