Wednesday, 1 July 2015

Cara Mudah Didik Anak Cintai Al-Quran



Assalamualaikum mommies! Selesai bersahur syukur Alhamdulillah.. :) Saya nak kongsikan beberapa tips / cara mudah untuk didik anak mencintai ayat-ayat suci Al-Quran. Kaedah ini saya telah belajar sebelum saya hamil lagi. Actually bukanlah belajar secara official or berbayar. Cumalah saya banyak membaca tentang perkara ini melalui bahan-bahan ilmiah dan juga pencarian di Google. Alhamdulillah setakat ini, anak saya yang baru saja memasuki usia setahun sangat menunjukkan minat terhadap Al-Quran. Saya harap saya tidak berhenti setakat ini sahaja. Doakan saya semoga istiqomah dalam mendidik khalifah kecil saya. AAMIIN!

Baiklah mommies, saya kongsikan sedikit ya tips yang saya gunakan dalam mendidik anak saya supaya dia sangat-sangat suka dengan ayat-ayat Al Quran dan zikrullah.


Amalan semasa hamil. Umum mengetahui amalan baik harus dipraktikkan ketika bayi masih berada dalam rahim ibu lagi. Sebab itu wanita hamil digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran atau paling tidak mendengar alunan ayat-ayat Allah setiap hari. Rajinkan diri untuk bersolat dan cuba untuk menjaga tingkah laku semasa hamil. Banyakkan bersabar dan kawal emosi ketika hamil walaupun ia agak sukar untuk dibuat memandangkan hormon ibu hamil berubah ketika itu.
Apabila selesai solat, jangan lupa untuk berdoa supaya anak yang dilahirkan akan mendengar cakap kita dan menjadi anak yang taat kepada perintah Allah dan ibu bapa. Jangan lupa suami juga harus bekerjasama tau.



Apabila Anak Sudah Lahir. Teruskan amalan semasa hamil sehingga la anak telah lahir ke dunia. Jangan berhenti. Apabila anak lahir, ringankan mulut untuk sentiasa berzikir ketika menyusukan anak, tidurkan anak, memandikan anak dan apa-apa saja aktiviti anda bersama anak. Zikir lah dengan seikhlas hati. Jadikan zikir sebagai halwa telinga anak sebelum tidur. Percaya atau tidak, bila kita jadikan zikir semasa mendodoikan anak tidur, anak akan lebih mudah untuk tidur tanpa banyak meragam! Cuba lah!



Pasang Bacaan Al-Quran. Kalau dahulu kita suka mendengar lagu-lagu cinta, apa kata kali ini kita tukar! Sentiasa pasang bacaan suci Al-Quran ketika berada di rumah. Tutup tv dan jangan banyak bersembang. Pasang melalui laptop, cd player atau apa-apa sahaja medium yang sesuai agar anak anda sentiasa mendengar bacaan Al-Quran semasa di rumah. Semasa dalam perjalanan juga, jadikan ayat Al-Quran sebagai pilihan utama dalam kereta kita. Mudah kan? Hanya perdengarkan bacaan Al-Quran setiap masa. Inilah perkara yang saya dan suami lakukan sehingga sekarang.



Pilih Saluran TV ILMU. Percaya atau tidak, kami sekeluarga banyak habiskan masa menonton saluran TV Astro Oasis. Memang boleh dikira dengan jari bilangan kami menonton saluran tv lain. Dengar ceramah free, dapat belajar mengaji free hanya dengan Astro Oasis. Anak saya pula lebih gemar mendengar zikrullah melalui program Indahnya Iman yang diputarkan setiap hari. Malah banyak cerita-cerita pengajaran dalam Astro Oasis yang boleh dijadikan panduan hidup. Anak saya boleh duduk depan tv dengan lamanya bila tengok Indahnya Iman berbanding cerita kartun. ( Yang ini saya sendiri telah kaji.) Mudah-mudahan anak saya akan cintakan ilmu Al-Quran sehingga dia dewasa nanti. AAMIIN!



Jadi Contoh Yang Baik. Sekali lagi saya nak tekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam hal yang berkaitan dengan anak. Jadilah contoh yang baik kepada anak. Saya dan suami lebih suka bersolat bersama dan mengaji bersama. Kami akan pastikan tempat kami bersolat dan mengaji mudah dilihat oleh anak kami. Anak adalah amanah dari Allah yang paling besar Jangan sia-siakan masa bersama anak walau sedikit pun. Jadikan setiap saat anda bermakna dan penuh ilmu dengan anak. InsyaAllah..



