Showing posts with label Tips & Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips & Petua. Show all posts

Wednesday, 19 April 2017

Naikkan Selera Anak Dengan Daun Kucai


Assalamualaikum mommies! Pernah dengar tak petua ni? Sebenarnya saya pun baru jumpa dengan petua ni tau. Anak kurang selera makan memang masalah yang saya pasti kebanyakan ibu-ibu akan alami kan? Saya pun tak terlepas dari mengalami masalah tersebut. 

Oleh sebab saya jenis suka mencuba, so saya google la petua untuk naikkan selera makan anak. Dan saya terjumpa petua ni. Bila baca feedback, mostly cakap berkesan. Apa salahnya mencuba kan? Belum cuba, belum tahu. Hihi..


Selepas saya mandikan anak saya 3 hari berturut-turut dengan mandian air daun kucai ni, Alhamdulillah memang nampak perubahan dari segi selera makan dia. Dia suka minta nasi dan sup! Selalu dengar anak tak suka makan nasi, hah ini kali lain macam penangan daun kucai. Menjadi jampi serapah mak! Haha! Gurau-gurau je.

(Saya cuba petua ni bulan Februari lepas. Sampai sekarang anak masih berselera makan tau)


Mommies nak tau macam mana cara nak buat air mandian daun kucai?
Okay mari baca sini.




Cara Sediakan Air Mandian Daun Kucai


1. Ambik segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih
2. Patahkan kecik-kecik, agak-agak size jari kita je
3. Rendam dalam air suam (separuh baldi)
4. Boleh mandikan anak pada waktu petang. Ikut petua yang saya baca kena mandikan waktu senja. 
5. Lepas anak dah pakai sabun, bilas bersih. Kemudian, last sekali mandikan dengan air rendaman daun kucai.
6. Sebelum nak jirus air rendaman tu, niat je la dalam hati semoga air mandian tu akan menjadi asbab kepada naiknya selera makan anak dan untuk kesihatan. Selawat3x macam biasa.
7. dah habis air rendaman tu, okay dah. tak payah bilas lagi



Saya sebenarnya tak tahu apa kaitan daun kucai dengan selera anak. Tapi, kalau ikut logik daun kucai ni memang banyak manfaat untuk kesihatan kan. So, rasanya tak salah mencuba. Sebab bila saya dah mandikan anak 3 hari berturut-turut, memang nampak perbezaan lah. Anak memang berselera nak makan nasi. Tak pernah lagi tolak nasi setakat ni. Syukur Alhamdulillah.




Sebagai ibu, mestilah nak terbaik untuk anak-anak kan?
Jadi, saya tambah juga makanan tambahan dalam pemakanan anak saya.
Untuk cukupkan keperluan vitamin anak saya, saya bagi Omega Guard & Mealshake. Yang ini memang baik untuk otak dan pembesaran anak kita. Saya tak nak cakap banyak pasal vitamin tu. Kena tanya dengan mak-mak yang pernah bagi anak mereka makan vitamin yang saya sebutkan. :D



Setakat ini saja perkongsian saya. Selamat Mencuba!
Read More »

Monday, 24 October 2016

Anemia @ Low HB Ketika Hamil


Assalamualaikum.

Semasa hamil, anda mungkin mengalami masalah anemia atau lebih dikenali dengan "Low HB". Semasa mengandung, badan anda menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi anda. Jika anda tidak mendapat zat besi yang cukup atau nutrien lain, badan anda mungkin tidak dapat menghasilkan sejumlah sel-sel darah merah yang diperlukan untuk membuat darah tambahan ini.

Ia adalah perkara biasa untuk mempunyai anemia ringan apabila anda hamil. Tetapi ia boleh menjadi lebih bahaya jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil sehingga boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang.



Faktor-faktor risiko untuk Anemia Semasa Hamil

Semua wanita hamil mempunyai risiko untuk mendapat anemia. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi jika anda:





  • Hamil lebih daripada seorang anak.
  • Muntah banyak kerana morning sickness.
  • Tidak  makan makanan yang cukup kaya dengan zat besi
  • Mempunyai anemia sebelum anda hamil










  • Tanda-tanda anda mungkin anemia semasa mengandung ialah:


    1) Pucat pada kulit, bibir, dan kuku.
    2) Rasa letih atau lemah
    3) Pening
    4) Sesak nafas
    5) Denyutan jantung yang cepat
    6) Masalah menumpukan perhatian



    Pada peringkat awal anemia, anda mungkin tidak mempunyai gejala yang jelas. Jadi, sila pastikan anda membuat ujian darah rutin untuk memeriksa tahap anemia anda pada setiap kali temujanji prenatal anda.




