Saturday, 29 August 2015

Tips Keibubapaan

Sharing is Loving. ❤ Model poster yang tidak berbayar. 😂 My lovely husband & son. ...
Read More »

Wednesday, 26 August 2015

Risiko Penyakit Sewaktu Menopaus

Meniti usia tua sering kali mengundang ketakutan bagi sebilangan besar wanita. Rasa bimbang menguasai diri disebabkan persepsi yang terbentuk secara semula jadi. Ini kerana tempoh itu sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Individu tersebut akan merasakan kesihatan dirinya terganggu, tidak secergas dulu dan tidak secantik dahulu. Fenomena menopaus ini bukan sahaja ada tanda tersendiri, tetapi...
Read More »

Tuesday, 25 August 2015

Resepi Mudah Durian Crepe

Musim Durian pulak! Mesti ramai peminat durian di sini kan? =) Bila musim durian, banyak pula peniaga yang membuat Durian Crepe yang menjadi kegilaan ramai. Saya juga tidak ketinggalan untuk mencuba buat Durian Crepe. Ini pun sebab ada request dari mentua dan mak sendiri. Walaupun agak malas, ku gagahi juga membuat Durian Crepe. Saya tak tahu resipi mana yang terbaik untuk membuat Durian Crepe....
Read More »

Monday, 24 August 2015

Protein Cantikkan Kulit

Assalamakualaikum. Pernah dengar tak yang protein amat membantu untuk mencantikkan kulit kita? Bukan setakat mencantikkan kulit malah menengangkan kulit sekali. Sebab itu ramai yang berusaha mencari sumber protein yang terbaik untuk mencantikkan kulit mereka. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan hayatnya. Protein juga...
Read More »

8 Strategi Mencegah Kanser Payudara (infografik)

...
Read More »

Saturday, 22 August 2015

Makanan Yang Harus Dielak Semasa Hamil

Makan makanan yang seimbang adalah penting apabila anda hamil. Terdapat nutrien penting, vitamin, dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda yang sedang membesar. Kebanyakan makanan adalah selamat; Walau bagaimanapun, terdapat beberapa makanan yang anda harus elakkan semasa mengandung. Daging mentah: Makanan laut yang tidak dimasak dan daging lembu yang jarang atau kurang masak...
Read More »

Ambik Kisah "Urine Incontinence" (UI)


Hilang kawalan pada pundi kencing adalah masalah biasa yang dialami wanita. Bukan saja bagi wanita yang sudah putus haid atau melahirkan anak, bahkan ada kalanya masalah ini turut dialami oleh wanita muda yang belum berkahwin. Masalah hilang kawalan pada pundi kencing atau disebut sebagai urine incontinence (UI) memang memalukan dan ada kalanya menyusahkan.

Walaupun UI dialami ramai wanita, masalah ini masih sukar ditangani sepenuhnya kerana wanita selalunya malu untuk berjumpa dengan doktor. Mereka yang mengalaminya juga merasakan UI hanyalah masalah kecil malah ada yang beranggapan ia perkara wajib dalam senarai proses penuaan.
Wanita yang putus haid, kerap mengangkat benda-benda berat atau pernah melahirkan anak, lebih berisiko mengalami UI. Jumlah wanita yang mengalami UI juga adalah dua kali ganda lebih ramai daripada lelaki terutama wanita berusia. Lelaki yang mengalami UI pula adalah lelaki yang bermasalah dengan kelenjar prostat.

UI terjadi kerana oto pelvis dan saraf yang membantu menahan atau melepaskan air kencing terganggu. Biasanya otot itu mengendur. Selalunya UI bermula dengan kekerapan membuang air kecil dalam sehari. Biasanya kebanyakan kita membuang air kecil lapan kali sehari. Bagi mereka yang mengalami UI, kekerapan membuang air kecil adalah dalam tempoh 35 hingga 40 minit sekali.



JENIS-JENIS UI


A) TEKANAN ( STRESS INCONTINENCE)
Terjadi apabila bersin, ketawa, batuk, berjoging atau perkara-perkara lain yang meletakkan pundi kencing dalam keadaan tertekan. Ia adalah masalah hilang kawalan pundi kencing yang paling biasa dialami wanita.


