Sunday 23 October 2016

Cara Mudah Ajar Anak Suka Berkongsi


Assalamualaikum.



Tidak suka berkongsi. Ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kan? Ada anak yang sukar berkongsi barang mainan, walaupun dengan ibu bapa mereka sendiri. Mari kita baca sedikit perkongsian cara mudah untuk ajar anak suka berkongsi. =)











1. IBU BAPA ADALAH CONTOH

Ibu bapa adalah contoh yang paling terbaik untuk ajar anak berkongsi. Tunjukkan tauladan yang baik dan suka berkongsi. Bila bermain dengan anak, guna teknik giliran. Bukan sahaja ketika bermain, tetapi juga ketika membuat aktiviti lain dalam rumah. Jadikan kebiasaan yang positif sebab lama kelamaan anak akan mudah faham konsep berkongsi.






2. JANGAN PAKSA

Mengajar anak bukanlah satu proses perlumbaan di mana semua perkara harus dilakukan dengan cepat. Jika anda baru hendak bermula, jangan paksa anak untuk berkongsi. Dikhuatiri anak akan lebih keliru dengan maksud sebenar berkongsi apabila perlu dipaksa setiap kali. Ambik masa anda dan jangan putus asa untuk terus mempraktikkan setiap hari.







3. BERI PUJIAN

Bila anak anda berjaya berkongsi sesuatu dengan anda atau adik beradiknya, beri pujian dan pelukan tanda anda bangga dengan pencapaiannya. Anak-anak memang suka bila diberi pujian dan apabila dipuji, mereka akan lebih kerap melakukannya untuk mendapat pujian. 





4. DOA & ZIKIR ASMAUL HUSNA

Sebaiknya jika kita mahu anak itu berakhlak baik,kita kena rajin meminta doa kepada Allah. Minta Allah lindungi anak kita dan pelihara jiwa anak kita supaya mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar. Jangan lupa amalkan zikir setiap hari bila bersama anak. Ayat-ayat zikir ini mampu menenangkan jiwa anak-anak. Allah adalah sebaik-baik tempat meminta. =)






Begitulah sedikit sebanyak perkongsian saya. Mudah kan cara-cara di atas? Mendidik anak perlukan kesabaran. Jangan terburu-buru dan cuba buat yang terbaik setiap hari tanpa putus asa. Hasilnya? InsyaAllah anda pasti akan gembira...





Semoga bermanfaat!



No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on