Saturday 12 September 2015

Perlukah anda zat tambahan?

Sejumlah masyarakat tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan makanan yang rendah zat mengundang kepada beberapa masalah seperti keletihan, ketegangan, kurang fokus dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Sejauh mana anda tahu kesihatan dan kecergasan badan anda? Persoalannya, perlukah kita untuk mengambil supplemen tambahan? Jom kita baca kebaikan vitamin dan mineral yang sesuai untuk badan kita serta kebaikannya.

Vitamin A
Ramai yang tahu vitamin A mempunyai kebaikan untuk mata kan? Bukan setakat mata tau. Vitamin A sangat bagus untuk rambut, kulit dan kuku kita. Selain itu vitamin A juga membantu melindungi badan kita daripada jangkitan penyakit seperti selsema, sakit tekak dan bronkitis.

Vitamin B
Sangat diperlukan oleh badan kita untuk mendapat tenaga yang berpanjangan dan mengelak dari keletihan. Tahukah anda pengambilan vitamin B mengawal metabolisma protein dan asid lemak?Kita sangat perlukan vitamin B kompleks tambahan setiap hari untuk menampung kehilangan Vitamin B1(thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B4 (asid folik) dan vitamin B yang lain. Ini adalah kerana vitamin B adalah jenis larut air dan mudah dikeluarkan daripada tubuh kita. Sebab tu la wajib ambik Vitamin B setiap hari.

Vitamin C
Dapat melindungi badan daripada pencemaran dan merangsang sistem kekebalan badan. Selain itu ia juga berfungsi untuk kecantikan kulit. Nak cantik? Makan lah vitamin C.

Vitamin D
Ini juga penting kerana Vitamin D menentukan kekuatan tulang. Ia boleh didapati dengan mengambil hasil tenusu pada kadar yang tinggi dan makanan tambahan atau multivitamin yang kaya dengan vitamin D

Vitamin E
Sejenis antioksidan yang kuat dan mampu melindungi badan dari pelbagai toksin. Sayuran berdaun hijau dan kekacang kaya dengan vitamin E.

Kalsium & Magnesium
Saling bekerjasama dalam menenangkan sistem saraf, melawan ketegangan sebelum haid dan membantu mengurangkan senggugut. Ia juga penting untuk mengelakkan osteoporosis iaitu penyakit lemah tulang. Wajib ambik tau.

Zink
Zink boleh hilang jika mengamalkan diet yang terlalu ketat dan menyebabkan gangguan pada sel dan sistem pembaik pulih serta sistem kebal. Selain dapat mengurangkan jerawat zink sangat diperlukan untuk memperbaiki tahap kesuburan suami isteri.

Jadi anda sudah tahu vitamin mana yang perlu anda dahulukan untuk tubuh anda? Sebab tu ramai yang bagi tanggapan supplemen tambahan tak perlu dalam diet seharian. Dengan kecanggihan dunia, kita semakin susah nak dapatkan real food yang original tanpa suntikan dan racun serangga. Jika anda nak mencuba supplemen tambahan Shaklee boleh lah hubungi saya segera. Setiap pembelian dari saya, akan mendapat konsultasi percuma sepanjang hayat tau. Jangan tunggu lama sangat!

❤❤Whatsapp 014-3794493❤❤

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on