B)TERDESAK (URGE INCONTINENCE)
Selalunya anda akan berasa terlalu ingin membuang air kecil hingga menyebabkan anda terkencing sebelum sempat anda sampai ke tandas. Dalam keadaan ini, otot pundi kencing mengecut dan hanya memberi anda isyarat hendak kencing beberapa saat atau minit saja. Pada waktu malam, rasa ingin kencing itu juga menyebabkan anda terjaga daripada tidur beberapa kali. Ada juga mereka yang ingin kencing walaupun hanya meminum sedikit air. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan salur kencing selain masalah pada usus atau sistem saraf yang dikaitkan dengan penyakit lain seperti parkinson atau sclerosi pelbagai (MS)

C)PUNDI KENCING TERLALU AKTIF
Kategori ini terdiri daripada beberapa lagi jenis UI antaranya kencing yang kerap dan banyak (overflow) dan kekerapan bangun malam untuk membuang air kecil (nocturia incontinence). Selalunya, masalah ini disebabkan saraf menghantar isyarat kepada pundi kencing pada masa yang salah. Ini menyebabkan otot mengecut tanpa amaran.



PUNCA UI

UI bukan penyakit tetapi simptom. Ia menandakan masalah lain tetapi boleh dipulihkan. Selain masalah jangkitan pada salur kencing dan sembelit, UI juga boleh disebabkan gaya hidup seperti pengambilan minuman beralkohol, berkafein, pengambilan ubat-ubatan dan kecederaan. Selain itu, UI juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan melahirkan anak.


RAWATAN

Tidak semestinya setiap masalah UI perlu ditangani dengan pembedahan. Secara umum ada beberapa cara rawatan selain pembedahan.
a) Perubahan Gaya Hidup
Elakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat selain kurangkan meminum air jika anda mengambil air terlalu banyak dalam sehari.
b) Senaman Lantai Pelvis
Di kalangan orang Melayu, senaman kemut memang cukup dikenali sebagai rawatan otot pelvis yang kendur. Senaman ini akan membantu menguatkan otot pelvis dan mengawal pundi kencing
c) Latihan Pundi Kencing
Melewatkan kencing selepas rasa terdesak untuk berbuat demikian. Mulakan dengan cuba menahan 10 minit setiap kali terasa desakan untuk kencing. Tujuan bagi memanjangkan selang masa setiap kali anda ke tandas untuk dua hinggan empat jam
Read More »

Tuesday, 11 August 2015

Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat

Menurut National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases, 68 peratus daripada 44 juta orang yang berisiko untuk osteoporosis adalah wanita.  Wanita mempunyai peningkatan risiko osteoporosis yang berkaitan dengan tahap estrogen jika mereka: 1)Mengalami haid yang tidak teratur atau tidak kerap, atau mula mempunyai tempoh mereka pada lewat...
Read More »

Tarik Mengkarung / Simpul Biawak Ketika Hamil

Masa mengandungkan Ahmad Khalifah tahun lepas, saya kerap mengalami kekejangan di bahagian betis terutama ketika sedang tidur. Bayangkan sedang lena tidur, kaki tiba-tiba cramp bagai disentap! Ya Allah sakitnya tuh di kaki. Huhu. Masa tu dalam fikiran cuma boleh kejutkan husband secepat mungkin supaya dia dapat urut lembut kaki saya. Menangis juga lah setiap kali kena macam ne. Orang...
Read More »

Monday, 10 August 2015

Buah Terbaik Untuk Wanita Hamil

Wanita hamil memerlukan pemilihan makanan yang betul untuk perkembangan janin yang sihat dan memberi nutrisi yang secukupnya untuk badan ketika hamil. Buah-buahan adalah makanan yang paling mudah untuk diconsume semasa hamil. So, mari kita tengok buah apakah yang boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu yang tengah hamil. Avokado. Ia adalah salah satu buah-buahan yang...
Read More »

3 Sebab Utama Lemak Terkumpul Di Perut

Perut buncit memang sangat tidak menyeronokkan bagi mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal. Perut buncit juga mendorong kepada peningkatan berlakunya sindrom metabolik seperti diabetes, hipertensi, serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan pembuluh darah tersumbat. Ukuran lilit perut yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Asia Pasifik adalah di bawah...
Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on