Showing posts with label SetBerpantangShaklee. Show all posts
Showing posts with label SetBerpantangShaklee. Show all posts

Saturday, 12 March 2016

Ketidakselesaan Semasa Hamil






"Tahniah! Puan hamil 5 minggu!"
Excited dan happy bila dengar berita begini dari seorang doktor kan. Di sebalik kebahagiaan itu, ada terselit ketakutan untuk menghadapi 'perjuangan-perjuangan' sepanjang tempoh kehamilan. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang mudah kan especially untuk yang pertama kali bergelar ibu.
Masa saya dulu macam tu la. Happy tapi dalam masa yang sama berfikir boleh kah handle kalau morning sickness yang tahap teruk? Untunglah siapa yang tak morning sickness dan sihat sepanjang hamil kan. Memang rezeki korang lah. ^_^


Berbalik kepada tajuk di atas, jom kita teliti apakah ketidakselesaan yang mommies bakal hadapi sepanjang kehamilan nanti. Jangan lupa ajak suami baca sekali entri ne. Hah, barulah susah dan senang sama-sama. Adil kan.. Hehehe..



Ketidakselesaan Semasa Hamil Yang Perlu Anda Tahu








1) Morning Sickness

Mual, muntah sepanjang hari. Kalau boleh nak duduk dalam tandas sepanjang masa! Kadang nak makan pun takut sebab confirm akan muntah.. Itulah namanya morning sickness. Jangan risau keadaan macam ne biasanya akan ambik masa dalam 2-3 bulan je. Biasanya masuk trimester kedua, dah takde rasa mual muntah macam tu. Tapi, kalau berlarutan sampai waktu nak bersalin, mommies anggap sebagai rezeki je la ye. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua tu. ^__^
Masa saya mengandungkan Khalifah, keadaan mual ne berlarutan sampai bulan ke 4 kehamilan.









2) Perubahan Bentuk Badan / Kenaikan Berat Badan

Ini lagi satu perkara yang normal yang akan mommies hadapi. Samada perubahan bentuk badan ataupun kenaikan berat badan yang drastik. Macam saya, kenaikan berat badan yang saya alami ialah 10kg! Memang sangat gemuk masa tu. Just nak remind, mommies kena hati-hati jika berat naik secara mendadak dalam masa yang singkat. Kemungkinan untuk dapat kencing manis / darah tinggi semasa hamil amatlah tinggi jika berat badan tidak dipantau dan dikawal terutama pada masa awal kehamilan.








3) Kerap Membuang Air Kecil

Bila hamil. memang akan kerap rasa nak membuang air kecil. Memang letih. Keadaan ini terjadi sebab uterus (rahim) yang semakin membesar berada di atas pundi kencing yang mendesak pundi kencing dan menyebabkan kita sering rasa nak buang air. Volume darah dalam tubuh juga bertambah sehingga darah banyak menuju ke ginjal dan diproses menjadi urin. Jadi, mommies dinasihatkan supaya kurangkan mengambil minuman yang meningkatkan pengeluaran urin seperti kopi, teh dan soda. Lagipun minuman tinggi kafein tidak elok diminum semasa hamil kerana boleh menyebabkan penyerapan vitamin menjadi kurang.




4) Sembelit

Semasa hamil, sistem pencernaan juga akan mengalami perubahan. Hal ini juga dipengaruhi oleh perubahan hormon yang terjadi pada tubuh wanita hamil kerana rahim yang membesar sehingga usus – usus dalam tubuh tertekan dan najis menjadi susah untuk keluar. Banyakkan makanan yang tinggi serat semasa hamil dan juga mengambil air putih secara tetap dan teratur supaya mommies tak kena sembelit. Sakit tau sembelit ne.





5) Malas dan Lemas untuk Membuat Aktiviti Harian

Semakin bertambah usia kandungan, semakin rasa bebanan untuk mommies. Yalah dengan perut yang semakin membesar pasti memerlukan lebih banyak tenaga kan. Sebab tu ketika hamil ada yang cepat berasa letih dan lelah. So mommies amat digalakkan untuk mengambil nutrisi yang cukup atau supplemen kesihatan yang bersesuaian untuk mendapatkan extra tenaga lebih-lebih lagi mommies yang bekerja di luar.






6) Imsonia

Hampir semua wanita hamil akan mengalami masalah untuk susah tidur. Dengan keadaan perut yang semakin membesar, agak susah untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Bila nak tidur, baby dalam perut pula tiba-tiba menendang, rasa nak buang air kecil yang kerap, mimpi buruk kerana perubahan emosi dan macam-macam lagi. Stress juga bila tak dapat tidur yang berkualiti kan. Akhirnya badan jadi lemah, kesihatan terganggu, emosi pun terganggu. 