    Anemia yang tidak dirawat boleh menyebabkan risiko beberapa perkara antaranya:


    • Kelahiran Pramatang / Bayi yang dilahirkan kurang berat badan
    • Kemurungan selepas bersalin.
    • Bayi juga mengalami anemia
    • Juga harus melakukan blood transfusion jika anda kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran.




    Ibu-ibu yang sedang hamil, jangan ambil ringan masalah low Hb tau. Kena rajin membaca info dan pemakanan yang betul semasa hamil. Juga pastikan anda sentiasa datang pada setiap temujanji prenatal anda.
    Nanti saya kan kongsikan pula makanan-makanan yang bagus untuk menaikkan Hb semasa hamil. 



    Semoga info di atas dapat memberi manfaat kepada semua!
    Read More »

    Sunday, 23 October 2016

    Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil



    Assalamualaikum.


    Kaki adalah anggota badan yang penting untuk menyokong keseluruhan tubuh. 
    Pemilihan kasut yang betul pula penting untuk menyokong fungsi kaki tadi terutamanya ketika seseorang itu sedang hamil. Keadaan pasti makin sukar jika kasut yang disarungkan kurang sesuai, silap-silap boleh menyebabkan kecederaan kepada si pemakai.



    Teringat kenangan saya ketika hamil dahulu, sering bertukar kasut disebabkan ketidakselesaan. Malah, bila kaki membengkak saiz kasut juga terpaksa bertambah.
    Bertabah la ya semasa mengandung. Memang akan melalui bermacam-macam fasa menarik. =)

    Jom kita tengok pilihan kasut-kasut yang sesuai untuk ibu hamil.





    • Tapak Rata
      Pilih kasut yang mempunyai tapak yang leper dan rata. Kasut yang bertumit akan menyukarkan pergerakan ibu hamil terutama apabila kandungan sudah semakin membesar.

    • Tapak Tidak Licin
      Permukaan kasut juga haruskah tidak licin. Permukaan kasut yang licin akan lebih bahaya dan menyebabkan ibu hamil boleh tergelincir terutama ketika berjalan di permukaan lantai yang basah atau sedang menuruni tangga

    • Selesa Dipakai
      Pilih kasut yang selesa dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Sesetengah ibu hamil akan mengalami edema atau bengkak kaki. Jadi faktor kelebaran kasut harus diambil kira untuk keselesaan ibu hamil.

    • Cantik & Bergaya
      Mengandung tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh bergaya. Pilihlah kasut yang memenuhi kriteria di atas dan juga cantik serta lebih stylish. 


    Pemilihan kasut bergantung kepada anda. Kalau saya, semestinya saya vote untuk kasut yang comfort dan flat shoe. Rasanya sampai sekarang masih pakai jenis kasut yang sama. Dah lama tinggalkan kasut tumit tinggi. 



    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana!
    Read More »

    Cara Mudah Ajar Anak Suka Berkongsi


    Assalamualaikum.



    Tidak suka berkongsi. Ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kan? Ada anak yang sukar berkongsi barang mainan, walaupun dengan ibu bapa mereka sendiri. Mari kita baca sedikit perkongsian cara mudah untuk ajar anak suka berkongsi. =)











    1. IBU BAPA ADALAH CONTOH

    Ibu bapa adalah contoh yang paling terbaik untuk ajar anak berkongsi. Tunjukkan tauladan yang baik dan suka berkongsi. Bila bermain dengan anak, guna teknik giliran. Bukan sahaja ketika bermain, tetapi juga ketika membuat aktiviti lain dalam rumah. Jadikan kebiasaan yang positif sebab lama kelamaan anak akan mudah faham konsep berkongsi.






    2. JANGAN PAKSA

    Mengajar anak bukanlah satu proses perlumbaan di mana semua perkara harus dilakukan dengan cepat. Jika anda baru hendak bermula, jangan paksa anak untuk berkongsi. Dikhuatiri anak akan lebih keliru dengan maksud sebenar berkongsi apabila perlu dipaksa setiap kali. Ambik masa anda dan jangan putus asa untuk terus mempraktikkan setiap hari.







    3. BERI PUJIAN

    Bila anak anda berjaya berkongsi sesuatu dengan anda atau adik beradiknya, beri pujian dan pelukan tanda anda bangga dengan pencapaiannya. Anak-anak memang suka bila diberi pujian dan apabila dipuji, mereka akan lebih kerap melakukannya untuk mendapat pujian. 





