Saturday 15 April 2017

Lelaki & Masalah Prostat; Apa Yang Perlu Anda Tahu?




PROSTAT adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra.
Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.
Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat. Penyakit dan masalah yang utama adalah Benign Prostatic Hyperplasia (Pembesaran Kelenjar Prostat) dan kanser prostat.

Pembesaran Kelenjar Prostat
Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH adalah pembesaran kelenjar prostat yang disebabkan oleh rangsangan hormon testosterone.
Pertambahan saiz prostat sebegini dapat dilihat di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas. Mengikut perangkaan, lebih 50 peratus lelaki pada peringkat umur 40-an menghadapi masalah ini dan peratusan berkenaan meningkat kepada 75 peratus di kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.


Tanda-Tanda Kanser Prostat:
  1. sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
  2. kesukaran sewaktu mula membuang air kecil
  3. tidak boleh mengeluarkan air kencing
  4. aliran air kencing yang tersekat-sekat
  5. kesakitan dan kepanasan semasa mengeluarkan air kencing
  6. terasa sakit ketika air kencing keluar
  7. terdapat darah dalam air kencing atau air mani
  8. sering alami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang atau paha

Sekiranya tidak dirawat, pembesaran kelenjar prostat yang tidak dikawal akan menyebabkan salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal.
Selain itu, tekanan di dalam pundi kencing yang tinggi boleh menyebabkan risiko buah pinggang menjadi bengkak dan gagal berfungsi (renal failure).


Pembentukan batu karang juga boleh berlaku di dalam pundi kencing akibat masalah tersebut. Oleh kerana pesakit perlu meneran untuk mengeluarkan air kencing, dia juga berisiko mendapat penyakit hernia.
Selain masalah kesihatan, pesakit juga akan menghadapi pelbagai masalah sosial kerana perlu kerap ke tandas untuk kencing.


Oleh kerana pesakit kadang kala terpaksa ke tandas dengan begitu kerap, hingga sejam sekali, ini akan mengganggu aktiviti sosialnya seperti ketika melancong, menonton wayang atau memandu kereta ke tempat yang jauh.
Keperluan bangun pada waktu malam untuk membuang air kencing juga mengganggu tidur seseorang pesakit dan menyebabkannya letih pada siang hari kerana kurang tidur. Ada juga pesakit yang perlu bangun antara enam hingga lapan kali setiap malam.



Sementara masih sihat, kita sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Anda juga boleh mula mengamalkan pengambilan makanan tambahan / supplemen untuk meningkatkan taraf kesihatan anda. Jika anda memerlukan supplemen yang terbaik, semulajadi dan selamat, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma.



Nur Iba Zaini
018-5777 679
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu

1 comment:

  1. Betul...pemakanan...corak kehidupan (sosial)...perku dijaga sedari kecil lagi...namun begitu...sekiranya masih timbul penyakit..itu ujian Allah untuk hamba yang disayangi NYA.

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on