Tuesday 18 October 2016

Perkara Yang Sebolehnya Dielak Oleh Suami Ketika Isteri Berpantang





Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update entri hari ini. :) Tajuk ini "lahir" setelah ramai kawan saya yang baru lepas bersalin bertanya tentang masalah ini. Kesian sangat terutama yang first time mommies. Dah lah tengah berpantang, stress pula dengan si suami. Jadi, entri kali ini bukanlah hendak menyalahkan suami 100%. Tetapi ini adalah sekadar perkongsian dan permintaan dari kawan-kawan saya yang mahu suami di luar sana tahu betapa pentingnya untuk mengelakkan perkara-perkara ini dari terjadi ketika isteri sedang berpantang. :) Enjoy reading!



1. JANGAN TIDUR BERLEBIHAN
    
   Ya, kami semua faham anda mengantuk, penat bekerja dan harus dapatkan tidur yang cukup. Tapi pernahkah anda terfikir yang isteri anda sudah lama tidak mendapat tidur yang lena sejak dari bulan pertama dia disahkan hamil? Selepas 9 bulan, harus bertarung nyawa dan mengerah tenaga pula untuk bersalin? Kemudian harus berjaga siang dan malam untuk menyusukan anak dan menenangkan anak yang sedang menangis? Perlu pula berpantang dalam masa yang sama. Cuba bayangkan atau letakkan diri anda di tempat isteri anda. Penat kan? Stress kan? Jadi wahai suami yang budiman di luar sana, janganlah pula anda tidur berlebihan. Bangun malam bersama-sama isteri untuk menemani isteri menyusukan anak bukan perkara yang susah untuk dilakukan. Bantu isteri untuk menukar lampin anak pun sudah cukup membuatkan isteri anda gembira. Sediakan keperluan bayi anda berhampiran isteri anda supaya dia tidak perlu bergerak jauh ketika dalam pantang. Mudahkan? 









2. JANGAN BEREMOSI LEBIH

   



















Siapa pula yang bersalin ne? Kenapa pula suami kena beremosi lebih daripada isteri? Jangan bagi tekanan emosi kepada isteri. Kan tengah pantang tu. Bahaya tau kalau isteri stress semasa berpantang. Boleh menyebabkan masalah meroyan dan kemurungan. Huhuhu. Suami, kawal emosi anda. Kalau rasa kemahuan tak dipenuhi, tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Fikir semula pengorbanan isteri anda yang sudah melahirkan zuriat untuk anda. Janganlah sampai tak boleh bertolak ansur. Jangan merajuk jika isteri lebihkan anak daripada anda. Sabarlah ye. Tak lama semua tu. :)







3. JANGAN LAYAN GADGET BERLEBIHAN

   Ada baby baru, mestilah nak update kat Facebook, Whatsapp dan sebagainya kan. Cukup sekadar update. Jangan pula berlebihan sampai anak bini dilupakan. Eh, ada tau kes macam ne. Busy 24jam dengaN FB sampai tak terlayan anak bini. Inilah yang kita harus elakkan. Isteri dalam pantang perlu perhatian. Janganlah sampai waktu nak tidur pun handphone masih lekat di tangan. Isteri kalau tengah pantang macam-macam dia akan fikir. Bahaya tu bila fikiran dah melompat jauh. Huhuhu..









4. BANTU SEBANYAK BOLEH


Jadilah suami yang rajin membantu. Kalau ada anak lain, bantu uruskan mereka dan biar isteri berpantang dengan baby sepenuhnya. Mengemas dan mencuci, kalau boleh masak selalu. Hah! Kalau lah suami dapat buat semua itu, confirm isteri akan botingkek-tingkek rasa sayang! Wanita sangat suka lelaki yang rajin membantu buat kerja rumah tau. Kalau boleh biarlah kerajinan itu berpanjangan sampai bila-bila dan bukannya masa berpantang saja. Saya pasti suami-suami di Malaysia ni hebat-hebat belaka! ^_^












Suami di luar sana, isteri dalam pantang hormonnya terganggu, fikiran dia penat, badan letih. Jadi luangkan masa sebaik mungkin untuk membantu isteri anda ketika dalam pantang. Jangan pentingkan diri sendiri. Isteri adalah tanggungjawab anda. Jadilah suami yang prihatin dan penyayang kepada keluarga anda. InsyaAllah pasti bahagia dunia akhirat...Jika stress dan penat banyakkan berdoa dan berzikir. InsyaAllah pasti kerja akan lebih mudah dan anda akan lebih tenang. =)

Sekian perkongsian dari saya.


No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on