    4. DOA & ZIKIR ASMAUL HUSNA

    Sebaiknya jika kita mahu anak itu berakhlak baik,kita kena rajin meminta doa kepada Allah. Minta Allah lindungi anak kita dan pelihara jiwa anak kita supaya mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar. Jangan lupa amalkan zikir setiap hari bila bersama anak. Ayat-ayat zikir ini mampu menenangkan jiwa anak-anak. Allah adalah sebaik-baik tempat meminta. =)






    Begitulah sedikit sebanyak perkongsian saya. Mudah kan cara-cara di atas? Mendidik anak perlukan kesabaran. Jangan terburu-buru dan cuba buat yang terbaik setiap hari tanpa putus asa. Hasilnya? InsyaAllah anda pasti akan gembira...





    Semoga bermanfaat!



    Read More »

    Saturday, 22 October 2016

    Punca & Cara Kurangkan Masalah Keguguran Rambut






    Assalamualaikum.


    Saya rasa masalah ini sangat popular di kalangan wanita lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Saya juga tidak terkecuali dalam mengalami masalah sama. 
    Jom tengok apa punca rambut gugur dan cara atasi.






    Apa Punca Keguguran Rambut?

    Berikut adalah senarai sebab-sebab untuk keguguran rambut secara tiba-tiba di kalangan wanita terutamanya.


    1. Faktor-faktor keturunan
    2. Perubahan-perubahan Hormon
    3. Kehamilan
    4. Tekanan Fizikal Dan Mental
    5. Jangkitan Kulit Kepala
    6. Pengambilan Ubat-Ubatan
    7. Kekurangan Zat Besi, Anemia Dan Kehilangan Darah









    Bagaimana Pula Cara Untuk Kurangkan Rambut Gugur?




    1.  Guna sikat bergigi lebar untuk meluruskan rambut dan sikat secara perlahan-lahan.
    2.  Guna sikat bergigi halus untuk mengayakan rambut mengikut keperluan.
    3. Jangan sikat rambut ketika masih terlalu basah kerana cara ini boleh meningkatkan risiko rambut rosak dan gugur. Pastikan rambut kering atau separa kering sebelum menyikat.
    4. Jangan gosok rambut menggunakan tuala dengan kuat.
    5. Hot Oil Treatment adalah salah satu jawapan yang terbaik untuk menangani masalah keguguran rambut.
    6. Cuba beralih kepada syampu yang sulfat, silikon dan paraben FREE untuk mengelakkan kulit kepala terkena bahan kimia yang melampau.
    7. Jangan dedahkan rambut anda untuk rawatan kimia yang kerap, proses pengeringan berlebihan, dan mewarna kerana ini boleh membawa kepada keguguran rambut.





    Sebenarnya menjaga rambut tidaklah susah jika kita tahu cara yang betul untuk merawatnya. Bagi saya pula selain amalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi yang betul akan lebih membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan bersinar. =)



    Semoga perkongsian sedikit sebanyak ini dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama. Selamat Malam! =)



    Read More »

    Saturday, 22 August 2015

    Ambik Kisah "Urine Incontinence" (UI)


    Hilang kawalan pada pundi kencing adalah masalah biasa yang dialami wanita. Bukan saja bagi wanita yang sudah putus haid atau melahirkan anak, bahkan ada kalanya masalah ini turut dialami oleh wanita muda yang belum berkahwin. Masalah hilang kawalan pada pundi kencing atau disebut sebagai urine incontinence (UI) memang memalukan dan ada kalanya menyusahkan.

    Walaupun UI dialami ramai wanita, masalah ini masih sukar ditangani sepenuhnya kerana wanita selalunya malu untuk berjumpa dengan doktor. Mereka yang mengalaminya juga merasakan UI hanyalah masalah kecil malah ada yang beranggapan ia perkara wajib dalam senarai proses penuaan.
    Wanita yang putus haid, kerap mengangkat benda-benda berat atau pernah melahirkan anak, lebih berisiko mengalami UI. Jumlah wanita yang mengalami UI juga adalah dua kali ganda lebih ramai daripada lelaki terutama wanita berusia. Lelaki yang mengalami UI pula adalah lelaki yang bermasalah dengan kelenjar prostat.

    UI terjadi kerana oto pelvis dan saraf yang membantu menahan atau melepaskan air kencing terganggu. Biasanya otot itu mengendur. Selalunya UI bermula dengan kekerapan membuang air kecil dalam sehari. Biasanya kebanyakan kita membuang air kecil lapan kali sehari. Bagi mereka yang mengalami UI, kekerapan membuang air kecil adalah dalam tempoh 35 hingga 40 minit sekali.



