Wednesday, 5 August 2015

Cara Atasi Masalah Haid Tidak Teratur




Haid adalah perubahan fisiologi dalam wanita yang dipengaruhi oleh hormon pembiakan dan terjadi secara berkala. Purata kitaran haid adalah kira-kira 28 hari. Tidak semua wanita mengalami haid yang lancar dan teratur. Bebeapa penyebab utama yang menjadikan kitaran haid kita tidak teratur. Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yang tidak teratur adalah:


  • KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  • KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.
  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  • MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  • PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  • PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  • TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  • MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  • UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.







Terdapat beberapa petua tradisional untuk merawat masalah haid tidak teratur. Jom kita tengok!

1. Jus Aloe Vera

Terdapat banyak sebatian dalam lidah buaya. Hampir semua vitamin yang terkandung di dalamnya, enzim anti-radang dan 20 asid amino. Selain meningkatkan kesihatan rambut dan merawat diabetes, lidah buaya mempunyai peranan dalam merawat masalah haid.

2. Jus betik

Cuba minum jus betik selama seminggu sebelum haid. Ia didapati boleh mempercepatkan haid. Untuk menghilangkan rasa sakit haid, ambik sekeping betik, asam jawa dan garam. Setelah semua bahan-bahan itu dicuci, rebus dengan air sehingga mendidih. Minum rebusan itu ketika panas.


3. Cuka Apple

Anda boleh menambah epal cider vinegar untuk buah-buahan, atau dalam salad untuk dimakan. Cara yang lebih mudah adalah dengan membancuhkan sesudu cuka epal ke dalam air suam, kemudian minum. Penggunaan cuka epal boleh membantu mempercepatkan kitaran haid. Apple cider vinegar juga baik untuk sistem pencernaan, serta memelihara kadar gula dalam darah.



Nampak mudah kan? Ada lagi cara paling mudah dan selamat untuk mengawal kitaran haid supaya menjadi kitaran normal dan paling best lepas tu boleh hamil dengan cepat! Baca sini cepat~!










NUR IBA ZAINI


SHAKLEE ID: 1076149


014-3794493
Read More »

Cara Menghilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin



Assalamualaikum. Stretch marks. Ada yang pernah alami tak? Masa saya mengandungkan anak saya buat pertama kali, saya mengalami keadaan di mana kulit merekah dengan teruk. Nurse kata mungkin sebab saya menggaru di bahagian perut sehingga jadi teruk sangat. Hakikatnya, saya langsung tiada menggaru bahagian perut malah rekahan itu secara semulajadi telah menjadi teruk. Memang tak suka tengok perut masa tu sebab sekali imbas nampak macam kulit tembikai pun ada.


Selepas bersalin, saya usaha beberapa cara untuk hilangkan stretch marks tu. Antaranya ialah dengan konsisten mengambil ESP dan menyapu Vitamin E di kawasan perut. Alhamdulillah memang nampak perubahan dan kulit menjadi semakin lembut dan warna kulit juga sudah hampir sekata. Perubahan ini saya tidak sedar sehingga suami sendiri menegur yang stretch marks saya sudah hampir pudar dan hilang. Memang gembira sangat!


Jom tengok testimoni mereka yang berjaya menghilangkan strecth marks dengan gembira~!












HARGA RM150. UNTUK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA BOLEH WHATSAPP SAYA SEGERA!

  1. ESP merupakan makanan tambahan yang bersumberkan soya. 
  2. Soya kaya dengan protein. Protein dapat membantu meremajakan kulit.
  3. ESP adalah serbuk protin dari Non GMO soya yang mengandungi protin untuk membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan.Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yang menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.
  4. Protein membantu menghasilkan sel kulit yang lebih cantik. Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati.
  5. Ia akan diganti dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang baru hanya akan 'copy' rupa sel kulit yang lama.





120 kapsul / rm149. UNTUK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA BOLEH WHATSAPP SAYA SEGERA!



Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya.


Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?
Ambil 1 biji capsul Vita-E Complex. 
Cucuk dengan jarum dan keluarkan minyak vitamin E dari kapsul
sapu rata ke permukaan kulit di kawasan stretch mark.
Biarkan selama 40 minit atau lebih dan kemudian basuh dengan air bersih




Jadi, apa tunggu lagi? Jangan tunggu lama sangat sebab takut kesan merekah tu akan tinggal selamanya kat perut kita.


Kalau nak order, boleh tengok details di sini. Lagi cepat bertindak, lagi bagus!

