Tuesday 18 October 2016

5 Cara Atasi Sembelit Ketika Hamil




Sembelit merupakan perkara biasa kepada ibu yang hamil. Sembelit terjadi kerana perubahan hormon yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman ibu yang hamil. Ada beberapa cara untuk mengatasi sembelit ketika hamil yang para ibu boleh cuba. 




5 CARA ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL:



  • Banyakkan minum air putih. Sebaiknya 8 gelas air setiap hari kerana ketika hamil, tubuh badan menyerap lebih banyak air dan sekaligus boleh menyebabkan dehidrasi jika ibu hamil kurang meminum air. Pengambilan air yang cukup juga akan memudahkan ibu hamil untuk membuang air besar dengan lebih mudah.

  • Banyakkan makan makanan yang tinggi serat. Bijirin bijian penuh, sayur-sayuran dan buah seperti betik sangat membantu mengatasi sembelit.

  • Mengambil vitamin C ketika hamil juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Jangan lupa untuk bertanya kepada doktor anda sebelum membeli apa-apa supplemen yang berkaitan.

  • Bersenam dengan teratur. Boleh rujuk dengan doktor masing-masing senaman yang sesuai dilakukan oleh ibu hamil. Selain membantu meringankan masalah sembelit, senaman juga boleh membantu ibu hamil berasa lebih sihat dan segar.

  • Jangan mengambil ubat-ubatan seperti julap di pasaran untuk masalah sembelit anda tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu. Jika perubahan diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat untuk diambil semasa hamil






Itu sahaja perkongsian dari saya. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. =)



Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on