    JENIS-JENIS UI


    A) TEKANAN ( STRESS INCONTINENCE)
    Terjadi apabila bersin, ketawa, batuk, berjoging atau perkara-perkara lain yang meletakkan pundi kencing dalam keadaan tertekan. Ia adalah masalah hilang kawalan pundi kencing yang paling biasa dialami wanita.


    B)TERDESAK (URGE INCONTINENCE)
    Selalunya anda akan berasa terlalu ingin membuang air kecil hingga menyebabkan anda terkencing sebelum sempat anda sampai ke tandas. Dalam keadaan ini, otot pundi kencing mengecut dan hanya memberi anda isyarat hendak kencing beberapa saat atau minit saja. Pada waktu malam, rasa ingin kencing itu juga menyebabkan anda terjaga daripada tidur beberapa kali. Ada juga mereka yang ingin kencing walaupun hanya meminum sedikit air. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan salur kencing selain masalah pada usus atau sistem saraf yang dikaitkan dengan penyakit lain seperti parkinson atau sclerosi pelbagai (MS)

    C)PUNDI KENCING TERLALU AKTIF
    Kategori ini terdiri daripada beberapa lagi jenis UI antaranya kencing yang kerap dan banyak (overflow) dan kekerapan bangun malam untuk membuang air kecil (nocturia incontinence). Selalunya, masalah ini disebabkan saraf menghantar isyarat kepada pundi kencing pada masa yang salah. Ini menyebabkan otot mengecut tanpa amaran.



    PUNCA UI

    UI bukan penyakit tetapi simptom. Ia menandakan masalah lain tetapi boleh dipulihkan. Selain masalah jangkitan pada salur kencing dan sembelit, UI juga boleh disebabkan gaya hidup seperti pengambilan minuman beralkohol, berkafein, pengambilan ubat-ubatan dan kecederaan. Selain itu, UI juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan melahirkan anak.


    RAWATAN

    Tidak semestinya setiap masalah UI perlu ditangani dengan pembedahan. Secara umum ada beberapa cara rawatan selain pembedahan.
    a) Perubahan Gaya Hidup
    Elakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat selain kurangkan meminum air jika anda mengambil air terlalu banyak dalam sehari.
    b) Senaman Lantai Pelvis
    Di kalangan orang Melayu, senaman kemut memang cukup dikenali sebagai rawatan otot pelvis yang kendur. Senaman ini akan membantu menguatkan otot pelvis dan mengawal pundi kencing
    c) Latihan Pundi Kencing
    Melewatkan kencing selepas rasa terdesak untuk berbuat demikian. Mulakan dengan cuba menahan 10 minit setiap kali terasa desakan untuk kencing. Tujuan bagi memanjangkan selang masa setiap kali anda ke tandas untuk dua hinggan empat jam
    Read More »

    Monday, 10 August 2015

    Buah Terbaik Untuk Wanita Hamil







    Wanita hamil memerlukan pemilihan makanan yang betul untuk perkembangan janin yang sihat dan memberi nutrisi yang secukupnya untuk badan ketika hamil. Buah-buahan adalah makanan yang paling mudah untuk diconsume semasa hamil. So, mari kita tengok buah apakah yang boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu yang tengah hamil.








    Avokado.
    Ia adalah salah satu buah-buahan yang kaya dengan asid folik. Wanita perlu banyak asid folik semasa mengandung. Jadi, jom makan avokado!




    Buah mangga.
    bukan sahaja lazat tetapi sihat juga. Ia membantu penghadaman dan mengandungi Vitamin A dan C yang sihat bagi wanita hamil.




    Anggur.
    Ramai wanita berfikir ia tidak selamat untuk makan anggur. Walau bagaimanapun, anggur yang kaya dengan Vitamin A  menstabilkan kadar metabolisme. Anggur juga mempunyai folat, kalium, fosforus, magnesium dan natrium yang baik semasa mengandung.





    Pisang.
    Sembelit adalah masalah kesihatan biasa semasa mengandung. Untuk memudahkan laluan najis dan mengelakkan sembelit, boleh lah makan pisang.






    Buah delima
    Mengandungi zat besi dan vitami C. Kebanyakan wanita hamil mengalami masalah anemia kerana kekurangan zat besi dalam diet seharian. Anemia boleh menjejaskan kesihatan bayi dan ibu.  makan makanan yang mengandungi zat besi juga boleh memastikan bahawa anda mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi dalam darah anda. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, jadi vitamin C dalam buah delima akan membantu badan anda menyerap lebih banyak zat besi dalam buah.
    Read More »

    3 Sebab Utama Lemak Terkumpul Di Perut


    Perut buncit memang sangat tidak menyeronokkan bagi mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal. Perut buncit juga mendorong kepada peningkatan berlakunya sindrom metabolik seperti diabetes, hipertensi, serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan pembuluh darah tersumbat. Ukuran lilit perut yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Asia Pasifik adalah di bawah 90cm untuk lelaki manakala untuk perempuan adalah bawah 80cm.
    Jom kita kenali apakah punca utama lemak terkumpul di perut yang mengundang kepada masalah perut buncit.

