Showing posts with label SetKulitAnjal. Show all posts
Showing posts with label SetKulitAnjal. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Mengenal Jenis Kulit Anda

Untuk memahami mengapa kulit berkedut dan cara untuk mengatasinya, kita perlu tahu apa itu kulit dan bagaimana kulit berfungsi. Kulit terbahagi kepada 3 bahagian iaitu epidermis, lapisan luar yang terbentuk daripada sel kulit mati; Dermis lapisan kedua di mana terdapat saluran darah, pundi peluh dan minyak,saraf serta organ kecil yang penting untuk fungsi kulit dan lapisan ketiga terbentuk daripada tisu lemak yang menjadi kusyen dan membekal zat kepada dermis.
Kulit sihat dapat dibentuk dengan menjadi lapisan dermis  Kulit yang gebu dan segar bergantung kepada dua jenis; serat protein yang terdapat di dalam dermis iaitu kolagen dan elastin. Ia membentuk serat atau rangkaian matriks seperti jaring yang memberi kekuatan pada kulit dan keanjalan kulit. Jom kita lihat beberapa masalah kulit, bagaimana ia berlaku dan apa cara mengatasinya.

Kulit Kering & Berminyak

Kebanyakan kulit mengalami masalah kekurangan air mahupun jenis berminyak. Kandungan air ditentukan oleh lapisan tengah epidermis. Ia dikatakan berfungsi mengawal kandungan air secara semulajadi. Semakin usia meningkat paras kelembapan menurun dan membuat kulit jadi kering. Selain minum banyak air, pastikan anda membubuh pelembap setiap pagi dan malam di kulit anda. Elakkan dari terdedah matahari dengan kerap.
Kandungan minyak pada kulit banyak bergantung kepada hormon. Androgen misalnya dikatakan menjadi faktor utama menganggu pengeluaran minyak dan menyebabkan jerawat batu. Estrogen dan progesteron pula adalah hormon yang mengawal air dan membuat kulit kita berasa kembung terutama ketika hamil dan haid.
Untuk kulit kering kena dapatkan bekalan vitamin E dan Omega-3 asid lemak untuk mengatasi masalah kulit kering.

Kulit Berkedut

Kolagen berterusan dibentuk dan digunakan oleh badan. Proses ini memerlukan oksigen dan zat, begitu pun apabila penghantaran sumber ini terganggu, proses kedut akan berlaku. Selain pemakanan dan genetik, kedut terhasil kerana gangguan unsur luar seperti persekitaran dan tabiat semula jadi, misalnya suka berkerut atau mengenyit mata serta ekspresi raut wajah yang berlarutan. Di kawasan di mana kulit berlipat, sel diperas menganggu peredaran darah, jadi pengeluaran kolagen akan terhenti buat sementara. Apabila keadaan ini berlaku berulang kali dan bertahun-tahun, lama kelamaan akan membentuk kedut.
Selain membuang tabiat, kita boleh membantu mengurangkan pembentukan kedut dengan merangsang peredaran darah dan mengurangkan kerosakan pada sel kulit. Pastikan anda mendapat bekalan vitamin B kompleks, asid lemak, antioksidan secukupnya.

Kulit Pucat dan Tidak Bermaya

Sebab utama kulit jadi begini ialah kerana kekurangan darah dan kurang peredaran darah. Ketika haidn kita kehilangan sejumlah besar darah terutama zat besi. Ini boleh diatasi dengan pengambilan zat besi dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.

Kulit Akar Kemerahan

Kulit yang mempunyai jalur berbentuk kemerahan terjadi daripada tabiat dan gaya hidup. Pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan darah tinggi membuat pembuluh darah membesar mahupun yang paling halus dan lembut, pecah lalu membentuk jalur kemerahan di bawah permukaan kulit. Pada tahap yang teruk, ia seperti sarang labah-labah.
Kurangkan pengambilan garam dan lemak terutamanya makanan yang diproses dan kurangkan berat badan. Juga jauhi alkohol.

