Showing posts with label Kehamilan & Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan & Berpantang. Show all posts

Wednesday, 26 October 2016

Rahsia Naikkan Bacaan HB Dengan Mudah



Assalamualaikum.


Di entri lepas saya ada share tentang anemia ketika hamil dan juga makanan yang baik diambil untuk naikkan bacaan HB semasa hamil. Hari ini pula saya akan share rahsia untuk naikkan bacaan HB semasa hamil dengan cepat dan lebih mudah dan selamat.



Semasa saya hamil, saya tidak mengalami masalah ini Alhamdulillah. Cuma orang terdekat saya,iaitu kakak ipar saya mengalami masalah low HB semasa hamil. Pada mulanya, dia juga ingin mencuba kaedah lain untuk naikkan HB tetapi tidak berjaya malah bacaan semakin menurun. Jadi, dia pun bertanya kepada saya semula tentang SET ANEMIA Shaklee yang mula-mula saya tawarkan kepada dia dulu.



Alhamdulillah dia terbuka hati untuk mencuba sebab risau bila bacaan HB semakin menurun. Saya kongsikan testimoni kakak ipar saya dalam bentuk gambar seperti di bawah.











Bacaan di atas sebelum dia cuba vitamin Shaklee.. Lepas tu tengok tarikh 1/2/2016 drop ke 9.9 bacaan HB. Tak berlengah lepas cuba set anemia, pada 15/2/2016 bacaan HB terus naik ke 11.2.
Dalam 2 minggu je bacaan terus naik. Best tak???




Eh, apa yang best sangat dengan vitamin ni sampai boleh bantu ramai ibu-ibu yang runsing dengan masalah hb rendah ni? Dalam 2 minggu je masalah hb rendah boleh selesai? Biar betul....


Jom Baca Pula Apa Fungsi Vitamin Dalam Set Anemia ini









Set Anemia Shaklee terdiri daripada;
  1. Vitalea With Iron Formula – Ia merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan hemoglobin.
  2. B-Complex With Acid Folic – Asid folik juga penting di dalam pembentukan sel darah merah. Selain itu, ia juga sangat penting untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi dan juga membantu dalam pembentukan otak bayi. Juga penting untuk tukarkan gula kepada tenaga agar ibu tak lemah lesu.
  3. Vitamin C – Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan penyerapan zat besi/iron. Lebih banyak iron diserap, lebih lancarlah penghasilan sel darah merah dan semakin normallah bacaan Hb ibu. 
  4. ESP (Energizing Isolated Protien) – Kenapa ada protein?? Sebab tau tak setiap sel di dalam badan kita ni terdiri daripada protein? Hemoglobin sendiri terdiri daripada protein. Jadi ia sangat membantu dalam penghasilan sel darah merah yang sihat. Protein juga sangat penting untuk tumbesaran bayi dan juga memberi tenaga kepada ibu hamil.





Set ini sebenarnya boleh juga diamalkan oleh ibu hamil yang tidak mengalami masalah anemia. Saya juga mengambil kesemua vitamin ini semasa hamil dan berpantang. Juga masih teruskan pengambilan sehingga sekarang kerana banyak sangat manfaat yang sudah dirasai hasil daripada konsisten pengambilan vitamin ini.



Jadi, untuk ibu yang mengalami masalah anemia, jangan fikir lama sangat. Sudah banyak testimoni berjaya naikkan HB dengan vitamin Shaklee. =)
Kalau ibu berminat untuk dapatkan vitamin di atas, jangan lupa hubungi saya di talian



Ibae Zaini | 014-379 4493
Pengedar Shaklee Ketiau - Kota Kinabalu - Sabah
=)


Read More »

Monday, 24 October 2016

Makanan Naikkan HB Semasa Hamil


Assalamualaikum.


Jika anda telah didiagnosis dengan low HB atau anemia dalam kehamilan anda, anda tidak keseorangan. Anemia adalah keadaan yang sangat biasa dalam kehamilan. Walau bagaimanapun, keadaan anemia menyebabkan anda mungkin merasa letih, sakit kepala, pening dan mempunyai gejala-gejala lain yang berkaitan. Dengan makan makanan yang kaya dengan zat besi, anda boleh membantu mencegah atau memerangi anemia semasa hamil dan selepas bersalin.