Sekian perkongsian kecil saya untuk hari ini. Saya doakan agar kita menjadi ibu bapa yang cemerlang dunia akhirat yang dapat mendidik khalifah kita menjadi insan soleh solehah. AAMIIN







Read More »

Tips Elak Anak Makan Makanan/Minuman Tinggi Gula Semasa Hari Perayaan

Sumber:Google



Assalamualaikum mommies. Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal pula. Bila tiba Syawal atau apa-apa hari perayaan mesti mommies bawa anak sekali kan melawat sanak saudara? Bila dah melawat sanak saudara, mesti ada sedikit sebanyak anak kita akan menikmati makanan/minuman yang dihidangkan bukan? Tanpa kita sedar, anak kita mengambil makanan yang tinggi gula, minuman bergas yang manis. Jangan biarkan perkara ini berterusan. Saya ada beberapa tips untuk mommies applykan semasa melawat sanak saudara semasa musim perayaan nanti agar anak kita terkawal daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan gula.




1) Bantuan Suami

Suami memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini. Slow talk dengan suami tentang bahayanya perkara ini jika dibiarkan saja berterusan. Pesan dengan suami agar saling ingat-mengingatkan bila saudara mara mula menyajikan makanan manis ke dalam mulut anak. Jangan berdiam diri. Kerana akhirnya yang mendapat kebaikan atau keburukan itu adalah anak kita sendiri dan bukan orang lain. 


2) Bekalkan Makanan Rumah Untuk Anak      

Tiada alasan untuk mommies tidak memasak sendiri makanan untuk anak. Banyak resepi mudah dan cepat untuk disediakan hanya dengan pencarian melalui Google. Bekalkan makanan sihat walau ke mana sahaja kita pergi. Hendak seribu daya. :)     


3) Jadi Contoh Yang Baik

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak agar suka dengan makanan yang menyihatkan. Jadilah contoh yang baik dengan sama-sama memilih untuk makan makanan yang sihat dan tidak keterlaluan semasa menghadiri mana-mana majlis jamuan atau hari perayaan. Pilih lah air putih berbanding air sirap dan air bikarbonat. Berkorban sedikit untuk anak pasti membuahkan hasil untuk kesihatan yang berpanjangan bukan sahaja kepada anak, malah kepada diri kita sendiri.


4) Beri Supplemen Chewable

Kalau anak terasa ingin makan makanan manis, berilah anak supplemen chewable vitamin c yang selamat dimakan. Lebih selamat jika anda beri vitamin daripada memberi gula-gula kan?
Terdapat beberapa jenis supplemen yang pasti menjadi kegemaran anak-anak. Antaranya ialah Chewable Vita C Shaklee dan Vitalea for kids! Rasa anggur yang pasti menarik minat anak anda. Malah pengambilan supplemen ini juga mampu meningkatkan kekuatan antibodi badan anak agar tidak mudah jatuh sakit.
                                   









   
Read More »

Promo July Yang Ohsem!






Selamat datang July! Pastinya bulan July bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang berpuasa. Kerana bulan ini jika dipanjangkan usia kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Excited tak? Jangan excited sangat sampai tak kusyuk ibadah tau! (Gurau je)

Bulan perayaan, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran? Opkos la juadah yang sedap kan? Rendang, ketupat, biskut raya, air sirap dan bermacam-macam lagi. Tetapi awas!
Pengambilan makanan yang berlebihan akan memberi usaha sia-sia kepada tubuh anda yang sudah biasa dengan makanan yang sedikit semasa Ramadhan. Belum sampai sebulan raya, perut sudah buncit, lemak sana sini. Ish tak nak lah!

Sebab itu Shaklee dengan bermurah hati memberi promosi yang ohsem khas untuk July bulan perayaan. Apa taknya, kedua-dua item promo ini dapat mengawal lemak-lemak dari berkumpul dalam badan dan mengelakkan berat anda naik secara mendadak semasa Aidilfitri.. Bonus! Bila makan kedua-dua ini, kulit wajah akan semakin berseri-seri. Eh, macam tak percaya kan?

Saya kongsi serba sedikit kenapa Vivix & B complex ini dapat membantu dalam mengawal berat badan anda..

                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *


Vivix Shaklee adalah sirap tonik yang mengandungi lebih 10x resveratrol dalam 1 botol 

Tahu tak apa itu Resveratrol?
Resveratrol adalah sejenis polyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit.
Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. 
Saya nak kongsikan dengan semua bagaimana Vivix membantu anda untuk kurus.
Kandungan resveratrol adalah bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan yang mempertahankan tumbuhan kepada penyakit.

