Showing posts with label doaanakpintar. Show all posts
Showing posts with label doaanakpintar. Show all posts

Wednesday, 19 April 2017

Naikkan Selera Anak Dengan Daun Kucai


Assalamualaikum mommies! Pernah dengar tak petua ni? Sebenarnya saya pun baru jumpa dengan petua ni tau. Anak kurang selera makan memang masalah yang saya pasti kebanyakan ibu-ibu akan alami kan? Saya pun tak terlepas dari mengalami masalah tersebut. 

Oleh sebab saya jenis suka mencuba, so saya google la petua untuk naikkan selera makan anak. Dan saya terjumpa petua ni. Bila baca feedback, mostly cakap berkesan. Apa salahnya mencuba kan? Belum cuba, belum tahu. Hihi..


Selepas saya mandikan anak saya 3 hari berturut-turut dengan mandian air daun kucai ni, Alhamdulillah memang nampak perubahan dari segi selera makan dia. Dia suka minta nasi dan sup! Selalu dengar anak tak suka makan nasi, hah ini kali lain macam penangan daun kucai. Menjadi jampi serapah mak! Haha! Gurau-gurau je.

(Saya cuba petua ni bulan Februari lepas. Sampai sekarang anak masih berselera makan tau)


Mommies nak tau macam mana cara nak buat air mandian daun kucai?
Okay mari baca sini.




Cara Sediakan Air Mandian Daun Kucai


1. Ambik segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih
2. Patahkan kecik-kecik, agak-agak size jari kita je
3. Rendam dalam air suam (separuh baldi)
4. Boleh mandikan anak pada waktu petang. Ikut petua yang saya baca kena mandikan waktu senja. 
5. Lepas anak dah pakai sabun, bilas bersih. Kemudian, last sekali mandikan dengan air rendaman daun kucai.
6. Sebelum nak jirus air rendaman tu, niat je la dalam hati semoga air mandian tu akan menjadi asbab kepada naiknya selera makan anak dan untuk kesihatan. Selawat3x macam biasa.
7. dah habis air rendaman tu, okay dah. tak payah bilas lagi



Saya sebenarnya tak tahu apa kaitan daun kucai dengan selera anak. Tapi, kalau ikut logik daun kucai ni memang banyak manfaat untuk kesihatan kan. So, rasanya tak salah mencuba. Sebab bila saya dah mandikan anak 3 hari berturut-turut, memang nampak perbezaan lah. Anak memang berselera nak makan nasi. Tak pernah lagi tolak nasi setakat ni. Syukur Alhamdulillah.




Sebagai ibu, mestilah nak terbaik untuk anak-anak kan?
Jadi, saya tambah juga makanan tambahan dalam pemakanan anak saya.
Untuk cukupkan keperluan vitamin anak saya, saya bagi Omega Guard & Mealshake. Yang ini memang baik untuk otak dan pembesaran anak kita. Saya tak nak cakap banyak pasal vitamin tu. Kena tanya dengan mak-mak yang pernah bagi anak mereka makan vitamin yang saya sebutkan. :D



Setakat ini saja perkongsian saya. Selamat Mencuba!
Read More »

Tuesday, 8 March 2016

Makanan Terbaik Untuk Minda Anak








Kecerdasan otak anak anda bukanlah semata-mata dipengaruhi oleh faktor genetik. Malah banyak faktor luaran yang mempengaruhi seperti faktor nutrisi dan pemakanan. Sebagai ibu bapa, amat penting untuk kita menyediakan makanan yang terbaik dari segi nutrisi untuk perkembangan minda yang sihat kepada anak-anak kita. Terdapat beberapa jenis makanan yang mampu merangsang kecerdasan minda anak-anak yang bakal saya kongsikan dalam entri kali ini. Jom kita semak adakah makanan-makanan ini termasuk dalam diet seharian anak kita.




1. Ikan salmon

Ikan yang mengandungi lemak seperti salmon merupakan sumber terbaik omega-3, EPA dan DHA. Keduanya penting dalam pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak anak anda. Penelitian menunjukkan bahawa anak yang mendapatkan nutrisi lemak omega 3 mempunyai lebih kemampuan untuk berfikir lebih mendalam dan tajam. Wajib beli dah lepas ne ikan salmon. Huhu!