Makanan Yang Harus Anda Makan untuk Mencukupkan Keperluan Zat Besi dalam Tubuh Badan Sekaligus Mampu Mencegah Anemia.



1)  Sayur-sayuran berdaun hijau dan bewarna gelap (bayam, kale, dan lain-lain)
2)  Buah-buahan kering (aprikot, prun, kismis, buah tin)
3)  Telur (kuning)
4)  Daging (daging merah, hati, dan lain-lain)
5)  Bijirin




Makanan ini boleh membantu dalam mencegah dan mengurangkan bukan sahaja gejala anemia tetapi bila sudah disahkan anemia.  Jika anda seorang vegetarian, anda tidak perlu makan daging untuk menambah zat besi dalam badan anda.


Gambar rajah di bawah menunjukka juga beberapa jenis makanan yang tinggi dengan kandungan zat besi:




















Semoga entri ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang mengalami masalah low HB ketika hamil..
=)
Read More »

Anemia @ Low HB Ketika Hamil


Assalamualaikum.

Semasa hamil, anda mungkin mengalami masalah anemia atau lebih dikenali dengan "Low HB". Semasa mengandung, badan anda menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi anda. Jika anda tidak mendapat zat besi yang cukup atau nutrien lain, badan anda mungkin tidak dapat menghasilkan sejumlah sel-sel darah merah yang diperlukan untuk membuat darah tambahan ini.

Ia adalah perkara biasa untuk mempunyai anemia ringan apabila anda hamil. Tetapi ia boleh menjadi lebih bahaya jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil sehingga boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang.



Faktor-faktor risiko untuk Anemia Semasa Hamil

Semua wanita hamil mempunyai risiko untuk mendapat anemia. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi jika anda:





  • Hamil lebih daripada seorang anak.
  • Muntah banyak kerana morning sickness.
  • Tidak  makan makanan yang cukup kaya dengan zat besi
  • Mempunyai anemia sebelum anda hamil










  • Tanda-tanda anda mungkin anemia semasa mengandung ialah:


    1) Pucat pada kulit, bibir, dan kuku.
    2) Rasa letih atau lemah
    3) Pening
    4) Sesak nafas
    5) Denyutan jantung yang cepat
    6) Masalah menumpukan perhatian



    Pada peringkat awal anemia, anda mungkin tidak mempunyai gejala yang jelas. Jadi, sila pastikan anda membuat ujian darah rutin untuk memeriksa tahap anemia anda pada setiap kali temujanji prenatal anda.




    Anemia yang tidak dirawat boleh menyebabkan risiko beberapa perkara antaranya:


    • Kelahiran Pramatang / Bayi yang dilahirkan kurang berat badan
    • Kemurungan selepas bersalin.
    • Bayi juga mengalami anemia
    • Juga harus melakukan blood transfusion jika anda kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran.




    Ibu-ibu yang sedang hamil, jangan ambil ringan masalah low Hb tau. Kena rajin membaca info dan pemakanan yang betul semasa hamil. Juga pastikan anda sentiasa datang pada setiap temujanji prenatal anda.
    Nanti saya kan kongsikan pula makanan-makanan yang bagus untuk menaikkan Hb semasa hamil. 



    Semoga info di atas dapat memberi manfaat kepada semua!
    Read More »

    Friday, 8 April 2016

    Kisah Bagaimana Saya Terjebak Dalam Shaklee



    Assalamualaikum. Sebelum ini, saya tak pernah cerita kisah saya bagaimana saya boleh terjebak menjadi pengguna Shaklee dan seterusnya menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan saya kan?
    Ramai tak tahu lagi kisah disebaliknya. Silap saya juga tak berkongsi sebelum ne. Jadinya, semua asyik tertanya-tanya je. Hahaha.

    Okay jom baca kisah saya di entri kali ne. Baca sampai habis tau.. Kisahnya bermula semasa saya mengandung anak pertama (yang kini anak syurga) pada tahun 2013. Semasa usia kandungan memasuki trimester kedua, saya mengalami keguguran (missed abortion). Janin tidak membesar dengan sempurna. Memang sedih lah masa tu sebab anak pertama selepas perkahwinan pada 2012. Namun akhirnya terpaksa redha kerana saya percaya ada rezeki besar yang menanti selepas tu.