    PEMAKANAN
    Terlalu banyak mengambil makanan yang diproses seperti roti putih, biskut, gula halus dan kentang goreng, pencuci mulut akan meningkatkan keradangan dalam tubuh. Lemak perut dikaitkan dengan keradangan. Jika anda makan terlalu banyak makanan yang diproses, pemecahan lemak di bahagian perut akan menjadi lambat malah akan meningkatkan lagi kandungan lemak di bahagian perut. Jadi pilih lah makanan yang semula jadi seperti buah buahan, bijiran penuh,, sayur-sayuran dan banyak lagi.

    PERUBAHAN HORMON
    Hal ini berlaku terutama ketika menopaus bagi kaum wanita. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada bahagian perut.

    STRESS
    Keadaan psikologi kita mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh badan termasuklah sistem penghadaman kita. Stress adalah salah satu pencetus kepada perut kita. Hal ini disebabkan apabila stress, perut akan berasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih kembang. Bila sering tekanan, badan kita akan lebih sukar untuk menyingkirkan lemak yang tidak diingini.


    Read More »

    Kesan Bila Kurang Tidur


    Assalamualaikum! Apa kabar semua? Masih ngantok tak? Semalam saya lewat tidur. Jadi pagi ne memang rasa ada keberatan pada mata. Nak tutup je! Tapi tak boleh tidur lagi. Ada tugasan yang perlu diselesaikan. Siapa yang selalu kurang tidur sini? Sila angkat kening. Tau tak tubuh badan kita ne sangat memerlukan masa rehat yang cukup? Cara yang paling berkesan adalah denga tidur! Ya tidur! Bila kita tidur, tubuh kita akan recharge semula energy kita yang seharian kita gunakan. Ala, macam handphone kena charge battery kan. Sama lah macam tubuh kita. Dan bila kita kurang tidur, akan timbul lah beberapa masalah kepada kita. Jom tengok apakah kesan-kesan utama bila kita kurang tidur.



    Obesiti
    Semakin lama kita berjaga dan tidak tidur, kita akan merangsang hormon ghrelin iaitu hormon yang menggerakan rasa lapar. Jadi inilah yang buat kita rasa nak makan dengan banyak bila kita tak tidur. Jika kita kerap makan pada lewat malam, kita akan meningkatkan risiko untuk obesiti. Jadi pastikan anda dapat tidur yang cukup at least 6 jam setiap malam.






    Mudah Diserang Penyakit
    Apabila kita kurang tidur, akan lebih banyak  penyakit datang melawat. Contohnya serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi dan juga gerak jantung yang tidak teratur. Bahaya kan?






    Kulit Yang Rosak
    Pola tidur yang tidak teratur boleh menghasilkan hormon kortisol. Kortisol ne diketahui boleh memecahkan protein dalam kulit kita. Oleh sebab itu, kulit kurang anjal, nampak berkedut dan tumbuh jerawat.






    Kemurungan
    Kurang tidur juga boleh menyebabkan masalah kemurungan. Yelah tak cukup tidur, jadi akan rasa lebih stress kan. Hah, kalau dah tahap begini, cepat-cepat cari rawatan tau.


    Jadi semua dah tau kan pentingnya untuk mendapat tidur yang cukup. Bukan setakat cukup malah berkualiti. So, pastikan anda kaji semula waktu tidur anda untuk mengelakkan akibat buruk seperti di atas.







    Read More »

    Monday, 3 August 2015

    Tips Atasi Kedutan di Leher


    Kedutan di leher seringkali menganggu penglihatan kita. Kulit sudah mulus namun kedutan di leher pula menjadi masalah. Jom kita tengok apakah tips-tips menarik yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengatasi masalah kedutan di leher selain melakukan rawatan di spa mahupun pusat kecantikan estetik.


    Kaedah Urutan
    Amalkan melakukan urutan secara menaik setiap hari selepas anda bangun dari tidur. Mulakan urutan dari pangkal leher menuju ke dagu. Jika anda melakukan teknik urutan yang betul, anda akan dapat mengatasi masalah kedutan dan masalah lemak lebihan di bahagian leher dan dagu. Gunakan minyak zaitun untuk memudahakan urutan anda.