2. Sayuran Yang Bewarna

Sayuran yang mempunyai warna menarik seperti tomato, labu dan bayam mempunyai nutrisi yang banyak dan sumber antioksidan yang terbaik untuk mendapatkan sel-sel otak yang sihat. Mengambil sejumlah sayur-sayuran setiap hari memang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan walaupun hakikatnya ada ramai kanak-kanak yang tidak menyukai sayuran. Hah, jadi ibu kenalah lebih kreatif dalam masakan selepas ini untuk galakkan anak makan sayur!







3. Telur


Telur merupakan sumber protein yang mampu milik! Kuning telur sangat penting untuk mengekalkan struktur membran sel otak kerana mempunyai sejenis nutrisi yang dinamakan Choline. 2 biji kuning telur sehari membekalkan lebih kurang 230mg choline kepada otak kita! Boleh lah lepas ne sediakan sarapan telur kepada anak-anak. Harga pun affordable! ^_^







4. Oatmeal

Oat merupakan salah satu dari bijirin sarapan yang paling popular di kalangan anak-anak dan juga orang dewasa. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak. Jadikan oatmeal sebagai sarapan anak setiap hari supaya dia kekal bertenaga sepanjang hari! Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, yang membuat badan dan fungsi otak berfungsi secara optimum. Serius! Sedangkan kita yang dewasa kalau ambik oat masa sarapan, memang akan kenyang dan bertenaga sampai tengah hari, Jadi, tiadalah istilah makan berlebihan di waktu pagi. 







5. Buah-buahan


Secara umumnya, buah-buahan yang bewarna seperti cherry,blueberry, strawberry mengandungi nutrisi yang cukup baik untuk kecerdasan anak-anak. Dengan kadar antioksidan yang tinggi dan juga vitamin C mampu memperbaiki fungsi daya ingatan. Tapi kunci yang sebenarnya ialah berapa banyak portion buah yang anda sediakan untuk anak-anak setiap hari? Cuba check. Cukup atau tidak? Buah-buahan ini juga selain memberi kecerdasan, ia juga amat penting untuk tumbesaran anak dan kesihatan tubuh badan. Jadi cuba pastikan anak anda makan buah setiap hari untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan.





6. Susu & Yogurt
Makanan yang berasal dari produk tenusu memiliki kandungan protein tinggi dan vitamin B. Kandungan protein dan vitamin B merupakan nutrisi penting dalam pertumbuhan jaringan otak dan juga enzim.Mengambil susu,produk tenusu atau yogurt juga mampu membuat perut bertahan lama dari lapar kerana adanya kandungan protein dan karbohidrat serta menjadi sumber tenaga bagi otak anak anda. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak vitamin D bahkan 10 kali lebih perlu dari dos yang disarankan. Vitamin D adalah vitamin yang penting untuk otot dan sistem saraf secara keseluruhan.





So, lepas ne mommies boleh lah masukkan makanan-makanan ini dalam diet seharian anak kita. Selain daripada itu, kita juga harus rajin untuk membawa anak membaca buku dan membuat aktiviti-aktiviti yang memerlukan anak kita berfikir dengan lebih kreatif. Doa setiap hari juga tak boleh tinggal tau. Doa seorang ibu makbul tau! Doakan yang baik-baik untuk anak kita. InsyaAllah kita akan dapat bentuk anak kita menjadi insan yang bijak dan berdaya saing!











Ummi Khalif'
014-3794493
Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu
Sid 1076149
Read More »

Wednesday, 1 July 2015

Cara Mudah Didik Anak Cintai Al-Quran



Assalamualaikum mommies! Selesai bersahur syukur Alhamdulillah.. :) Saya nak kongsikan beberapa tips / cara mudah untuk didik anak mencintai ayat-ayat suci Al-Quran. Kaedah ini saya telah belajar sebelum saya hamil lagi. Actually bukanlah belajar secara official or berbayar. Cumalah saya banyak membaca tentang perkara ini melalui bahan-bahan ilmiah dan juga pencarian di Google. Alhamdulillah setakat ini, anak saya yang baru saja memasuki usia setahun sangat menunjukkan minat terhadap Al-Quran. Saya harap saya tidak berhenti setakat ini sahaja. Doakan saya semoga istiqomah dalam mendidik khalifah kecil saya. AAMIIN!

Baiklah mommies, saya kongsikan sedikit ya tips yang saya gunakan dalam mendidik anak saya supaya dia sangat-sangat suka dengan ayat-ayat Al Quran dan zikrullah.


