Saturday 15 April 2017

Aktiviti Bermanfaat Bersama Anak-Anak Di Hari Ahad!




Assalamualaikum! Selamat hari Ahad semua! Apa aktiviti kalian hari ini bersama anak-anak?
Kalau belum plan apa-apa, saya ada beberapa cadangan yang saya rasa InsyaAllah akan memberi anda semua idea untuk lakukan sesuatu bersama anak-anak hari ini. Tak banyak yang saya nak kongsikan. Tapi, anda cubalah dulu. Hehe..




Aktiviti Bermanfaat Bersama Anak-Anak Di Hari Ahad!



Riadah di Taman Permainan.

Biasanya saya dan suami akan bawa anak kami pergi bermain di taman permainan setiap hujung minggu. Sementara saya pula ambik masa untuk bersenam sambil lari-lari anak di kawasan taman permainan, suami akan menjaga anak yang sedang bermain. Main gelongsor bersama anak pasti buat anak anda berasa happy. Pastikan kawasan taman permainan selamat untuk anak anda ya.









Aktiviti Berkebun.

Bawa anak anda berkebun bersama-sama. Ajar nama-nama bunga, cara siram pokok bunga dan sebagainya. Sambil berkebun sambil belajar. Anak akan jadi lebih kreatif dan lebih menghargai hidupan ciptaan Tuhan. Pastikan peralatan berkebun semuanya mesra kanak-kanak dan tidak berbahaya ok.








Buat Kek Cawan Bersama-sama

Ajak anak anda untuk baking cupcake bersama-sama. Pasti menyeronokkan! Biarkan anak bermain dan menolong anda di dapur. Semua ini akan melatih anak-anak kita. Pastikan kawasan dapur selamat, tidak licin dan semua peralatan yang tajam disimpan dengan selamat. Biarkan anak anda bermain dengan kreativiti mereka sendiri.
Anda boleh mencuba resepi kek cawan yang ringkas seperti di bawah:




Resepi Nutella Cupcakes

- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan Nutella
- 2 biji telur


Kacau hingga sebati tepung & telur. Kemudian masukkan Nutella. Campurkan hingga sebati dan tuangkan adunan ke dalam cawan cupcakes yang berwarna warni. 
Bakar selama 10- 15 minit (180 darjah) - Mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Kemudian bila siap dibakar, boleh deko atas cupcakes mengikut kreativiti sendiri.





Selamat berhujung minggu dan selamat mencuba!

3 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. saya akan singgah sekejap lagi..

      Delete
  2. aktiviti yang baik bersama anak secara tka langsung memberikan ilmu pada anak

    ReplyDelete

 

Followers

Like Us On

Follow Us on