Manfaat Yoga Semasa Mengandung
- Memperbaiki masalah tidur
- Mengurangkan tekanan
- Meningkatkan fleksibiliti otot, kekuatan dan daya tahan yang diperlukan untuk melahirkan anak.
- Mengurangkan loya, sakit belakang, sakit kepala, sindrom carpal tunnel dan masalah pernafasan.
- Mengurangkan risiko mempunyai anak pramatang, tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan dan sekatan pertumbuhan dalam kandungan
Langkah berjaga-jaga yang Anda Perlu Ambil
Amaran: Jika anda tidak pernah menjalankan yoga ( untuk selang masa yang tertentu) sila bertanya kepada doktor anda jika anda ingin memulakan yoga atau apa-apa bentuk senaman dan juga berbincang dengan pengajar yoga anda tentang apa jua masalah yang anda mungkin hadapi. Sebelum memulakan kelas yoga adalah penting untuk memaklumkan pengajar tentang kehamilan anda dan peringkat trimester anda.
Memulakan yoga dalam trimester kedua adalah masa yang terbaik. Ini kerana anda akan merasa kurang sakit dan letih semasa kelas yoga yang panjang. Menurut garis panduan yoga, elakkan melakukan yoga dalam trimester pertama jika anda tidak biasa dengan melakukannya. Walau bagaimanapun, jika anda telah membuat keputusan untuk mula melakukan senaman yoga pada trimester pertama berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.
BERIKUT IALAH 5 POSISI YOGA SESUAI UNTUK IBU HAMIL
|
2.Triangle Pose
3.Child's Pose
4.Cat / Cow Poses
5.Sitting Side Stretch
No comments:
Post a Comment