    Dan doktor menasihatkan saya untuk berehat selama 6 bulan sebelum saya plan untuk mengandung semula. Masa tu saya memang target untuk mengandung semula selepas tempoh 6 bulan. Saya bertekad sebab saya betul-betul mahukan zuriat. Masa tu banyak saya dengar orang yang cakap kalau lepas keguguran ne ada yang susah lekat kalau tak jaga betul-betul masa berpantang. Bukan setakat pantang, berat badan pun kena kawal dan pemakanan kena jaga. So, saya decide untuk kurangkan berat badan saya supaya saya dapat mengandung semula.

    Masa tu la saya mula gugel pasal cara mudahkan kuruskan berat badan. Sebab saya seorang yang sangat liat untuk bersenam. @.@ Tak puas gugel saya scroll lagi kat newsfeed facebook. Kot ada rakan mukabuku yang menjual pil kurus. Dan di sana la saya terjumpa FB Kak Dynas (which is my upline sekarang). Saya masa tu beli Alfalfa, Lecithin dan Vitalea. Konsistennya saya makan benda tu walhal tak pasti lagi keberkesanannya. Dan guess what dalam 1 bulan berat turun 2.3kg. Happy betul masa tu.. Tak pernah boleh kurangkan berat banyak tu dalam tempoh sebulan.

    Bulan seterusnya saya dah skip makan, timbang berat tetap maintain oh... Time tu rasa Shaklee hebat sangat. Pastu beli pula ESP sebab nak kuatkan rahim. Kan target nak mengandung cepat.. Minum ESP dengan gigih. Vitalea tak skip. Lecithin dan Alfalfa makan skip-skip je lepas berat dah turun. Hihihi..

    Alhamdulillah tepat bulan ke 6 selepas keguguran saya mengandung semula!! Alhamdulillah kali ne janin dah boleh nampak banding 1st pregnancy. Ramai keluarga dan kenalan yang terkejut sebab saya boleh mengandung begitu cepat selepas keguguran. ^_^ Kuasa Allah, asbab vitamin Shaklee yang saya ambik. Sebab saya serius tiada mengambil apa-apa ubat lain selepas keguguran.

    Dan selepas itu bermula lah perjalanan saya bersama Shaklee. Ambik set mengandung dan set berpantang. Dan sekarang jadikan vitamin Shaklee vitamin wajib ada di rumah. Saya juga jadikan bisnes Shaklee sebagai punca pendapatan sampingan saya. Sambil-sambil duduk rumah, online je pastu bulan-bulan dapat bonus. Boleh bantu suami, beli keperluan sendiri. Best tau. Semudah ABC.. :D

    Begitulah sedikit sebanyak kisah saya bersama Shaklee. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mencari kerja sambilan di rumah sambil jaga anak, boleh la contact saya melalui Whatsapp. Saya akan berikan guide terbaik untuk anda. Sama-sama kaya kesihatan gitu...

    Sekian entri untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi di entri akan datang. Jemput komen entri ne tau!



    Nur Iba Zaini

    014-3794493

    SID 1076149

    Pengedar Shaklee Kota Kinabalu

    Read More »

    Saturday, 22 August 2015

    Makanan Yang Harus Dielak Semasa Hamil




    Makan makanan yang seimbang adalah penting apabila anda hamil. Terdapat nutrien penting, vitamin, dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda yang sedang membesar.
    Kebanyakan makanan adalah selamat; Walau bagaimanapun, terdapat beberapa makanan yang anda harus elakkan semasa mengandung.





    Daging mentah: Makanan laut yang tidak dimasak dan daging lembu yang jarang atau kurang masak harus dielakkan kerana risiko pencemaran bakteria koliform, toksoplasmosis, dan salmonella.