Kalau sekadar nak bertanya tentang produk yang lain boleh je whatsapp terus 014-3794493

Jika anda join member sekarang, anda akan dapat sebotol VITALEA PERCUMA mengikut terma dan syarat



NUR IBA ZAINI

SHAKLEE ID: 1076149

CONTACT NO: 014-3794493
Read More »

Tuesday, 4 August 2015

Soalan Tentang Solid Food


Assalamualaikum mommies. Anak sudah berusia 6 bulan? Mesti excited kan nak intro solid food. Macam perasaan saya dulu, saya sangat excited untuk intro solid food kepada anak saya Ahmad Khalifah. Tapi oleh sebab anak saya lahir pramatang, doktor sarankan agar saya melambatkan sedikit pengenalan kepada solid food. Jadinya, Khalifah saya start makan umur 8 bulan. Walaubagaimanapun, saya tetap ikut "prosedur" biasa bila intro solid food. Bila nak start solid food, macam-macam soalan yang bermain dalam fikiran kita kan? Perasaan pula bercampur baur. Ada excited, ada yang takut, ada yang malas. Eh, mommies tak boleh malas-malas tau. Hihihi.. Jom baca sedikit perkongsian saya mengenai soalan basic mengenai solid food.




1) Bolehkah Kita Beri Anak Makan Sebelum Usia 6 Bulan?
Seeloknya kita tunggu sehingga 6 bulan. Lebih sikit pun still okay. Sebabnya sebelum menjangkau usia 6 bulan, perut anak masih belum cukup matang lagi untuk memproses solid food. Kalau kita beri terlalu awal, memang terpaksa bekerja keras lah perut anak kita. Kesian kan?



2) Mahu Beri Makan Apa Jika Anak Sudah 6 Bulan?
Sebaiknya kita beri makan puree buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu. Sebabnya anak kita selama 6 bulan berturut-turut minum susu. Jadi kalau kita direct beri makanan lain seperti bubur nasi, mesti perut anak akan terkejut dan kemungkinan boleh menyebabkan sembelit yang teruk. Bubur nasi boleh diberi bila usia anak sudah 7 bulan.





3) Kenapa Perlu 4- Day- Rule
Kaedah 4 Day Rule ini adalah satu kaedah di mana kita perlu memperkenalkan satu-satu jenis makanan baru kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Ini bertujuan untuk memastikan anak kita tidak alergi, sembelit, cirit-birit atau masalah lain dengan jenis- jenis makanan tersebut. Selepas 4 hari, jika anak anda tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh lah beri makanan lain pula. Begitulah rutin setiap kali kita nak memperkenalkan makanan baru kepada anak kita.


4) Sehari Perlu Beri Berapa Kali Makan?
Untuk pertama kali, berilah sekali dahulu. Pilih lah nak bagi sebelah pagi ke, tengah hari atau petang. Kalau beri banyak kali takut perut baby terkejut pulak kan dia baru nak sesuaikan dengan benda baru. 







5) Berapa Banyak Kuantiti Makanan Yang Harus Diberi?
Memadai jika pertama kali ini kita beri 2,3 sudu dahulu. Tak perlu beri banyak. Kalau anak tak nak makan, tak apa. Jangan paksa. Mungkin dia belum biasa lagi dengan benda baru. 


6) Anak Sembelit Pula, Macam Mana Tu?
Sembelit : Give P ( Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin) Stop "BRAT"
Cirit-Birit: Feed BRAT (Bread, Banana, Rice, Apple Sauce, Toast) Stop "P"


7) Boleh Beri Anak Minum Ribena, Vitagen dan Yang Sewaktu Dengannya Tak?
Tak Boleh! Sangat tidak digalakkan! Sebab tinggi GULA! Ada bahan pengawet! So jangan memandai nak beri anak minuman tinggi gula k. Kalau nak sangat beri jus buah buatan sendiri. Itupun hanya boleh beri bila anak sudah berusia setahun ke atas.


8) Kenapa Tak Boleh Beri Anak Gula & Garam?
Sebaiknya anak yang berumur 2 tahun ke bawah elakkan beri gula dan garam ke dalam makanan mereka. Dalam setiap makanan, Allah sudah jadikan makanan tu ada yang masin, manis, masam dan pahit. Lagipun kalau kita beri awal sangat nanti buah pinggang anak kita terpaksa bekerja keras untuk flush out semua benda tu. Tolong la ye mak-mak semua. Tak payah nak kesian sangat kalau makanan anak tak sedap, nampak hambar apa semua. Kena fikir kesan untuk jangka masa panjang. Baca di sini.



So, saya harap terjawab la sedikit soalan-soalan yang selalu bermain di fikiran mommies yang nak intro solid food untuk bayi. Kalau ada apa-apa soalan boleh lah contact saya atau komen je kat bawah ini. InsyaAllah saya akan try jawab sebaik mungkin.









Nur Iba Zaini

014-3794493

Shaklee Independent Distributor
Read More »

Monday, 3 August 2015

Tips Atasi Kedutan di Leher


Kedutan di leher seringkali menganggu penglihatan kita. Kulit sudah mulus namun kedutan di leher pula menjadi masalah. Jom kita tengok apakah tips-tips menarik yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengatasi masalah kedutan di leher selain melakukan rawatan di spa mahupun pusat kecantikan estetik.


Kaedah Urutan
Amalkan melakukan urutan secara menaik setiap hari selepas anda bangun dari tidur. Mulakan urutan dari pangkal leher menuju ke dagu. Jika anda melakukan teknik urutan yang betul, anda akan dapat mengatasi masalah kedutan dan masalah lemak lebihan di bahagian leher dan dagu. Gunakan minyak zaitun untuk memudahakan urutan anda.