Actually, banyak lagi ketidakselesaan semasa hamil ne. Tapi yang saya listkan di atas, paling common la yang selalu akan dihadapi oleh ibu hamil. Di sebalik semua ketidakselesaan ne, akhirnya akan membawa seribu keindahan iaitu anak yang bakal kita lahirkan. InsyaAllah jika kita belajar lebih bersabar dan bertenang ketika hamil, anak pun akan jadi seorang yang penyabar. Berdoa banyak-banyak supaya urusan dipermudahkan semasa hamil sehinggalah waktu hendak melahirkan..
Kalau rasa nak tips-tips lagi, jangan lupa follow blog saya tau.
Sampai di sini saja entri kali ini. InsyaAllah akan bertemu lagi di entri akan datang. ^__^





Ummi Khalif

014-3794493

Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu

SID 1076149



Read More »

Wednesday, 5 August 2015

Cara Menghilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin



Assalamualaikum. Stretch marks. Ada yang pernah alami tak? Masa saya mengandungkan anak saya buat pertama kali, saya mengalami keadaan di mana kulit merekah dengan teruk. Nurse kata mungkin sebab saya menggaru di bahagian perut sehingga jadi teruk sangat. Hakikatnya, saya langsung tiada menggaru bahagian perut malah rekahan itu secara semulajadi telah menjadi teruk. Memang tak suka tengok perut masa tu sebab sekali imbas nampak macam kulit tembikai pun ada.


Selepas bersalin, saya usaha beberapa cara untuk hilangkan stretch marks tu. Antaranya ialah dengan konsisten mengambil ESP dan menyapu Vitamin E di kawasan perut. Alhamdulillah memang nampak perubahan dan kulit menjadi semakin lembut dan warna kulit juga sudah hampir sekata. Perubahan ini saya tidak sedar sehingga suami sendiri menegur yang stretch marks saya sudah hampir pudar dan hilang. Memang gembira sangat!


Jom tengok testimoni mereka yang berjaya menghilangkan strecth marks dengan gembira~!












HARGA RM150. UNTUK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA BOLEH WHATSAPP SAYA SEGERA!

  1. ESP merupakan makanan tambahan yang bersumberkan soya. 
  2. Soya kaya dengan protein. Protein dapat membantu meremajakan kulit.
  3. ESP adalah serbuk protin dari Non GMO soya yang mengandungi protin untuk membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan.Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yang menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.
  4. Protein membantu menghasilkan sel kulit yang lebih cantik. Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati.
  5. Ia akan diganti dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang baru hanya akan 'copy' rupa sel kulit yang lama.





120 kapsul / rm149. UNTUK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA BOLEH WHATSAPP SAYA SEGERA!



Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya.


Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?
Ambil 1 biji capsul Vita-E Complex. 
Cucuk dengan jarum dan keluarkan minyak vitamin E dari kapsul
sapu rata ke permukaan kulit di kawasan stretch mark.
Biarkan selama 40 minit atau lebih dan kemudian basuh dengan air bersih




Jadi, apa tunggu lagi? Jangan tunggu lama sangat sebab takut kesan merekah tu akan tinggal selamanya kat perut kita.


Kalau nak order, boleh tengok details di sini. Lagi cepat bertindak, lagi bagus!

Kalau sekadar nak bertanya tentang produk yang lain boleh je whatsapp terus 014-3794493

Jika anda join member sekarang, anda akan dapat sebotol VITALEA PERCUMA mengikut terma dan syarat



NUR IBA ZAINI

SHAKLEE ID: 1076149

CONTACT NO: 014-3794493
Read More »

Sunday, 5 July 2015

Infografik : Gejala Kemurungan Selepas Bersalin



Ramai mommies yang kurang mengambil tahu tentang bahaya gejala kemurungan selepas bersalin.
Dan oleh sebab kurangnya pengetahuan, tanpa mereka sedari mereka sebenarnya sudah termasuk dalam ciri-ciri orang yang kemurungan. Jangan ambil ringan masalah ini. Jika dibiarkan, besar kemungkinan ia akan terus tertanam dalam diri anda. Kesan buruk akan timbul dan akan menganggu hubungan kita dengan anak, suami mahupun orang sekeliling.

Banyak kaedah untuk merawat masalah kemurungan. Jika dikesan awal, insyaAllah anda akan boleh sembuh dengan cepat. Dalam entri saya yang lepas, saya ada berkongsi tentang masalah kemurungan selepas bersalin. Anda boleh baca di sini.
Saya berharap perkongsian saya ini akan membuka mata kita betapa bahayanya gejala kemurungan selepas bersalin.

Jangan lupa kongsikan bersama-sama rakan anda yang lain okay.


Read More »

Thursday, 2 July 2015

Berpantang Semula Setelah Setahun Selepas Melahirkan

Sumber Google




Assalamualaikum mommies. Ada tak mommies yang rasa tak berpuas berpantang, tak berpantang dengan betul selepas bersalin? Setelah setahun selepas bersalin, badan mula rasa berangin, perut masih buncit dan sengal-sengal badan, ada tak mommies yang rasa begitu? Of course ada kan terutama mommies yang baru pertama kali melahirkan anak. Dengan pengalaman yang kurang, jadi berpantang pun tidak berapa cun. Tak best kan anak baru satu badan sudah mula terasa sengal-sengal.