    Buah Tomato
    Buah tomato boleh digunakan untuk melembapkan leher anda. Lecek atau kisar tomato dan sapukan di bahagian leher anda dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.. Jika anda mendapati kulit anda berasa gatal selepas menggunakan tomato, usah teruskan. Kemungkinan kulit anda sangat sensitif.





    Khasiat Putih Telur
    Sapu rata putih telur di bahagian leher anda dan tunggu sehingga ia kering. Bilas bersih. Petua ini elok dilakukan seminggu dua kali. Putih telur mempunyai khasiat dalam menegang dan menjadikan kulit lebih lembut serta halus.


    Kurangkan Tidur Siang
    Tabiat tidur siang terutama selepas waktu Asar bukan sahaja menyebabkan wajah sembap malah ia juga menyumbang kepada masalah dagu berlapis dan leher berlipat. Kikislah tabiat kurang baik ini secara perlahan-lahan. Tidur siang secara berlebihan juga menyebabkan badan mudah letih, lesu dan lemah.

    *
    *
    *
    *
    *


    Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dalam diet seharian mampu menganjalkan kulit dan 
    payudara anda. Jangan lupa untuk menambah SR Vita C untuk kesan yang lebih memuaskan.
    Dapatkan Set Kulit Anjal anda sekarang. Hubungi saya 014-3794493 SID bertauliah anda.
    Read More »

    Thursday, 9 July 2015

    Tips Kawal Berat Badan Semasa Raya








    Assalamualaikum!
    Pejam celik pejam celik, kita hampir meninggalkan bulan Ramadhan dan bakal menyambut kedatangan bulan Syawal. Lazimnya setelah sebulan berpuasa, kebanyakan dari kita akan mengalami penurunanan berat badan. Betul tak? Dapat lah muat baju raya idaman kan. Menjelang Hari Raya, kita lupa pula tentang susahnya untuk dapat berat badan dan bentuk badan idaman, sehingga kita melantak macam-macam juadah di hari raya. Siapa setuju? Heheheh. Tak sampai sebulan raya, berat dah naik berkilo-kilo, baju tetiba dah rasa sendat kat perut. Eh, apakah yang terjadi?? Hahahaha!!
    Jadi sebelum kita mengalami masalah kenaikan berat badan semasa hari raya nanti, saya nak kongsikan beberapa tips untuk kawal berat badan semasa hari perayaan.





    1. Bersarapan! Hah, ramai yang skip breakfast kan? Memang silap besar jika kita tidak bersarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi akan menentukan pola pemakanan kita sepanjang hari. Jika kita memilih untuk tidak bersarapan, kita akan makan lebih banyak pada waktu tengah hari nanti.
    Eh, tapi ini betul tau. Even semua pakar pemakanan, pakar diet sarankan kita untuk mengambil sarapan. Pilih la sarapan yang sihat dari sumber protein yang mengenyangkan. Saya  memang wajib ambik ini setiap hari. Sampai tengah hari masih rasa kenyang.. :)



    2. Elakkan makanan dan minuman yang berkalori tinggi dan manis. Kalau teringin nak makan daging, ambik la dua atau tiga ketul daging je. Jangan pula penuh sepinggan. Kalau nak makan biskut raya, pilihlah yang betul-betul anda nak makan. Jangan nak taste semua pula. Kandungan gula sangat tinggi tau! Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat juga adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga. Kalau anda dapat kawal semua ini, percayalah berat anda akan kekal malah mungkin akan mengalami penurunan lagi.





    3.Banyak bergerak! Walaupun musim perayaan, anda masih perlu banyak bergerak untuk memastikan tiada lemak yang akan tinggal lama dalam badan anda. Pilih lah waktu yang terbaik seperti waktu pagi atau petang. Senaman selama 20-30 minit yang dilakukan 3 kali seminggu, sudah cukup untuk pastikan badan anda terus membakar lemak sepanjang masa! Yang pasti bila anda bersenam, badan anda akan berasa lebih sihat dan segar. 



    4. Pilih makanan sihat pada waktu malam. Apa salahnya jika anda selitkan salad yang sihat dan buah-buahan untuk makan malam anda. Perut anda juga perlu berehat dari menerima makanan yang berminyak. Pemilihan makanan yang tinggi fiber, akan membantu mengelakkan anda dari mengalami sembelit. Pembuangan juga akan menjadi lawas setiap hari dan membatu dalam membersihkan usus-usus anda. Point utama di sini ialah berat badan anda akan lebih terkawal sepanjang Syawal nanti. Best kan?!




