Assalamualaikum. Sebelum ini, saya tak pernah cerita kisah saya bagaimana saya boleh terjebak menjadi pengguna Shaklee dan seterusnya menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan saya kan?
Ramai tak tahu lagi kisah disebaliknya. Silap saya juga tak berkongsi sebelum ne. Jadinya, semua asyik tertanya-tanya je. Hahaha.
Okay jom baca kisah saya di entri kali ne. Baca sampai habis tau.. Kisahnya bermula semasa saya mengandung anak pertama (yang kini anak syurga) pada tahun 2013. Semasa usia kandungan memasuki trimester kedua, saya mengalami keguguran (missed abortion). Janin tidak membesar dengan sempurna. Memang sedih lah masa tu sebab anak pertama selepas perkahwinan pada 2012. Namun akhirnya terpaksa redha kerana saya percaya ada rezeki besar yang menanti selepas tu.
Dan doktor menasihatkan saya untuk berehat selama 6 bulan sebelum saya plan untuk mengandung semula. Masa tu saya memang target untuk mengandung semula selepas tempoh 6 bulan. Saya bertekad sebab saya betul-betul mahukan zuriat. Masa tu banyak saya dengar orang yang cakap kalau lepas keguguran ne ada yang susah lekat kalau tak jaga betul-betul masa berpantang. Bukan setakat pantang, berat badan pun kena kawal dan pemakanan kena jaga. So, saya decide untuk kurangkan berat badan saya supaya saya dapat mengandung semula.
Masa tu la saya mula gugel pasal cara mudahkan kuruskan berat badan. Sebab saya seorang yang sangat liat untuk bersenam. @.@ Tak puas gugel saya scroll lagi kat newsfeed facebook. Kot ada rakan mukabuku yang menjual pil kurus. Dan di sana la saya terjumpa FB Kak Dynas (which is my upline sekarang). Saya masa tu beli Alfalfa, Lecithin dan Vitalea. Konsistennya saya makan benda tu walhal tak pasti lagi keberkesanannya. Dan guess what dalam 1 bulan berat turun 2.3kg. Happy betul masa tu.. Tak pernah boleh kurangkan berat banyak tu dalam tempoh sebulan.
Bulan seterusnya saya dah skip makan, timbang berat tetap maintain oh... Time tu rasa Shaklee hebat sangat. Pastu beli pula ESP sebab nak kuatkan rahim. Kan target nak mengandung cepat.. Minum ESP dengan gigih. Vitalea tak skip. Lecithin dan Alfalfa makan skip-skip je lepas berat dah turun. Hihihi..
Alhamdulillah tepat bulan ke 6 selepas keguguran saya mengandung semula!! Alhamdulillah kali ne janin dah boleh nampak banding 1st pregnancy. Ramai keluarga dan kenalan yang terkejut sebab saya boleh mengandung begitu cepat selepas keguguran. ^_^ Kuasa Allah, asbab vitamin Shaklee yang saya ambik. Sebab saya serius tiada mengambil apa-apa ubat lain selepas keguguran.
Dan selepas itu bermula lah perjalanan saya bersama Shaklee. Ambik set mengandung dan set berpantang. Dan sekarang jadikan vitamin Shaklee vitamin wajib ada di rumah. Saya juga jadikan bisnes Shaklee sebagai punca pendapatan sampingan saya. Sambil-sambil duduk rumah, online je pastu bulan-bulan dapat bonus. Boleh bantu suami, beli keperluan sendiri. Best tau. Semudah ABC.. :D
Begitulah sedikit sebanyak kisah saya bersama Shaklee. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mencari kerja sambilan di rumah sambil jaga anak, boleh la contact saya melalui Whatsapp. Saya akan berikan guide terbaik untuk anda. Sama-sama kaya kesihatan gitu...
Sekian entri untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi di entri akan datang. Jemput komen entri ne tau!
Nur Iba Zaini
014-3794493
SID 1076149
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
begiti kisahnya..bermula sebab nak kuruslah ni.Alhamdulillah shaklee membantu utk mengandung cepat..benda yg kita cuba n tahu keberkesanannya br kompiden kita nk jual kan
ReplyDeleteAah. Sbb xleh jual barang yg kita tak pakai. Hahaha. Nnt tak tau bekesan ke tidak.
DeleteSalam singgah!
ReplyDeleteOh, macam tu mulanya! Mungkin inilah perkara tersirat yang kita tak nampak masa ditimpa dugaan tu. Sekurang-kurangnya sekarang dah ada anak, dah ada job yang seronok pulak tu ~ boleh buat kerja dari rumah aje!
Aah mummy. Kerja dari rumah mmg seronok.. dpt tengok anak membesar depan mata dengan puas. Hahaha
DeleteUntuk jadi pengedar mmg elok sangatlah kita pakai sendiri dulu kan UK...barulah tau keberkesanannya
ReplyDeleteBetul tu HO. Tak nak la jual benda yang kita sndri xpernah cuba. Mcm menipu pula. Hahaha
DeleteAssalam...bila dah tahu barang tu elok baru ada kepercayaan menjual.
ReplyDeleteKak Zai dah lebih 20 tahun menggunakan barangan Shaklee.
Waalaikumsalam. Wahhh kak zai pengguna setiaa la
Deletealhamdulillah..smoga trs sukses bersama shaklee..
ReplyDeleteAamiin insyaAllah
DeleteAamiin insyaAllah
DeleteKadang tu sakit badan sana sini di sebabkan kurang supplement bukan pegi cari ubat kan..Alhamdulillah dipermudahkan..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Asbab shaklee. Selebihnya dari Allah.
DeleteAssalamualaikum sis. Salam Jumaat. ♥
ReplyDeleteSaya pun alami sama macam sis, banyak kali misscarriage dalam tempoh 5 bulan perkahwinan. Period selalu dtg on-time. Bile lewat, cek UPT positive, tak lama tu darah turun. 2'3 bulan jugak la jadi macam tu. Lepas tu biasa la mulut orang, cakap susah lekat la apa semua.
Then start situ, saya berusaha untuk kawal dari segi pemakanan. Tak makan benda berangin, tak makan benda sejuk. Dan alhamdulillah, bulan ke 6 saya preggy. Syukur sangat.
And masa pantang, saya amek set bersalin Shaklee. Shaklee memang bagus kan. Btw, thanks sharing sis punya kisah. Suka baca !
Salam perkenalan. ♥
sama la. saya join jadi ahli pun sebab makan ESP time pantangkan anak pertama dulu. terus rasa nak stay dengan shaklee. alang2 jadi ahli la terus. branch pun dekat je nak borong barang hihihi
ReplyDeleteAssalam. Singgah sini baca baca,
ReplyDeletejalan2 sni
ReplyDeleterietta blom pernah cuba shaklee
ReplyDelete