    Daging Deli harus dielakkan semasa hamil. Daging Deli telah diketahui tercemar dengan listeria, yang boleh menyebabkan keguguran. Listeria mempunyai keupayaan untuk menyeberangi plasenta dan boleh menjangkiti bayi, yang boleh membawa kepada jangkitan atau keracunan darah dan boleh mengancam nyawa.
    Jika anda hamil dan anda sedang mempertimbangkan makan daging deli,pastikan bahawa anda memanaskan semula daging sehingga ia masak sepenuhnya.





    Sushi harus dielakkan semasa mengandung.




    Ikan dengan Merkuri: Ikan yang mengandungi tahap merkuri yang tinggi perlu dielakkan. Mercury dimakan semasa mengandung dikaitkan dengan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak.
    Sampel kajian terdiri daripada jenis ikan termasuk: ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja, dan ikan merah. 
    Sesetengah jenis ikan yang digunakan dalam sushi juga harus dielakkan kerana tahap merkuri yang tinggi.




    Kerang Mentah: Majoriti penyakit bawaan makanan laut adalah disebabkan oleh kerang mentah, yang termasuk tiram, kepah dan kupang. Memasak membantu mencegah beberapa jenis jangkitan, tetapi ia tidak menghalang jangkitan alga yang berkaitan yang berkaitan dengan air pasang merah.
    Kerang mentah menimbulkan kebimbangan untuk semua orang, dan mereka harus dielakkan sama sekali semasa mengandung.



    Telur mentah: telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah harus dielakkan kerana potensi pendedahan kepada salmonella. 




    Susu Tidak Dipasteur: susu tidak dipasteur mungkin mengandungi listeria. Pastikan susu yang anda minum adalah yang sudah dipasteur.




    Kafein: Walaupun kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan, ada orang lain yang menunjukkan bahawa pengambilan kafein mungkin berkaitan dengan keguguran. Elakkan kafein semasa trimester pertama untuk mengurangkan kemungkinan keguguran. Sebagai peraturan umum, kafein harus dihadkan kepada kurang daripada 200 mg sehari semasa mengandung. Kafein adalah diuretik, yang bermaksud ia membantu pembuangan cecair dari badan.





    Alkohol: TIADA jumlah alkohol yang diketahui selamat semasa mengandung, dan oleh itu alkohol harus dielakkan semasa mengandung. Pendedahan pranatal untuk alkohol boleh mengganggu perkembangan sihat bayi. Bergantung kepada jumlah, masa, dan corak penggunaan, pengambilan alkohol semasa mengandung boleh membawa kepada janin Sindrom alkohol atau lain-lain gangguan perkembangan.




    Sayur-sayuran yang tidak dibasuh: Sayur-sayuran adalah selamat, dan bahagian penting dalam diet yang seimbang. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan mereka dibasuh untuk mengelakkan potensi terdedah kepada toksoplasmosis. Toksoplasmosis boleh mencemarkan tanah di mana sayur-sayuran yang telah ditanam.
    Read More »

    Tuesday, 11 August 2015

    Tarik Mengkarung / Simpul Biawak Ketika Hamil

    Masa mengandungkan Ahmad Khalifah tahun lepas, saya kerap mengalami kekejangan di bahagian betis terutama ketika sedang tidur. Bayangkan sedang lena tidur, kaki tiba-tiba cramp bagai disentap! Ya Allah sakitnya tuh di kaki. Huhu. Masa tu dalam fikiran cuma boleh kejutkan husband secepat mungkin supaya dia dapat urut lembut kaki saya. Menangis juga lah setiap kali kena macam ne.




    Orang panggil keadaan ne sebagai simpul biawak dan ada juga panggil tarik mengkarung. Whatever la janji dia memang sakit sangat2!
    Wanita hamil memang akan kerap kena simpul biawak ne apabila usia kandungan sudah memasuki trimester kedua dan ketiga. Keadaan ini berpunca daripada pembesaran rahim. Kaki yang penat membawa beban akan mudah untuk jadi lenguh dan menjadi kejang.


    Ada beberapa petua untuk atasi masalah ini. Antaranya ialah:

    - Bengokkan kaki atau betis ke aras badan walaupun pada mulanya agak menyakitkan. Namun ini dapat memberi kelegaan ( saya tak pernah try sebab sakit sangat!)

