Keadaan bayi baru lahir sering kali membuatkan si ibu berasa panik. Lebih-lebih lagi kerana si ibu tiada pengalaman menyebabkan mereka sering kebingungan. Ibu baru harus pertimbangkan sama ada anda perlu membawa si kecil anda berjumpa doktor atau sebaliknya.
1. Najis hitam dan berbau
Lazimnya najis pertama bayi bewarna hitam kehijauan, melekat atau cenderung berbau seperti susu yang telah masam atau susu basi. Keadaan najis bayi sangat penting untuk mengetahui pencernaannya normal atau sebaliknya. Anda memang harus panik jika keadaan najis seperti itu berlarutan hinggan 48 jam. Kemungkinan penyebabnya adalah gangguan pada sistem pencernaan ataupun kandungan zat besi yang terlalu tinggi dalam badan bayi.
2. Berat badan terus menurun
Bayi yang baru lahir membawa tabungan cairan atau lemak untuk membantu bayi menjalani peralihan masa kehidupan baru di luar rahim ibu. Semakin lama ia akan semakin berkurangan dan menjadi penyebab kepada penurunan berat badan bayi anda. Jika penurunan berat badan berlaku selama satu hingga dua minggu walaupun bayi sudah mendapat susu ibu yang mencukupi, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Jangan lupa juga untuk memeriksa keadaan najis bayi anda sama ada dalam keadaan cair atau sebaliknya.
3. Kerap muntah setelah menyusu
Perkara normal jika bayi muntah sedikit selepas menyusu. Ini adalah kerana bayi anda tidak disendawakan dengan betul. Bantu bayi anda untuk sendawa dengan posisi yang betul. Anda perlu risau jika bayi anda terus muntah walaupun bayi tidak habis menyusu dan disertai dengan cirit-birit. Jika ini terjadi, segeralah bertemu doktor anda.
4. Bayi kerap bersin
Bersin merupakan proses pematangan bayi dalam sistem pernafasan. Tidak semua bayi yang bersin itu membawa petanda bayi anda selsema atau sakit. Tetapi anda boleh panik jika bayi anda bersin terus menerus dan disertai dengan demam atau muncul tanda alergi kepada sesuatu.
5. Menangis tiada henti
Menangis merupakan satu cara komunikasi bayi kepada anda. Kemungkinan bayi menangis adalah untuk memberitahu bahawa dia lapar, dahaga atau merasa tidak selesa di bahagian perut. Jika bayi anda menangis terus menerus selama beberapa jam terutama pada waktu petang, kemungkinan bayi anda terkena kolik. Berbincanglah dengan doktor anda tentang masalah ini.
6. Bayi enggan menyusu
Bayi anda sedang dalam proses belajar menyusu. Tenang lah dan cari posisi menyusu yang selesa dan tepat untuk anda dan bayi anda.Anda perlu panik apabila bayi anda tidak mahu menyusu selama lebih dari tiga hari. Jika ini berlaku hubungi doktor dengan secepat yang mungkin.
7. Ubun-ubun bayi berdenyut
Belahan tulang dan tengkorak yang belum bersatu dengan sempurna menyebabkan keadaan ubun-ubun bayi berdenyut.Jangan risau kerana setelah berusia dua tahun denyutan pada ubun-ubun itu akan hilang. Rasa panik jika ubun-ubunnya kelihatan lebih cekung daripada biasa kerana ini merupakan tanda dehidrasi sedang berlaku.
8, Tali pusat lembap atau basah
Dalam masa satu hingga 14 hari tali pusat akan tercabut dengan sendirinya. Selama proses ini, tali pusat kelihatan coklat dan sedikit berbau. Pastikan anda menjaga kebersihan di kawasan tali pusat bayi anda supaya tidak dijangkiti kuman. Ibu perlu panik jika tali pusat bayi sangat berbau dan bengkak hingga mengeluarkan nanah. Segera bawa berjumpa doktor.
9. Ruam
Ketika bayi berusia empat hingga enam bulan, bintik yang biasanya muncul di kawasan dagu, pipi dan hidung biasanya akan hilang dengan sendirinya. Anda harus berasa panik jika anda melihat kemunculan bintik putih di sekitar mulut bayi kerana ia boleh terjadi disebabkan oleh virus dan menganggu fungsi oral bayi.
10. Kulit kering dan mengelupas
Ramai bayi yang baru lahir mempunyai kulit yang kering dan mengelupas dan tidak kurang juga yang memiliki tanda lahir. Anda tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya. Bagaimanapun jika kulit yang kering itu berubah kemerahan sehingga bayi anda menangis kerana tidak selesa, anda perlu mengambil tindakan segera. Berbincanglah dengan doktor anda kerana bayi anda mungkin mengalami ekzema.
NotaKaki: Kajian yang dilakukan oleh Declan Murphy, otak bayi tetap bertindak balas terhadap suara selama dia tertidur. Jadi, jangan lupa bisikkan kata-kata yang baik kepada bayi anda semasa dia tidur atau pasanglah alunan ayat-ayat suci Al Quran semasa bayi anda tidur..
No comments:
Post a Comment