Tuesday 8 March 2016

Makanan Terbaik Untuk Minda Anak








Kecerdasan otak anak anda bukanlah semata-mata dipengaruhi oleh faktor genetik. Malah banyak faktor luaran yang mempengaruhi seperti faktor nutrisi dan pemakanan. Sebagai ibu bapa, amat penting untuk kita menyediakan makanan yang terbaik dari segi nutrisi untuk perkembangan minda yang sihat kepada anak-anak kita. Terdapat beberapa jenis makanan yang mampu merangsang kecerdasan minda anak-anak yang bakal saya kongsikan dalam entri kali ini. Jom kita semak adakah makanan-makanan ini termasuk dalam diet seharian anak kita.




1. Ikan salmon

Ikan yang mengandungi lemak seperti salmon merupakan sumber terbaik omega-3, EPA dan DHA. Keduanya penting dalam pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak anak anda. Penelitian menunjukkan bahawa anak yang mendapatkan nutrisi lemak omega 3 mempunyai lebih kemampuan untuk berfikir lebih mendalam dan tajam. Wajib beli dah lepas ne ikan salmon. Huhu!









2. Sayuran Yang Bewarna

Sayuran yang mempunyai warna menarik seperti tomato, labu dan bayam mempunyai nutrisi yang banyak dan sumber antioksidan yang terbaik untuk mendapatkan sel-sel otak yang sihat. Mengambil sejumlah sayur-sayuran setiap hari memang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan walaupun hakikatnya ada ramai kanak-kanak yang tidak menyukai sayuran. Hah, jadi ibu kenalah lebih kreatif dalam masakan selepas ini untuk galakkan anak makan sayur!







3. Telur


Telur merupakan sumber protein yang mampu milik! Kuning telur sangat penting untuk mengekalkan struktur membran sel otak kerana mempunyai sejenis nutrisi yang dinamakan Choline. 2 biji kuning telur sehari membekalkan lebih kurang 230mg choline kepada otak kita! Boleh lah lepas ne sediakan sarapan telur kepada anak-anak. Harga pun affordable! ^_^







4. Oatmeal

Oat merupakan salah satu dari bijirin sarapan yang paling popular di kalangan anak-anak dan juga orang dewasa. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak. Jadikan oatmeal sebagai sarapan anak setiap hari supaya dia kekal bertenaga sepanjang hari! Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, yang membuat badan dan fungsi otak berfungsi secara optimum. Serius! Sedangkan kita yang dewasa kalau ambik oat masa sarapan, memang akan kenyang dan bertenaga sampai tengah hari, Jadi, tiadalah istilah makan berlebihan di waktu pagi. 







5. Buah-buahan


Secara umumnya, buah-buahan yang bewarna seperti cherry,blueberry, strawberry mengandungi nutrisi yang cukup baik untuk kecerdasan anak-anak. Dengan kadar antioksidan yang tinggi dan juga vitamin C mampu memperbaiki fungsi daya ingatan. Tapi kunci yang sebenarnya ialah berapa banyak portion buah yang anda sediakan untuk anak-anak setiap hari? Cuba check. Cukup atau tidak? Buah-buahan ini juga selain memberi kecerdasan, ia juga amat penting untuk tumbesaran anak dan kesihatan tubuh badan. Jadi cuba pastikan anak anda makan buah setiap hari untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan.





6. Susu & Yogurt
Makanan yang berasal dari produk tenusu memiliki kandungan protein tinggi dan vitamin B. Kandungan protein dan vitamin B merupakan nutrisi penting dalam pertumbuhan jaringan otak dan juga enzim.Mengambil susu,produk tenusu atau yogurt juga mampu membuat perut bertahan lama dari lapar kerana adanya kandungan protein dan karbohidrat serta menjadi sumber tenaga bagi otak anak anda. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak vitamin D bahkan 10 kali lebih perlu dari dos yang disarankan. Vitamin D adalah vitamin yang penting untuk otot dan sistem saraf secara keseluruhan.





So, lepas ne mommies boleh lah masukkan makanan-makanan ini dalam diet seharian anak kita. Selain daripada itu, kita juga harus rajin untuk membawa anak membaca buku dan membuat aktiviti-aktiviti yang memerlukan anak kita berfikir dengan lebih kreatif. Doa setiap hari juga tak boleh tinggal tau. Doa seorang ibu makbul tau! Doakan yang baik-baik untuk anak kita. InsyaAllah kita akan dapat bentuk anak kita menjadi insan yang bijak dan berdaya saing!











Ummi Khalif'
014-3794493
Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu
Sid 1076149

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on