    - Urut betis perlahan-lahan dengam minyak panas ( husband lah jadi mangsa)

    - Minum air secukupnya dan makan kacang yang bergaram

    - Banyak makan makanan berpotassium tinggi seperti pisang

    - Cukupkan pengambilan kalsium



    Ada lagi beberapa petua lain.

    1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda).

    2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang

    3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan.

    4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega.

    5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat

    6. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 

    7. Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang mulanya sakit, tetapi akan cepat hilang kalau anda bergerak).




    Dalam kes saya, selain suruh husband urut saya ambik kalsium dalam bentuk tablet. Saya ambik Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur. Alhamdulillah memang masalah simpul biawak hilang hinggalah sekarang.
    Yang bestnya bila makan ostematrix ne, pinggang takde lenguh-lenguh, takde sembelit, sakit gigi masa mengandung takde teruk sangat dan yang paling best tidur malam lena. 





    Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?
    1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
    2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
    3. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu. Lebih mudah kerana anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Memang sangat sesuai untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu semasa hamil.





    Nur Iba Zaini

    Shaklee ID 1076149

    014-3794493
    Read More »

    Monday, 10 August 2015

    Buah Terbaik Untuk Wanita Hamil







    Wanita hamil memerlukan pemilihan makanan yang betul untuk perkembangan janin yang sihat dan memberi nutrisi yang secukupnya untuk badan ketika hamil. Buah-buahan adalah makanan yang paling mudah untuk diconsume semasa hamil. So, mari kita tengok buah apakah yang boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu yang tengah hamil.








    Avokado.
    Ia adalah salah satu buah-buahan yang kaya dengan asid folik. Wanita perlu banyak asid folik semasa mengandung. Jadi, jom makan avokado!




    Buah mangga.
    bukan sahaja lazat tetapi sihat juga. Ia membantu penghadaman dan mengandungi Vitamin A dan C yang sihat bagi wanita hamil.




    Anggur.
    Ramai wanita berfikir ia tidak selamat untuk makan anggur. Walau bagaimanapun, anggur yang kaya dengan Vitamin A  menstabilkan kadar metabolisme. Anggur juga mempunyai folat, kalium, fosforus, magnesium dan natrium yang baik semasa mengandung.





    Pisang.
    Sembelit adalah masalah kesihatan biasa semasa mengandung. Untuk memudahkan laluan najis dan mengelakkan sembelit, boleh lah makan pisang.






    Buah delima
    Mengandungi zat besi dan vitami C. Kebanyakan wanita hamil mengalami masalah anemia kerana kekurangan zat besi dalam diet seharian. Anemia boleh menjejaskan kesihatan bayi dan ibu.  makan makanan yang mengandungi zat besi juga boleh memastikan bahawa anda mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi dalam darah anda. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, jadi vitamin C dalam buah delima akan membantu badan anda menyerap lebih banyak zat besi dalam buah.
    Read More »

    Monday, 3 August 2015

    5 Posisi Yoga Untuk Ibu Hamil



    Manfaat Yoga Semasa Mengandung

    • Memperbaiki masalah tidur
    • Mengurangkan tekanan
    • Meningkatkan fleksibiliti otot, kekuatan dan daya tahan yang diperlukan untuk melahirkan anak.
    • Mengurangkan loya, sakit belakang, sakit kepala, sindrom carpal tunnel dan masalah pernafasan.
    • Mengurangkan risiko mempunyai anak pramatang, tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan dan sekatan pertumbuhan dalam kandungan

    Langkah berjaga-jaga yang Anda Perlu Ambil

    Amaran: Jika anda tidak pernah menjalankan yoga ( untuk selang masa yang tertentu) sila bertanya kepada doktor anda jika anda ingin memulakan yoga atau apa-apa bentuk senaman dan juga berbincang dengan pengajar yoga anda tentang apa jua masalah yang anda mungkin hadapi. Sebelum memulakan kelas yoga adalah penting untuk memaklumkan pengajar tentang kehamilan anda dan peringkat trimester anda.


