Saturday 12 March 2016

Ketidakselesaan Semasa Hamil






"Tahniah! Puan hamil 5 minggu!"
Excited dan happy bila dengar berita begini dari seorang doktor kan. Di sebalik kebahagiaan itu, ada terselit ketakutan untuk menghadapi 'perjuangan-perjuangan' sepanjang tempoh kehamilan. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang mudah kan especially untuk yang pertama kali bergelar ibu.
Masa saya dulu macam tu la. Happy tapi dalam masa yang sama berfikir boleh kah handle kalau morning sickness yang tahap teruk? Untunglah siapa yang tak morning sickness dan sihat sepanjang hamil kan. Memang rezeki korang lah. ^_^


Berbalik kepada tajuk di atas, jom kita teliti apakah ketidakselesaan yang mommies bakal hadapi sepanjang kehamilan nanti. Jangan lupa ajak suami baca sekali entri ne. Hah, barulah susah dan senang sama-sama. Adil kan.. Hehehe..



Ketidakselesaan Semasa Hamil Yang Perlu Anda Tahu








1) Morning Sickness

Mual, muntah sepanjang hari. Kalau boleh nak duduk dalam tandas sepanjang masa! Kadang nak makan pun takut sebab confirm akan muntah.. Itulah namanya morning sickness. Jangan risau keadaan macam ne biasanya akan ambik masa dalam 2-3 bulan je. Biasanya masuk trimester kedua, dah takde rasa mual muntah macam tu. Tapi, kalau berlarutan sampai waktu nak bersalin, mommies anggap sebagai rezeki je la ye. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua tu. ^__^
Masa saya mengandungkan Khalifah, keadaan mual ne berlarutan sampai bulan ke 4 kehamilan.









2) Perubahan Bentuk Badan / Kenaikan Berat Badan

Ini lagi satu perkara yang normal yang akan mommies hadapi. Samada perubahan bentuk badan ataupun kenaikan berat badan yang drastik. Macam saya, kenaikan berat badan yang saya alami ialah 10kg! Memang sangat gemuk masa tu. Just nak remind, mommies kena hati-hati jika berat naik secara mendadak dalam masa yang singkat. Kemungkinan untuk dapat kencing manis / darah tinggi semasa hamil amatlah tinggi jika berat badan tidak dipantau dan dikawal terutama pada masa awal kehamilan.








3) Kerap Membuang Air Kecil

Bila hamil. memang akan kerap rasa nak membuang air kecil. Memang letih. Keadaan ini terjadi sebab uterus (rahim) yang semakin membesar berada di atas pundi kencing yang mendesak pundi kencing dan menyebabkan kita sering rasa nak buang air. Volume darah dalam tubuh juga bertambah sehingga darah banyak menuju ke ginjal dan diproses menjadi urin. Jadi, mommies dinasihatkan supaya kurangkan mengambil minuman yang meningkatkan pengeluaran urin seperti kopi, teh dan soda. Lagipun minuman tinggi kafein tidak elok diminum semasa hamil kerana boleh menyebabkan penyerapan vitamin menjadi kurang.




4) Sembelit

Semasa hamil, sistem pencernaan juga akan mengalami perubahan. Hal ini juga dipengaruhi oleh perubahan hormon yang terjadi pada tubuh wanita hamil kerana rahim yang membesar sehingga usus – usus dalam tubuh tertekan dan najis menjadi susah untuk keluar. Banyakkan makanan yang tinggi serat semasa hamil dan juga mengambil air putih secara tetap dan teratur supaya mommies tak kena sembelit. Sakit tau sembelit ne.





5) Malas dan Lemas untuk Membuat Aktiviti Harian

Semakin bertambah usia kandungan, semakin rasa bebanan untuk mommies. Yalah dengan perut yang semakin membesar pasti memerlukan lebih banyak tenaga kan. Sebab tu ketika hamil ada yang cepat berasa letih dan lelah. So mommies amat digalakkan untuk mengambil nutrisi yang cukup atau supplemen kesihatan yang bersesuaian untuk mendapatkan extra tenaga lebih-lebih lagi mommies yang bekerja di luar.






6) Imsonia

Hampir semua wanita hamil akan mengalami masalah untuk susah tidur. Dengan keadaan perut yang semakin membesar, agak susah untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Bila nak tidur, baby dalam perut pula tiba-tiba menendang, rasa nak buang air kecil yang kerap, mimpi buruk kerana perubahan emosi dan macam-macam lagi. Stress juga bila tak dapat tidur yang berkualiti kan. Akhirnya badan jadi lemah, kesihatan terganggu, emosi pun terganggu. 





Actually, banyak lagi ketidakselesaan semasa hamil ne. Tapi yang saya listkan di atas, paling common la yang selalu akan dihadapi oleh ibu hamil. Di sebalik semua ketidakselesaan ne, akhirnya akan membawa seribu keindahan iaitu anak yang bakal kita lahirkan. InsyaAllah jika kita belajar lebih bersabar dan bertenang ketika hamil, anak pun akan jadi seorang yang penyabar. Berdoa banyak-banyak supaya urusan dipermudahkan semasa hamil sehinggalah waktu hendak melahirkan..
Kalau rasa nak tips-tips lagi, jangan lupa follow blog saya tau.
Sampai di sini saja entri kali ini. InsyaAllah akan bertemu lagi di entri akan datang. ^__^





Ummi Khalif

014-3794493

Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu

SID 1076149



7 comments:

  1. betul tu ketidakselesaan waktu hamil ni org yg mengalaminya je tahu..ist tremister tu teruk nk hadap morning sickness..dh 3rd tremister ngan imsonianya kan..kunci kesabaran utk lahirkan seorang umat manusia ke dunia.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan.. kena byk sabar masa mengandung ne. Hehe

      Delete
    2. Kan kan.. kena byk sabar masa mengandung ne. Hehe

      Delete
  2. Lupa dah macamana kehidupan masa pregnent dulu....ohhhh sekejap jer masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha jom tambah rakyat. 😜

      Delete
    2. Hahahahaha jom tambah rakyat. 😜

      Delete
  3. sekarang tengah mengalami fasa akhir. dannnnn memang tak lena tido. asyik mimpi yang bukan2 je. letih rasa =..=

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on