Amalan semasa hamil. Umum mengetahui amalan baik harus dipraktikkan ketika bayi masih berada dalam rahim ibu lagi. Sebab itu wanita hamil digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran atau paling tidak mendengar alunan ayat-ayat Allah setiap hari. Rajinkan diri untuk bersolat dan cuba untuk menjaga tingkah laku semasa hamil. Banyakkan bersabar dan kawal emosi ketika hamil walaupun ia agak sukar untuk dibuat memandangkan hormon ibu hamil berubah ketika itu.
Apabila selesai solat, jangan lupa untuk berdoa supaya anak yang dilahirkan akan mendengar cakap kita dan menjadi anak yang taat kepada perintah Allah dan ibu bapa. Jangan lupa suami juga harus bekerjasama tau.



Apabila Anak Sudah Lahir. Teruskan amalan semasa hamil sehingga la anak telah lahir ke dunia. Jangan berhenti. Apabila anak lahir, ringankan mulut untuk sentiasa berzikir ketika menyusukan anak, tidurkan anak, memandikan anak dan apa-apa saja aktiviti anda bersama anak. Zikir lah dengan seikhlas hati. Jadikan zikir sebagai halwa telinga anak sebelum tidur. Percaya atau tidak, bila kita jadikan zikir semasa mendodoikan anak tidur, anak akan lebih mudah untuk tidur tanpa banyak meragam! Cuba lah!



Pasang Bacaan Al-Quran. Kalau dahulu kita suka mendengar lagu-lagu cinta, apa kata kali ini kita tukar! Sentiasa pasang bacaan suci Al-Quran ketika berada di rumah. Tutup tv dan jangan banyak bersembang. Pasang melalui laptop, cd player atau apa-apa sahaja medium yang sesuai agar anak anda sentiasa mendengar bacaan Al-Quran semasa di rumah. Semasa dalam perjalanan juga, jadikan ayat Al-Quran sebagai pilihan utama dalam kereta kita. Mudah kan? Hanya perdengarkan bacaan Al-Quran setiap masa. Inilah perkara yang saya dan suami lakukan sehingga sekarang.



Pilih Saluran TV ILMU. Percaya atau tidak, kami sekeluarga banyak habiskan masa menonton saluran TV Astro Oasis. Memang boleh dikira dengan jari bilangan kami menonton saluran tv lain. Dengar ceramah free, dapat belajar mengaji free hanya dengan Astro Oasis. Anak saya pula lebih gemar mendengar zikrullah melalui program Indahnya Iman yang diputarkan setiap hari. Malah banyak cerita-cerita pengajaran dalam Astro Oasis yang boleh dijadikan panduan hidup. Anak saya boleh duduk depan tv dengan lamanya bila tengok Indahnya Iman berbanding cerita kartun. ( Yang ini saya sendiri telah kaji.) Mudah-mudahan anak saya akan cintakan ilmu Al-Quran sehingga dia dewasa nanti. AAMIIN!



Jadi Contoh Yang Baik. Sekali lagi saya nak tekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam hal yang berkaitan dengan anak. Jadilah contoh yang baik kepada anak. Saya dan suami lebih suka bersolat bersama dan mengaji bersama. Kami akan pastikan tempat kami bersolat dan mengaji mudah dilihat oleh anak kami. Anak adalah amanah dari Allah yang paling besar Jangan sia-siakan masa bersama anak walau sedikit pun. Jadikan setiap saat anda bermakna dan penuh ilmu dengan anak. InsyaAllah..



Sekian perkongsian kecil saya untuk hari ini. Saya doakan agar kita menjadi ibu bapa yang cemerlang dunia akhirat yang dapat mendidik khalifah kita menjadi insan soleh solehah. AAMIIN







Read More »

Tuesday, 16 June 2015

Doa Untuk Anak Cerdik & Pintar

Assalamualaikum.
Esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat kepada kita semua. Jangan lupa perbanyakkan ibadat dan doa semasa bulan puasa.
Jika kita berdoa sepanjang Ramadhan, insyaAllah doa-doa kita akan termakbul.
Bagi yang menginginkan anak yang pintar dan cerdik, boleh la mengikut panduan doa seperti dalam gambar yang saya sertakan. Niat lah apa pun yang baik-baik untuk anak kita.
Semoga doa-doa saya dan anda akan termakbul di bulan Ramadhan nanti.
Sehingga bertemu lagi.
Salam sayang..
Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on