    Memulakan yoga dalam trimester kedua adalah masa yang terbaik. Ini kerana anda akan merasa kurang sakit dan letih semasa kelas yoga yang panjang. Menurut garis panduan yoga, elakkan melakukan yoga dalam trimester pertama jika anda tidak biasa dengan melakukannya. Walau bagaimanapun, jika anda telah membuat keputusan untuk mula melakukan senaman yoga pada trimester pertama berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.





    BERIKUT IALAH 5 POSISI YOGA SESUAI UNTUK IBU HAMIL



                                                  1.Extended Side Angle Pose.







                                                               2.Triangle Pose







                                                                    3.Child's Pose









                                                              4.Cat / Cow Poses







                                                       5.Sitting Side Stretch



    Read More »

    Wednesday, 8 July 2015

    Masalah Yang Mungkin Timbul Ketika Dalam Pantang


    Assalamualaikum! Maaf lah dah 2 hari rasanya tidak update apa-apa di blog ini. Kurang sihat pula sejak kebelakangan ne. :) Mommies yang sudah bersalin, tahniah saya ucapkan! Mesti bestkan dapat hidu bau baby.. Mommies ketika dalam pantang, ada beberapa masalah yang mungkin timbul yang mungkin mommies kurang alert tentang perkara ini. Saya akan kongsikan beberapa jenis masalah yang mungkin timbul ketika dalam pantang yang perlu mommies ambil tahu.

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *


    TUMPAH DARAH

    Tumpah darah selepas bersalin biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak kita sedari dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
    Jadi mommies pastikan berhati-hati ketika berada dalam pantang dan segeralah bertanya dengan doktor anda jika ada perkara yang pelik berlaku ketika anda sedang berpantang.



    JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING

    Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit dan terasa sakit atau pedih atau mungkin berasa tidak lawas. Jika tanda-tanda ini berlaku, segera berjumpa doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan jenis rawatan yang akan diberi





    JANGKITAN KUMAN PADA LUKA DAN RAHIM

    Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian LUKA pembedahan czer dan luka pada kemaluan.Penjagaan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Amat penting juga mommies meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Pastikan mommies mengambil supplemen untuk mencukupkan keperluan nutrisi supaya jangkitan kuman tidak terjadi.






    MASALAH PADA PAYUDARA

    Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting payudara tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. 







    MASALAH EMOSI

    Ketika dalam pantang,sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.
    Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami. Anda boleh baca di sini mengenai kemurungan selepas bersalin.



    So mommies semua sila jangan ambik ringan masalah-masalah seperti di atas. Bertanyalah kepada yang lebih arif tentang masalah ini dan bantu diri anda sendiri untuk mengelakkan perkara begini terjadi ketika dalam pantang. Sehingga ini sahaja perkongsian dari saya. Selamat berpantang mommies!
    Read More »

    Thursday, 2 July 2015

    Berpantang Semula Setelah Setahun Selepas Melahirkan

    Sumber Google




    Assalamualaikum mommies. Ada tak mommies yang rasa tak berpuas berpantang, tak berpantang dengan betul selepas bersalin? Setelah setahun selepas bersalin, badan mula rasa berangin, perut masih buncit dan sengal-sengal badan, ada tak mommies yang rasa begitu? Of course ada kan terutama mommies yang baru pertama kali melahirkan anak. Dengan pengalaman yang kurang, jadi berpantang pun tidak berapa cun. Tak best kan anak baru satu badan sudah mula terasa sengal-sengal.

    Saya nak kongsi satu nasihat daripada seorang bidan yang saya rasa mungkin ada di kalangan anda yang kenal dengan beliau. Saya pernah bertanya kepadanya bolehkah amalan berpantang diteruskan selepas setahun sudah melahirkan. Dan ini jawapan beliau yang saya olah sedikit untuk memudahkan anda yang membaca.


    Boleh. Ibu yang tidak puas berpantang atau tidak berpantang dengan baik masih boleh melakukan amalan pantang 44 hari /100 hari walaupun sudah lebih setahun selepas melahirkan. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah berurut selama 3 hari pagi. Urutan badan dilakukan bertujuan untuk sangkak peranakan biar ia pulang ke makam. Seeloknya sebelum berurut, biarkan perut dalam keadaan kosong tanpa bersarapan untuk memudahkan proses susur urat.