Jadi anda sudah mengenali jenis kulit anda? Kalau ya, apa tunggu lagi. Cepat-cepat la diatasi sebelum menjadi lebih parah. Jika anda mencari supplemen yang bersesuaian untuk masalah kulit anda, boleh la menghubungi saya dengan segera.
Konsultasi percuma dan layanan istimewa khas untuk yang membeli dengan saya sahaja.

❤❤❤014-3794493❤❤❤

❤❤❤Sid 1076149❤❤❤

Read More »

Monday, 24 August 2015

Protein Cantikkan Kulit

Assalamakualaikum. Pernah dengar tak yang protein amat membantu untuk mencantikkan kulit kita? Bukan setakat mencantikkan kulit malah menengangkan kulit sekali. Sebab itu ramai yang berusaha mencari sumber protein yang terbaik untuk mencantikkan kulit mereka.


Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan hayatnya. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan"sel-sel mati.


Dan bagi saya sendiri, protein memang membantu saya dalam mengatasi masalah jerawat dan parut di muka dan juga parut di kawasan perut selepas bersalin. Saya memang teruja dengan kehebatan Energizing Soy Protein ESP dari Shaklee untuk mengatasi masalah saya. 












SEBELUM.. JERAWAT HITAM, KULIT KUSAM DAN BERPARUT. INI MEMANG KULIT SAYA. MAAF TERPAKSA CROP YANG TAK SEPATUTNYA. =)

SELEPAS.. BERANSUR PULIH. JERAWAT SEMAKIN KURANG. KULIT SEMAKIN SEKATA DAN CERAH


Mungkin ada yang tidak percaya. Mungkin ada yang kata gambar tipu dan sebagainya. Sebelum anda berkata begitu, jom tengok dulu testimoni-testimoni mereka yang mengambil ESP untuk kulit mereka.





















Bagi anda yang tercari-cari supplemen yang terbaik untuk kulit anda, hubungi saya 014-3794493, sekarang! Saya akan bimbing anda cara pengambilan yang betul agar ianya lebih berkesan dan memberi manfaat untuk kesihatan anda!



Iba Zaini

Shaklee Id 1076149

014-3794493




Read More »

Monday, 3 August 2015

Tips Atasi Kedutan di Leher


Kedutan di leher seringkali menganggu penglihatan kita. Kulit sudah mulus namun kedutan di leher pula menjadi masalah. Jom kita tengok apakah tips-tips menarik yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengatasi masalah kedutan di leher selain melakukan rawatan di spa mahupun pusat kecantikan estetik.


Kaedah Urutan
Amalkan melakukan urutan secara menaik setiap hari selepas anda bangun dari tidur. Mulakan urutan dari pangkal leher menuju ke dagu. Jika anda melakukan teknik urutan yang betul, anda akan dapat mengatasi masalah kedutan dan masalah lemak lebihan di bahagian leher dan dagu. Gunakan minyak zaitun untuk memudahakan urutan anda.





Buah Tomato
Buah tomato boleh digunakan untuk melembapkan leher anda. Lecek atau kisar tomato dan sapukan di bahagian leher anda dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.. Jika anda mendapati kulit anda berasa gatal selepas menggunakan tomato, usah teruskan. Kemungkinan kulit anda sangat sensitif.





Khasiat Putih Telur
Sapu rata putih telur di bahagian leher anda dan tunggu sehingga ia kering. Bilas bersih. Petua ini elok dilakukan seminggu dua kali. Putih telur mempunyai khasiat dalam menegang dan menjadikan kulit lebih lembut serta halus.


Kurangkan Tidur Siang
Tabiat tidur siang terutama selepas waktu Asar bukan sahaja menyebabkan wajah sembap malah ia juga menyumbang kepada masalah dagu berlapis dan leher berlipat. Kikislah tabiat kurang baik ini secara perlahan-lahan. Tidur siang secara berlebihan juga menyebabkan badan mudah letih, lesu dan lemah.