Buah Tomato
Buah tomato boleh digunakan untuk melembapkan leher anda. Lecek atau kisar tomato dan sapukan di bahagian leher anda dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.. Jika anda mendapati kulit anda berasa gatal selepas menggunakan tomato, usah teruskan. Kemungkinan kulit anda sangat sensitif.





Khasiat Putih Telur
Sapu rata putih telur di bahagian leher anda dan tunggu sehingga ia kering. Bilas bersih. Petua ini elok dilakukan seminggu dua kali. Putih telur mempunyai khasiat dalam menegang dan menjadikan kulit lebih lembut serta halus.


Kurangkan Tidur Siang
Tabiat tidur siang terutama selepas waktu Asar bukan sahaja menyebabkan wajah sembap malah ia juga menyumbang kepada masalah dagu berlapis dan leher berlipat. Kikislah tabiat kurang baik ini secara perlahan-lahan. Tidur siang secara berlebihan juga menyebabkan badan mudah letih, lesu dan lemah.

*
*
*
*
*


Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dalam diet seharian mampu menganjalkan kulit dan 
payudara anda. Jangan lupa untuk menambah SR Vita C untuk kesan yang lebih memuaskan.
Dapatkan Set Kulit Anjal anda sekarang. Hubungi saya 014-3794493 SID bertauliah anda.
Read More »

5 Posisi Yoga Untuk Ibu Hamil



Manfaat Yoga Semasa Mengandung

  • Memperbaiki masalah tidur
  • Mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan fleksibiliti otot, kekuatan dan daya tahan yang diperlukan untuk melahirkan anak.
  • Mengurangkan loya, sakit belakang, sakit kepala, sindrom carpal tunnel dan masalah pernafasan.
  • Mengurangkan risiko mempunyai anak pramatang, tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan dan sekatan pertumbuhan dalam kandungan

Langkah berjaga-jaga yang Anda Perlu Ambil

Amaran: Jika anda tidak pernah menjalankan yoga ( untuk selang masa yang tertentu) sila bertanya kepada doktor anda jika anda ingin memulakan yoga atau apa-apa bentuk senaman dan juga berbincang dengan pengajar yoga anda tentang apa jua masalah yang anda mungkin hadapi. Sebelum memulakan kelas yoga adalah penting untuk memaklumkan pengajar tentang kehamilan anda dan peringkat trimester anda.


Memulakan yoga dalam trimester kedua adalah masa yang terbaik. Ini kerana anda akan merasa kurang sakit dan letih semasa kelas yoga yang panjang. Menurut garis panduan yoga, elakkan melakukan yoga dalam trimester pertama jika anda tidak biasa dengan melakukannya. Walau bagaimanapun, jika anda telah membuat keputusan untuk mula melakukan senaman yoga pada trimester pertama berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.





BERIKUT IALAH 5 POSISI YOGA SESUAI UNTUK IBU HAMIL



                                              1.Extended Side Angle Pose.







                                                           2.Triangle Pose







                                                                3.Child's Pose









                                                          4.Cat / Cow Poses







                                                   5.Sitting Side Stretch



Read More »

Cara Mengelak Gout


Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam badan. Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Biasanya jika kita mengenal pasti simptom dan rawatannya, kita boleh mencegah gout daripada menjadi lebih teruk. Justeru, aspek pemilihan makanan perlu diambil berat.


Pemilihan Makanan Yang Betul
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150mg/hari. Makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu: 


1. Tinggi Kandungan Purin , jadi Elakkan:
- Ikan bilis, sardin, hati, otak, ikan parang, ikan kembung
- Ekstrak daging
- Yis, minuman beralkohol



2. Sederhana Kandungan Purin, jadi Hadkan:
- Roti bijirin penuh, oat, bran gandum (hadkan 2/3 cawan sehari)
- Asparagus, kekacang, cendawan, bayam,kubis bunga (hadkan 1/1 cawan sehari)
- Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang,lentil seperti kacang dal, kacang peas (ambil 2-3 hidangan sehari)
- Sup daging


3. Rendah Kandungan Purin: Keperluan Normal
- Roti, nasi, bihun
- Semua jenis buah 
- Kebanyakan sayuran
- Susu dan produk tenusu, telur dan keju
- Semua jenis makanan berlemak (Kuantiti sederhana)


Gout juga boleh dikawal dengan pengambilan supplemen Shaklee.


Apakah supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout?

  1. ALFAFA
  2. OMEGA GUARD
  3. PERFORMANCE DRINK
  4. ADVANCED JOINT HEALTH




ALFALFA
- Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detoks.

OMEGA GUARD
- Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

PERFORMANCE DRINK
- Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehidrasi.

ADVANCED JOINT HEALTH
- Untuk mengurangkan keradangan sendi kepada pesakit gout



Jom kita tengok testimoni di bawah:






JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SET GOUT INI, SILA HUBUNGI SAYA SEKARANG!

014-3794493

Dapatkan harga terbaik hanya melalui talian whatsapp
014-3794493




Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on