    Setelah selesai berurut, bolehlah mula mengambil jamu atau herba yang bertujuan untuk memulihkan semula tenaga dalaman wanita. Sebaiknya jika badan anda terasa berangin, boleh lah memasak sup ayam yang dicampur halia dan wajib makan bersama-sama halia tersebut untuk membuang angin berlebihan dalam badan.

    Sayur-sayuran menjalar dan berangin juga harus dielakkan dalam tempoh berpantang semula ini untuk mengelakkan sejuk-sejuk badan. Seeloknya elakkan minum milo atau teh kerana ini adalah sumber yang membuatkan badan kita lebih berangin. Tetapi jika anda tiada masalah dengan kedua-dua minuman ini, boleh lah diteruskan seperti biasa. Pilihan yang terbaik adalah air kopi kasar yang dibuat suam atau panas-panas untuk mengelakkan badan menjadi sejuk-sejuk.

    Banyakkan mengambil buah-buahan yang tinggi dengan serat untuk mengelakkan masalah sembelit dalam tempoh berpantang semula ini. Bagi mommies yang bersalin secara czer yang masih mempunyai perut yang buncit, elakkan mengambil minum berais selama tempoh berpantang semula ini. Ini adalah kerana apabila kita czer, urat-urat kita cepat kembang dan menyebabkan perut buncit.

    Sedikit tips yang boleh dilakukan sebelum tidur untuk mengelakkan perut buncit adalah melakukan senaman cycling dengan mengangkat kaki ke atas. Semasa mandi juga boleh cuba menarik nafas dalam-dalam agar perut kempis. Penggunaan krim sapuan panas juga boleh dilakukan agar perut kembali tegang seperti sedia kala












    Read More »

    Sunday, 14 June 2015

    Tips Luka Bersalin 'Caesar' Cepat Sembuh






    Assalamualaikum..

    Pengalaman pertama saya melahirkan anak pramatang saya secara pembedahan memang agak mencabar. Mujur lah sebelum melahirkan, saya banyak membaca tentang panduan penjagaan luka bersalin secara normal dan czer dan juga supplemen yang sesuai untuk kedua-duanya. Alhamdulillah dalam seminggu luka saya kering, bersih dan dipuji oleh doktor kerana luka saya kelihatan cantik.
    Sekarang sudah setahun selepas saya melahirkan,. Oleh itu saya juga ingin berkongsi kepada anda tips menjaga luka pembedahan agar cepat sembuh.


    1. Pastikan luka sentiasa dalam keadaan kering. Selepas mandi, lap di bahagian luka dengan tuala yang bersih dan kering dengan cara menekap di bahagian luka perlahan-lahan. Pastikan tiada nanah atau darah yang keluar daripada luka tersebut.


    2. Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak tradisional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu. Untuk saya, sepanjang berpantang saya memang tidak menyapu apa-apa ubat di bahagian luka. Saya cuma amalkan pengambilan supplemen zinc untuk pastikan luka cepat kering.


    3. Jangan gunakan sabun semasa mandi. Hanya gunakan air sahaja untuk mencuci bahagian luka.


    4. Tekan di bahagian luka dengan bantal jika anda hendak batuk atau bersin. 

    5. Pakai high waist panty supaya getah panty tidak menyentuh di bahagian luka.

    6. Elakkan mengambil ubat tradisional sembarangan. Dapatkan nasihat doktor kerana bukan semua ubat tradisional sesuai untuk ibu bersalin secara Caesar. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan rahim. Dan ada juga yang mungkin akan memberi kesan kepada luka hingga menyebabkan luka lambat sembuh. Seperti biasa, supplemen yang saya ambil memang selamat. Saya mengambil supplemen berasaskan protein dan zinc untuk memulihkan luka saya dengan cepat. Memang berbaloi!


    7. Susukan bayi anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytoxin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin , bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.


    8. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi , multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa  pembedahan.  Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh. Manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Supplemen yang saya ambil semasa pantang memang mengandungi semua yang disebut di atas. Saya gembira sebab tidak perlu melalui pengalaman teruk dalam menjaga luka pembedahan saya.


    Whatsapp
    014-3794493

    Read More »
     

    Followers

    Like Us On

    Follow Us on