Saya nak kongsi satu nasihat daripada seorang bidan yang saya rasa mungkin ada di kalangan anda yang kenal dengan beliau. Saya pernah bertanya kepadanya bolehkah amalan berpantang diteruskan selepas setahun sudah melahirkan. Dan ini jawapan beliau yang saya olah sedikit untuk memudahkan anda yang membaca.


Boleh. Ibu yang tidak puas berpantang atau tidak berpantang dengan baik masih boleh melakukan amalan pantang 44 hari /100 hari walaupun sudah lebih setahun selepas melahirkan. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah berurut selama 3 hari pagi. Urutan badan dilakukan bertujuan untuk sangkak peranakan biar ia pulang ke makam. Seeloknya sebelum berurut, biarkan perut dalam keadaan kosong tanpa bersarapan untuk memudahkan proses susur urat.

Setelah selesai berurut, bolehlah mula mengambil jamu atau herba yang bertujuan untuk memulihkan semula tenaga dalaman wanita. Sebaiknya jika badan anda terasa berangin, boleh lah memasak sup ayam yang dicampur halia dan wajib makan bersama-sama halia tersebut untuk membuang angin berlebihan dalam badan.

Sayur-sayuran menjalar dan berangin juga harus dielakkan dalam tempoh berpantang semula ini untuk mengelakkan sejuk-sejuk badan. Seeloknya elakkan minum milo atau teh kerana ini adalah sumber yang membuatkan badan kita lebih berangin. Tetapi jika anda tiada masalah dengan kedua-dua minuman ini, boleh lah diteruskan seperti biasa. Pilihan yang terbaik adalah air kopi kasar yang dibuat suam atau panas-panas untuk mengelakkan badan menjadi sejuk-sejuk.

Banyakkan mengambil buah-buahan yang tinggi dengan serat untuk mengelakkan masalah sembelit dalam tempoh berpantang semula ini. Bagi mommies yang bersalin secara czer yang masih mempunyai perut yang buncit, elakkan mengambil minum berais selama tempoh berpantang semula ini. Ini adalah kerana apabila kita czer, urat-urat kita cepat kembang dan menyebabkan perut buncit.

Sedikit tips yang boleh dilakukan sebelum tidur untuk mengelakkan perut buncit adalah melakukan senaman cycling dengan mengangkat kaki ke atas. Semasa mandi juga boleh cuba menarik nafas dalam-dalam agar perut kempis. Penggunaan krim sapuan panas juga boleh dilakukan agar perut kembali tegang seperti sedia kala












Read More »

Sunday, 14 June 2015

SET BERSALIN SHAKLEE




Ketika berpantang, ibu harus menjaga dirinya termasuk luka jahitan luar dan dalam dan juga perlu menjaga bayi yang baru dilahirkan. 
So, di dalam tempoh ini, perkara yang amat penting adalah memastikan ibu segera sihat, luka cepat sembuh dan cergas agar dapat menjaga bayi dan menyusukan bayi tanpa stress dan rasa tertekan. 


Set berpantang shaklee yang terdiri daripada;

1. ESP - iaitu minuman soya semulajadi berperisa vanilla yang membekalkan tenaga berpanjangan (walaupun berjaga malam). ESP juga membekalkan protein yang sangat penting untuk penghasilan darah merah yang hilang semasa kelahiran bayi. Selain tu, ESP juga penting untuk penghasilan sel-sel baru yang luka ketika proses bersalin. Namun, yang paling disukai oleh ibu mengandung apabila strecthmark di bahagian perut semakin pudar. Ohsem kan?

2. Vitalea - berfungsi untuk membekalkan nutrisi harian yang diperlukan oleh badan. Almaklumlah semasa pantang kepelbagaian makanan adalah terhad. Nutrisi ni penting agar sistem badan dapat berfungsi sepenuhnya. Nutrisi seperti vitamin B boleh mengurangkan stress/migrain manakala mineral seperti iron membantu menghasilkan darah merah untuk elak pitam dan pucat. 

3. Zinc - Umpana pil ajaib yang berfungsi untuk mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman. Selain tu, ia juga sangat penting untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyaknya selepas bersalin. 


4. Ostematrix - Membantu dalam mengurangkan sakit pinggang ibu yang menyusukan anak dan juga mengelakkan sembelit semasa dalam pantang


5. B-Complex- Membantu menangani masalah stress ketika berpantang seterusnya mengelakkan daripada terjadinya meroyan



6. SR Vitamin C- Memberi manfaat kepada ibu yang berpantang supaya tidak mudah dijangkit sakit selsema dan demam.



Selain memberikan manfaat yang banyak kepada ibu berpantang, cara makan set ini juga sangat mudah. Anda hanya perlu membancuh esp dan menelan vitamin saja. Mudahkan?

Alhamdulillah, saya berpeluang berpantang dengan set ini dan sangat membuatkan saya happy sebab tidak melalui saat berpantang yang mengerikan.




Jika anda ingin mendapatkan set premium berpantang Shaklee, boleh lah menghubungi saya dengan segera.



Ummi Khalif,
014-3794493

Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on