*
*
*
*
*


Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dalam diet seharian mampu menganjalkan kulit dan 
payudara anda. Jangan lupa untuk menambah SR Vita C untuk kesan yang lebih memuaskan.
Dapatkan Set Kulit Anjal anda sekarang. Hubungi saya 014-3794493 SID bertauliah anda.
Read More »

Wednesday, 1 July 2015

Nyah Kau Jerawat! Hello Kulit Yang Cantik!

sumber google


Ramai wanita menginginkan kulit yang flawless, gebu, bebas jerawat kan? Begitu juga dengan saya. Selepas melahirkan anak, kulit wajah saya mengalami perubahan yang saya tidak jangkakan. Jerawat tumbuh merata tempat di muka, kulit kusam dan nampak sangat tidak bermaya. Saya dapati perubahan hormon setelah bersalin menyebabkan masalah ini. Paling teruk bila orang sekeliling mula tegur dan terus tegur dengan perubahan muka saya.



"Dulu muka ko ne ok jak. Kenapa macam skrg makin teruk?"

"Apa produk ko pakai ne sampai jadi begini teruk muka ko? Jerawat makin banyak"




Itu antara soalan lazim yang akan ditanya bila saya berjumpa dengan saudara, kawan-kawan.. Memang agak sedih dan frust. Bila orang tanya begitu, saya cuma mampu jawab yang saya sedang PMS itu la banyak jerawat tumbuh. Tapi sampai bila harus menipu diri sendiri kan? Hakikatnya memang jerawat di muka ne semakin banyak dan banyak. Huhu


Sampai la saya konsisten sendiri dengan produk Shaklee. Serius selama ne lepas bersalin terus tak konsisten malah kadang-kadang skip lagi makan supplemen. Memang menyesal sebab tidak teruskan makan Shaklee. Kerana akhirnya wajah sendiri yang sengsara.
Alhamdulillah setelah konsisten ambik Set Kulit Cantik Shaklee, kulit beransur-ansur pulih dan makin cerah. Yang bestnya bila period datang, jerawat memang malu-malu nak keluar. Ya Allah saya bersyukur sangat-sangat sebab kulit sudah 70% pulih berbanding dulu.


Antara produk yang menjadi pilihan saya untuk mengatasi masalah jerawat saya ialah ESP, SR Vitamin C, Zinc Complex, Garlic dan B Complex.


Berikut adalah item asas dalam mengatasi masalah jerawat anda. Fokus utama harus hilangkan jerawat dahulu. Kena step by step tau! Tak boleh gelojoh sangat nak cantik cepat. Sebab kita nak kulit wajah yang maintain flawless bukannya yang on off cantik.. Ye tak? Hehehe..




Apa fungsi dan kelebihan setiap vitamin ini?





Kebaikan dan fungsi Vitamin C
-membantu membina kolagen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan
-antioksida yang baik
-membantu pulihkan sel akibat luka




Kebaikan dan fungsi Vitamin B Complex
-Mengandungi B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin. 
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
-atasi kelesuan




Kebaikan dan fungsi Vitamin E
-anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel
-anti aging vitamin
-merawat dan mencerahkan parut
-membantu kemusnahan vitamin A dan C
-membantu penyerapan oksigen



Energizing soy protein
-untuk membantu pembinaan sel yang sihat kerana sel sendiri terbina dari protein.






    Jom layan cerita akak ne yang bertarung selama 7 tahun lamanya dengan masalah jerawat!

           
            Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!


Tak cukup lagi dengan pengakuan sebenar ne? Saya tepek lagi beberapa testimoni pengguna Shaklee.



















Saya akan consult anda item mana yang sesuai untuk masalah kulit anda. Tak kira masalah jeragat ke, masalah jerawat sebab resdung ke, masalah kulit kusam ke, masalah kulit berminyak atau apa-apa je masalah yang berkaitan dengan kulit wajah anda. Saya pengedar Shaklee yang bertauliah akan consult anda sehabis baik sehingga anda berpuas hati dengan kulit anda.


Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee yang hot ini, cepat hubungi saya! 






Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on