Sunday, 14 June 2015

Jenis & Warna Najis Bayi










Saya pun ada masalah yang sama! Tak tahu maksud di sebalik warna najis anak saya. Maklum lah anak pertama.. :) Setiap kali juga saya mencari info-info daripada encik Google. Alhamdulillah sekarang saya tak perlu risau jika ada sebarang perubahan pada warna najis anak saya memandangkan saya sudah tahu maksud di sebalik warna-warna itu.. Mommies baru mesti ada pengalaman yang sama kan. Gelabah bila anak tak membuang air besar berhari-hari, najis bayi keras dan sebagainya. Kan? Jadi di sini saya share serba sedikit tentang jenis dan warna najis bayi untuk membantu mommies pada hari-hari yang mendatang.



Sebenarnya najis bayi ini mengikut usia bayi, samaada dia breastfeeding atau susu formula, dan samaada bayi sudah mula makan solid food.
Satu lagi persoalan yang biasa bermain difikiran mommies ialah, berapa kali bayi akan membuang air besar dalam sehari? Betul tak? =) Sebenarnya, tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula.
Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.
Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.



JENIS DAN WARNA NAJIS BAYI

1. NEWBORN POO : MECONIUM

Bagi baru yang baru lahir, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Biasanya najis jenis ini tidak berbau namun kotorannya susah ditanggalkan.


2. BREASTFEEDING POO

Bayi yang menyusu dengan susu ibu, warna najisnya adalah kekuningan. Najis bayi akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. Di awal kelahiran bayi akan membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu badan. Ini adalah perkara normal dan mommies tidak perlu risau dengan keadaan ini.


3. FORMULA MILK POO

Najis bayi yang meminum susu formula akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan. Sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang menyusu badan. 



4. SOLID FOOD POO

Apabila bayi anda mula untuk mengambil solid food, najisnya juga akan mengalami perubahan. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.


5. POO WITH PARTIALLY DIGESTED FOOD

Mommies jangan risau jika ternampak sisa makanan pada najis bayi anda. Ia terjadi kerana bayi baru sahaja memulakan solid food dan makanan tersebut tidak dapat dihadam sepenuhnya. Biasanya dalam najis anak saya, saya akan jumpa hirisan lobak, Hihihih


Jika bayi anda mengeluarkan najis yang berdarah atau bayi anda mengalami cirit birit, segeralah bawa bayi anda berjumpa dengan doktor. Kemungkinan perkara ini terjadi ada kaitan dengan masalah penghadaman atau luka dalaman dalam perut bayi. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Like Us On

Follow Us on