Wednesday 19 April 2017

Naikkan Selera Anak Dengan Daun Kucai


Assalamualaikum mommies! Pernah dengar tak petua ni? Sebenarnya saya pun baru jumpa dengan petua ni tau. Anak kurang selera makan memang masalah yang saya pasti kebanyakan ibu-ibu akan alami kan? Saya pun tak terlepas dari mengalami masalah tersebut. 

Oleh sebab saya jenis suka mencuba, so saya google la petua untuk naikkan selera makan anak. Dan saya terjumpa petua ni. Bila baca feedback, mostly cakap berkesan. Apa salahnya mencuba kan? Belum cuba, belum tahu. Hihi..


Selepas saya mandikan anak saya 3 hari berturut-turut dengan mandian air daun kucai ni, Alhamdulillah memang nampak perubahan dari segi selera makan dia. Dia suka minta nasi dan sup! Selalu dengar anak tak suka makan nasi, hah ini kali lain macam penangan daun kucai. Menjadi jampi serapah mak! Haha! Gurau-gurau je.

(Saya cuba petua ni bulan Februari lepas. Sampai sekarang anak masih berselera makan tau)


Mommies nak tau macam mana cara nak buat air mandian daun kucai?
Okay mari baca sini.




Cara Sediakan Air Mandian Daun Kucai


1. Ambik segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih
2. Patahkan kecik-kecik, agak-agak size jari kita je
3. Rendam dalam air suam (separuh baldi)
4. Boleh mandikan anak pada waktu petang. Ikut petua yang saya baca kena mandikan waktu senja. 
5. Lepas anak dah pakai sabun, bilas bersih. Kemudian, last sekali mandikan dengan air rendaman daun kucai.
6. Sebelum nak jirus air rendaman tu, niat je la dalam hati semoga air mandian tu akan menjadi asbab kepada naiknya selera makan anak dan untuk kesihatan. Selawat3x macam biasa.
7. dah habis air rendaman tu, okay dah. tak payah bilas lagi



Saya sebenarnya tak tahu apa kaitan daun kucai dengan selera anak. Tapi, kalau ikut logik daun kucai ni memang banyak manfaat untuk kesihatan kan. So, rasanya tak salah mencuba. Sebab bila saya dah mandikan anak 3 hari berturut-turut, memang nampak perbezaan lah. Anak memang berselera nak makan nasi. Tak pernah lagi tolak nasi setakat ni. Syukur Alhamdulillah.




Sebagai ibu, mestilah nak terbaik untuk anak-anak kan?
Jadi, saya tambah juga makanan tambahan dalam pemakanan anak saya.
Untuk cukupkan keperluan vitamin anak saya, saya bagi Omega Guard & Mealshake. Yang ini memang baik untuk otak dan pembesaran anak kita. Saya tak nak cakap banyak pasal vitamin tu. Kena tanya dengan mak-mak yang pernah bagi anak mereka makan vitamin yang saya sebutkan. :D



Setakat ini saja perkongsian saya. Selamat Mencuba!

4 comments:

  1. char kue teow...mesti penciptanya guna aplikasi ni hahahha

    ReplyDelete
  2. singgah sini n follow done.. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pengkongsian

    ReplyDelete
  4. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on