Sunday 27 September 2015

Mengenal Jenis Kulit Anda

Untuk memahami mengapa kulit berkedut dan cara untuk mengatasinya, kita perlu tahu apa itu kulit dan bagaimana kulit berfungsi. Kulit terbahagi kepada 3 bahagian iaitu epidermis, lapisan luar yang terbentuk daripada sel kulit mati; Dermis lapisan kedua di mana terdapat saluran darah, pundi peluh dan minyak,saraf serta organ kecil yang penting untuk fungsi kulit dan lapisan ketiga terbentuk daripada tisu lemak yang menjadi kusyen dan membekal zat kepada dermis.
Kulit sihat dapat dibentuk dengan menjadi lapisan dermis  Kulit yang gebu dan segar bergantung kepada dua jenis; serat protein yang terdapat di dalam dermis iaitu kolagen dan elastin. Ia membentuk serat atau rangkaian matriks seperti jaring yang memberi kekuatan pada kulit dan keanjalan kulit. Jom kita lihat beberapa masalah kulit, bagaimana ia berlaku dan apa cara mengatasinya.

Kulit Kering & Berminyak

Kebanyakan kulit mengalami masalah kekurangan air mahupun jenis berminyak. Kandungan air ditentukan oleh lapisan tengah epidermis. Ia dikatakan berfungsi mengawal kandungan air secara semulajadi. Semakin usia meningkat paras kelembapan menurun dan membuat kulit jadi kering. Selain minum banyak air, pastikan anda membubuh pelembap setiap pagi dan malam di kulit anda. Elakkan dari terdedah matahari dengan kerap.
Kandungan minyak pada kulit banyak bergantung kepada hormon. Androgen misalnya dikatakan menjadi faktor utama menganggu pengeluaran minyak dan menyebabkan jerawat batu. Estrogen dan progesteron pula adalah hormon yang mengawal air dan membuat kulit kita berasa kembung terutama ketika hamil dan haid.
Untuk kulit kering kena dapatkan bekalan vitamin E dan Omega-3 asid lemak untuk mengatasi masalah kulit kering.

Kulit Berkedut

Kolagen berterusan dibentuk dan digunakan oleh badan. Proses ini memerlukan oksigen dan zat, begitu pun apabila penghantaran sumber ini terganggu, proses kedut akan berlaku. Selain pemakanan dan genetik, kedut terhasil kerana gangguan unsur luar seperti persekitaran dan tabiat semula jadi, misalnya suka berkerut atau mengenyit mata serta ekspresi raut wajah yang berlarutan. Di kawasan di mana kulit berlipat, sel diperas menganggu peredaran darah, jadi pengeluaran kolagen akan terhenti buat sementara. Apabila keadaan ini berlaku berulang kali dan bertahun-tahun, lama kelamaan akan membentuk kedut.
Selain membuang tabiat, kita boleh membantu mengurangkan pembentukan kedut dengan merangsang peredaran darah dan mengurangkan kerosakan pada sel kulit. Pastikan anda mendapat bekalan vitamin B kompleks, asid lemak, antioksidan secukupnya.

Kulit Pucat dan Tidak Bermaya

Sebab utama kulit jadi begini ialah kerana kekurangan darah dan kurang peredaran darah. Ketika haidn kita kehilangan sejumlah besar darah terutama zat besi. Ini boleh diatasi dengan pengambilan zat besi dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.

Kulit Akar Kemerahan

Kulit yang mempunyai jalur berbentuk kemerahan terjadi daripada tabiat dan gaya hidup. Pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan darah tinggi membuat pembuluh darah membesar mahupun yang paling halus dan lembut, pecah lalu membentuk jalur kemerahan di bawah permukaan kulit. Pada tahap yang teruk, ia seperti sarang labah-labah.
Kurangkan pengambilan garam dan lemak terutamanya makanan yang diproses dan kurangkan berat badan. Juga jauhi alkohol.

Jadi anda sudah mengenali jenis kulit anda? Kalau ya, apa tunggu lagi. Cepat-cepat la diatasi sebelum menjadi lebih parah. Jika anda mencari supplemen yang bersesuaian untuk masalah kulit anda, boleh la menghubungi saya dengan segera.
Konsultasi percuma dan layanan istimewa khas untuk yang membeli dengan saya sahaja.

❤❤❤014-3794493❤❤❤

❤❤❤Sid 1076149❤❤❤

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on