Tuesday 8 March 2016

Kesilapan Semasa Mendisiplinkan Anak









Assalamualaikum.

Lama sangat tak bersiaran di blog. Nasib tak berhabuk.. Dalam mencari ilham penulisan, saya terpanggil untuk menulis mengenai kesilapan dalam kita mendisiplinkan anak. Seperti anda, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika proses mendidik anak. Kadang-kadang saya rasa cara saya 100% betul sudah. Sehinggalah saya terbaca mengenai satu artikel mengenai kesilapan kita sebagai ibu bapa dalam mendisiplinkan anak yang bakal saya kongsikan dalam entri kali ini. 

Mungkin ada sesetengah dari kita yang rasa artikel ini ada kesilapan. Tetapi saya memohon supaya kita hanya mengambil yang baik-baik sahaja sebagai panduan kita. Semoga perkongsian ini bakal memberi kita kesedaran yang baru dalam kita membesarkan anak-anak kita. Jom kita baca dan teliti apakah kesilapan yang biasa kita lakukan dalam kita mendisiplinkan anak.




1) Memberi Ganjaran

"Kalau abang tak ganggu adik, nanti ibu belikan abang alat permainan"
Biasa dengar tak dialog ini? Atau anda sendiri yang selalu mengatakan hal ini kepada anak-anak?
Aha! Jangan sesekali memberikan anak ganjaran sambil meminta dia berjanji untuk tidak melakukan hal-hal yang anda tidak inginkan. Dengan memberi ganjaran, anda menjadikan anak anda untuk mahu melakukan sesuatu disebabkan adanya ganjaran. Dan bukan kerana dorongan dari dalam dirinya sendiri. 
Beri pemahaman yang jelas kepadanya dengan memberitahu tindakan dia menganggu atau memukul adiknya ialah satu sikap yang buruk.
Sebaiknya berikanlah hadiah kepada anak sebagai bentuk penghargaan atas prestasi baik yang dicapainya. Misalnya anda menunjukkan "two thumbs up" kerana dia tidak menganggu adiknya yang sedang tidur. Jelaskan kepada anak anda kenapa anda memberikannya "two thumbs up".
Dengan cara ini, saya pasti anak akan lebih berdisiplin dan lebih bijak membezakan kelakuan baik dan kelakuan buruk.








2) Berbohong

Pernah melalui situasi di mana anda sedang bergegas-gegas untuk ke pejabat dan anak merengek kerana dia juga hendak ikut anda keluar? Di saat anak meraung-raung, terkeluar pula perkataan "bohong" dari mulut anda.
"Papa mau keluar sebab mau pergi lawan dinosaur besar di luar." Dan anak pun automatik diam! Anda terus berfikir Yes! Berhasil juga menipu sekejap. 
Saat anda kerap membuat pembohongan di sana lah saat anda menghilangkan kepercayaan anak kepada diri anda. Secara tidak langsung anda juga telah berjaya mengajarkan anak anda untuk melakukan perkara yang sama kepada diri anda. Oopss!
Cara yang terbaik selain dari berbohong ialah memberitahu perkara yang sebenar walaupun agak perit untuk anak anda menerimanya. ^_^ Cuba bagitau yang anda perlu ke pejabat untuk bekerja dan selesai bekerja anda akan cepat pulang untuk berjumpa dia. Mudah kan? Jom praktikkan bersama okay!








3) Langgar Peraturan

"Adik, makan kena duduk. Tak boleh makan sambil berjalan". Dalam masa yang sama, anda sendiri buat begitu..Oops! Langgar peraturan tu! Bila ibu bapa sendiri dah langgar peraturan, macam mana anak nak ikut peraturan pulak? Nanti anak pun bingung mana satu perkara yang boleh dibuat dan yang tidak boleh dibuat dalam rumah.. Pening pening.. Haha! Jadi, berilah kerjasama.. Jika anda sudah menetapkan peraturan dalam rumah macam tu, anda pun kenalah patuh. Jangan bagi alasan pula. Kata nak disiplinkan anak cara yang betul.. hehehe













4) Mengugut dan memarah anak 

Mengugut untuk membuang mainan anak jika dia tidak mengemasnya. Dan akhirnya anda tak buang pun. Esoknya, anak ulang lagi perbuatan. Begitu juga dengan anda. Terus mengugut tapi tak tunaikan. Anda bohong lagi! Dan akhirnya anak rasa ditipu.. Next time bila anda ugut lagi, saya jamin anak tak akan takut pun. Sebab dia yakin, anda tak akan buang punya. Cara begini akan gagal untuk disiplinkan anak. 
Berikanlah hukuman atau peringatan secara bertahap ketika anak melanggar peraturan. Jangan lupa juga untuk memaafkan anak kerana mereka sedang dalam proses belajar untuk mengendalikan diri. Ibu bapa juga harus menunjukkan sikap yang betul dan perkara yang seharusnya dilakukan oleh anak sewaktu berada dalam situasi berikut. Tunjukkan disiplin dengan menunjukkan contoh secara berulang-ulang. Begitulah cara anak akan belajar untuk berdisiplin.




5) Target yang Tinggi

Meletakkan target yang tinggi untuk anak supaya disiplinnya sempurna sangat tidak digalakkan. Ingat! Anak anda sedang dalam proses pembelajaran dan pembesaran. Sedangkan kita sebagai ibu bapa juga tidak sempurna. Jangan bagi tekanan kepada anak. Kelak anak akan lebih beremosi dan mungkin akan tertekan sebab seluruh hidupnya diatur supaya sentiasa sempurna. Bersederhanalah!







So, ada ciri-ciri macam di atas? Nampaknya ramai juga yang terus berfikir kan. Actually, diri saya juga ada ciri-ciri di atas. Lepas ni, memang kena ubah lah secara perlahan-lahan. Kita ambik yang baik-baik saja okay. Kalau rasa kurang setuju, sudi-sudikanlah untuk komen dan beri cadangan supaya kita sama-sama dapat belajar menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sehingga kita berjumpa lagi di entri akan datang! Saya doakan agar kita semua akan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita di alam semesta ini. AAMIIN!!



credit to:keluargadotcom




Ummi Khalif
014-3794493
Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu
SID1076149




3 comments:

  1. Adakala kita tak boleh elak tapi bukanlah untuk menambah keburukan yang ada.. bergantung dengan situasi jugak..

    ReplyDelete
  2. proses mendidik ni memang perlukan ilmu..bila kita rasa betul sentiasa pastu anak tak ikut acuan kita tu yg jadi masalah sebenarnya..benda yg baik dikongsi bersama, belakar dan mendalami lagi bagaimana cara mendidik

    ReplyDelete
  3. Bagus perisian ni boleh simpan buat rujukan dimasa akan datang

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on