Tuesday 21 July 2015

Bahaya Garam Kepada Bayi








Jika anda seorang surirumah seperti saya yang menjaga anak sendiri, anda perlu tahu mengenai bahaya garam kepada bayi anda. Jangan samakan makanan yang anda makan dan makanan yang bayi anda makan. Dan jangan pula risau jika makanan bayi anda berasa hambar dan tidak sedap. Jangan kasihan kepada bayi anda sehingga anda memberi makanan yang penuh bahan perasa kepada bayi anda. Its a big NO!

Anda tidak perlu menambah garam kepada makanan bayi untuk menjadikan rasanya lebih lazat. 
Sebagai seorang ibu, anda perlu tahu bahawa bayi hanya memerlukan garam yang sangat sedikit dalam satu hari. Sebagai contoh, bayi kurang dari umur 1 tahun memerlukan hanya 0.4 gram natrium dalam masa 24 jam atau kurang dari 1 gram garam. Buah pinggang bayi tidak boleh memproses garam yang berlebihan yang anda berikan dan membolehkan berlakunya jangkitan dan penyakit-penyakit lain yang kita tidak nampak dalam masa yang terdekat. So, ibu-ibu di luar sana please take note especially yang baru menjadi ibu. :)
Bayi yang berusia 1-6 bulan, akan mendapat khasiat yang lengkap daripada susu ibu dan susu formula, jadi anda tidak perlu untuk memberi makanan lain yang boleh memberi kemudaratan kepada sistem penghadaman mereka. 
Apabila bayi sudah berusia 6 bulan ke atas, anda sudah boleh memberikan makanan pepejal / solid food sebagai makanan pelengkap. Sekali lagi diingatkan yang anda tidak perlu menambah garam atau perasa ke dalam makanan bayi anda. Walaupun anda rasa makanan itu agak hambar, yakinlah ia adalah lebih baik dan bayi anda akan menikmatinya. Jangan stress tau kalau makanan bayi tak sedap! Hihihihi...






Pada usia setahun sehingga umur 3 tahun, anak anda akan memerlukan 2gram garam maksimum dalam sehari.
Elakkan memberi jajan / junk food kepada anak anda kerana makanan seperti itu mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi dan akan memberi tahap kesihatan yang tidak baik kepada anak anda.
Untuk pertumbuhan kanak-kanak yang sihat berilah makanan yang sihat dan segar seperti sayur-sayuran dan salad, buah-buahan, kekacang, telur, daging, ayam dan ikan.Pilihlah makanan yang tidak perlu diproses dengan menggunakan garam dan bahan perasa lain.

Anda hanya perlu menyediakan makanan segar kepada bayi anda dan bukannya makanan segera dalam tin seperti buah-buahan tin, ikan tin dan sebagainya. Jika terpaksa sekalipun silalah rajin membaca label kandungan garam, gula dalam makanan tersebut dan pastikan ia tidak terlalu tinggi untuk anak anda. Kesihatan anak anda tanggungjawab anda dan bukan tanggungjawab orang lain. So ibu sekalian jangan stress kalau orang tegur kenapa makanan bayi pucat, nampak hambar dan macam-macam lagi. Ibu-ibu kena ingat kalau anak kita sakit bukan mereka-mereka tu yang akan menjaga anak kita tau. Jadi jangan stress sangat dan jangan GIVE UP untuk beri makanan yang sihat untuk anak-anak kita. 













Shaklee Independent Distributor Kota Kinabalu

Whatsapp 0143794493



4 comments:

  1. salam...
    ni utk bby xya buh grm lgsung senang...kan..lgpon bby..
    xkesa sdap ke x..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah better xpyh bubuh langsung..utk kesihatan jangka masa panjang..hehe

      Delete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on