    5. Pengambilan supplemen juga amat penting untuk membantu anda mengawal berat badan yang sihat sepanjang masa. Pilihlah supplemen yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Saya memilih set kurus Shaklee untuk persediaan saya menjelang musim raya nanti. Set ini mampu memberi rasa kenyang yang panjang, mengawal berat badan saya dan mengelakkan saya dari mengalami sembelit di hari raya nanti.





    Diharap panduan yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan makanan di hari raya nanti. Suka saya ingatkan, tubuh badan kita ini bukan untuk kita pakai sehari dua, tetapi sepanjang hidup kita!






    Nur Iba Zaini

    Shaklee ID 1076149

    Whatsapp 014-3794493


    Read More »

    Wednesday, 8 July 2015

    Infografik: Tips Elak Anak Meragam Di Rumah Terbuka










    Menjelang hari perayaan, mestilah kita tidak terlepas untuk menghadiri jemputan mana-mana majlis rumah terbuka kan? Al maklum lah ini kan cuma setahun sekali. Menjelang hari raya nanti, anda pasti akan dibayangi dengan tangisan anak-anak anda yang mungkin akan menyebabkan anda juga hilang mood untuk terus menghadiri majlis sebegini..  Pastinya yang baru sahaja bergelar ibu pasti akan lebih panik dengan masalah ini kan.
    Jangan cepat panik dan cepat marah. Mungkin ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang yang menyebabkan anak anda terus menangis tanpa henti. Ikuti beberapa tips yang boleh anda praktikkan semasa hari perayaan nanti.



    1) Bawa anak keluar dari tempat yang sesak dan ramai orang. Kemungkinan anak anda rimas dengan bunyi bising dan tidak selesa untuk terus berada di sana. Bawa anak anda keluar atau ke tempat sunyi untuk redakan tangisannya

    2) Boleh jadi anak anda sedang lapar sebab tu dia menangis. Nah, anda kena pastikan anak anda suda mendapat makanan yang cukup sebelum anda keluar untuk menghadiri majlis rumah terbuka. Sebaiknya bawa bekalan makanan kesukaan anak anda.

    3) Pastikan anak anda sudah mendapat tidur yang cukup. Ikutlah pola tidur anak seperti biasa. Jangan kerana hendak bergegas ke rumah terbuka, anda sanggup bangunkan anak yang sedang tidur. Seeloknya pergi la selepas anak anda sudah bangun dari tidur. Jadi besar kemungkinan dia tidak akan meragam kerana sudah "Fully Charged"

    4) Pastikan anda memakaikan pakaian yang bersesuaian untuk anda anda. Jika menghadiri majlis pada waktu siang pilihlah pakaian yang nipis dan menyerap peluh. Kalau boleh bawa baju extra untuk anak anda. Jika dia berpeluh dan mula berasa rimas cepat2 la tukarkan kepada pakaian yang baru.

    5) Jangan terlalu lama berada di rumah terbuka. Cukuplah jika anda sudah berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai. Jangan pula anda duduk dan bercerita panjang sehingga lupa untuk balik. Hehehe. Sebaiknya minta izin dari tuan rumah untuk balik lebih awal.

    6) Persediaan fizikal emosi. Ibu bapa harus lebih tenang untuk menghadapi masalah anak meragam terutama ibu bapa baru. Jangan cepat marah dan panik jika anak anda mula menunjukkan ciri-ciri meragam. Sebaiknya tarik nafas dan istighfar dalam hati supaya Allah akan memudahkan urusan kita


    Hah, macam? Rasanya cukup tak tips ne? Hehe.. Saya pasti anda boleh lakukannya sebagaimana saya melakukannya dulu dan sehingga sekarang masih lagi mengikut tips-tips ini. Alhamdulillah saya semakin expert untuk handle masalah anak saya dan saya pasti akan juga akan lebih expert dari saya dalam mengatasi masalah anak meragam.





    Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.












    Nur Iba Zaini

    Shaklee id 1076149

    Whatsapp 0143794493

    Email ummikhalif000@gmail.com
    Read More »

    Wednesday, 1 July 2015

    Tips Elak Anak Makan Makanan/Minuman Tinggi Gula Semasa Hari Perayaan

    Sumber:Google



    Assalamualaikum mommies. Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal pula. Bila tiba Syawal atau apa-apa hari perayaan mesti mommies bawa anak sekali kan melawat sanak saudara? Bila dah melawat sanak saudara, mesti ada sedikit sebanyak anak kita akan menikmati makanan/minuman yang dihidangkan bukan? Tanpa kita sedar, anak kita mengambil makanan yang tinggi gula, minuman bergas yang manis. Jangan biarkan perkara ini berterusan. Saya ada beberapa tips untuk mommies applykan semasa melawat sanak saudara semasa musim perayaan nanti agar anak kita terkawal daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan gula.




    1) Bantuan Suami

    Suami memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini. Slow talk dengan suami tentang bahayanya perkara ini jika dibiarkan saja berterusan. Pesan dengan suami agar saling ingat-mengingatkan bila saudara mara mula menyajikan makanan manis ke dalam mulut anak. Jangan berdiam diri. Kerana akhirnya yang mendapat kebaikan atau keburukan itu adalah anak kita sendiri dan bukan orang lain. 


    2) Bekalkan Makanan Rumah Untuk Anak      

    Tiada alasan untuk mommies tidak memasak sendiri makanan untuk anak. Banyak resepi mudah dan cepat untuk disediakan hanya dengan pencarian melalui Google. Bekalkan makanan sihat walau ke mana sahaja kita pergi. Hendak seribu daya. :)     


    3) Jadi Contoh Yang Baik

    Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak agar suka dengan makanan yang menyihatkan. Jadilah contoh yang baik dengan sama-sama memilih untuk makan makanan yang sihat dan tidak keterlaluan semasa menghadiri mana-mana majlis jamuan atau hari perayaan. Pilih lah air putih berbanding air sirap dan air bikarbonat. Berkorban sedikit untuk anak pasti membuahkan hasil untuk kesihatan yang berpanjangan bukan sahaja kepada anak, malah kepada diri kita sendiri.


    4) Beri Supplemen Chewable

    Kalau anak terasa ingin makan makanan manis, berilah anak supplemen chewable vitamin c yang selamat dimakan. Lebih selamat jika anda beri vitamin daripada memberi gula-gula kan?
    Terdapat beberapa jenis supplemen yang pasti menjadi kegemaran anak-anak. Antaranya ialah Chewable Vita C Shaklee dan Vitalea for kids! Rasa anggur yang pasti menarik minat anak anda. Malah pengambilan supplemen ini juga mampu meningkatkan kekuatan antibodi badan anak agar tidak mudah jatuh sakit.
                                       









       
    Read More »

    Saturday, 6 June 2015

    Madu untuk Diet?



    Umum mengetahui khasiat madu untuk kesihatan. Walaupun ramai menyedari hakikat ini, masih ramai yang tidak mempraktikkan pengambilan madu dalam kehidupan seharian. Tahukah anda bahawa terdapat kajian yang membuktikan pengambilan madu dapat membantu dalam program diet seseorang? Berikut ialah panduan ringkas pengambilan madu untuk diet anda.


    Lemon dan madu
    Kalau sebelum ini anda mengambil teh tarik ketika sarapan pagi, apa kata anda ubah selera anda pula. Campurkan sedikit madu ke dalam bancuhan air lemon kemudian minum. Pengambilan minuman lemon madu ini dikatakan dapat meningkatkan metabolisma tubuh selain menjadikan anda kekal aktif sepanjang masa. Bonus! Minuman ini juga boleh menyingkirkan lebihan toksin dalam badan anda!


    Madu dan badam
    Setiap pagi anda boleh lah mengambil madu bersama dengan empat biji badam. Ini kerana badam kaya dengan Vitamin E dan madu pula mempunyai nutrisi magnesium dan mineral yang menjadi penyumbang kepada kesihatan tubuh badan.


    Minum air madu selepas makan
    Selain mengambil air suam selepas makan, anda juga boleh mengambil air madu selepas makan.Bancuhkan air suam bersama sedikit madu. Dikatakan bahawa pengambilan air madu selepas makan dapat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman selain membantu memperkemaskan program diet anda supaya ia berjalan dengan lancar.


    Madu dan halia
    Gabungan kedua-dua ini dapat membantu dalam penurunan berat badan dan dapat memulihkan kesihatan dalaman kita. Ramuan ini juga dapat menghalang virus dari merebak ke dalam tubuh selain melancarkan sistem penghadaman.


    Madu dan salad
    Tukar menu salad anda. Tambahkan sedikit madu ke dalam salad anda. Khasiat madu lebih tinggi jika dibandingkan dengan sos dan mayones salad yang dijual di pasaran. Selain daripada itu, anda akan lebih mudah mendapat bentuk badan yang diidamkan



    Madu dan kayu manis
    Cuba resepi ini: 3 sudu kecil madu + 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan bancuh dengan air suam. Ingat! Bukan air mendidih tau. Pastikan air suam sahaja. Minum 30 minit sebelum sarapan pagi dan 45 minit selepas makan malam. Selain dapat mengurangkan berat badan, ia juga berupaya mengawal nafsu makan anda. Cuba lah!



    Read More »
     

    Followers

    Like Us On

    Follow Us on