1) RESVERATROL ni bertindak sebagai anti-aging yang boleh melindungi dan melambatkan proses penuaan.
2) RESVERATROL meningkatkan tahap kolestrol yang baik dan melindungi dari kerosakkan arteri sekaligus menjaga kesihatan jantung.
3) RESVERATROL memberi kesan dalam pengurangan lemak badan.
4) RESVERATROL membantu pengurangan pengumpulan dan penghalang sintesis lemak dan seterusnya meningkatkan pengoksidan asid lemak kerana RESVERATROL membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan iaitu pembakaran lemak.
5) RESVERATROL membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan sekaligus dapat kurangkan keghairahan anda melihat makanan yang lazat2 depan mata



B Complex terbukti dapat mengawal selera makan berlebihan dan mengelakkan pengumpulan lemak dalam tubuh badan. Bcomplex membantu menukarkan gula ringkas dan karbohidrat kepada tenaga. Jadi bila kita dah makan banyak, kita bergerak sana sini melawat sanak saudara semasa raya, lagi cepat la proses penukaran itu akan berlaku. Nampak tak bagaimana bcomp sangat-sangat membantu dalam proses pengurangan berat badan?



Jom baca testimoni sebenar dari salah seorang customer saya yang berjaya turun berat badan apabila mula mengambil supplemen.








Read More »

Tuesday, 30 June 2015

Mencuci Tangan Kurangkan Risiko Bayi Terkena Virus



Assalamualaikum mommies!
Lama rasanya tidak update blog ini disebabkan "kehilangan" laptop untuk 2 minggu lamanya.. :P
Hah, hari ini saya dengan semangatnya akan terus memberikan mommies info-info terbaik dari ladang! Hehehe..

Mommies pernah tak dengar bahawa kita harus mencuci tangan sebelum kita memegang bayi kita especially bayi yang baru lahir? Mesti pernah kan? Saya juga mengalami pengalaman yang sama apabila melahirkan anak pramatang pertama saya. Semasa bayi saya berada dalam NICU, nurse kerap memberitahu saya untuk mencuci tangan dengan bersih sebelum saya memegang bayi saya kerana dikhuatiri akan membawa risiko jangkitan virus kepada bayi. Memang agak leceh apabila perlu kerap mencuci tangan.Huhuhu...

Apabila bayi anda baru lahir, seeloknya elakkan berjumpa dengan orang awam mahupun ahli keluarga sendiri terutama orang-orang yang mengalami batuk, selsema dan demam. Terangkan kepada mereka bahayanya jangkitan virus jika terkena kepada bayi anda. Jangan risau dengan apa yang mereka akan fikirkan atau katakan. Tetapi risaulah kerana yang bakal menerima risiko itu akhirnya adalah anak anda sendiri!
Dan kerana beberapa jenis virus dapat hidup di kulit manusia selama 8 jam, ada baiknya jika anda meminta mereka untuk mencuci tangan terlebih dahulu sebelum mereka mendukung dan menyentuh bayi anda.

Jika mommies rasa perkara ini sukar dilakukan, sediakan saja Hand Sanitizer berdekatan anda untuk memudahkan mereka membersihkan tangan. Demi kesihatan anak anda, saya rasa tidak sukar jika kita mencuci tangan sebelum memulakan aktiviti penyusuan bayi, ketika menukar lampin bayi, atau selepas anda melakukan apa-apa aktiviti di dalam dan luar rumah.




_Sharing Life Secrets
Ummi Khalif
014-3794493
Read More »

Tuesday, 16 June 2015

Doa Untuk Anak Cerdik & Pintar

Assalamualaikum.
Esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat kepada kita semua. Jangan lupa perbanyakkan ibadat dan doa semasa bulan puasa.
Jika kita berdoa sepanjang Ramadhan, insyaAllah doa-doa kita akan termakbul.
Bagi yang menginginkan anak yang pintar dan cerdik, boleh la mengikut panduan doa seperti dalam gambar yang saya sertakan. Niat lah apa pun yang baik-baik untuk anak kita.
Semoga doa-doa saya dan anda akan termakbul di bulan Ramadhan nanti.
Sehingga bertemu lagi.
Salam sayang..
Read More »

Sunday, 14 June 2015

SET BERSALIN SHAKLEE




Ketika berpantang, ibu harus menjaga dirinya termasuk luka jahitan luar dan dalam dan juga perlu menjaga bayi yang baru dilahirkan. 
So, di dalam tempoh ini, perkara yang amat penting adalah memastikan ibu segera sihat, luka cepat sembuh dan cergas agar dapat menjaga bayi dan menyusukan bayi tanpa stress dan rasa tertekan. 


Set berpantang shaklee yang terdiri daripada;

1. ESP - iaitu minuman soya semulajadi berperisa vanilla yang membekalkan tenaga berpanjangan (walaupun berjaga malam). ESP juga membekalkan protein yang sangat penting untuk penghasilan darah merah yang hilang semasa kelahiran bayi. Selain tu, ESP juga penting untuk penghasilan sel-sel baru yang luka ketika proses bersalin. Namun, yang paling disukai oleh ibu mengandung apabila strecthmark di bahagian perut semakin pudar. Ohsem kan?

2. Vitalea - berfungsi untuk membekalkan nutrisi harian yang diperlukan oleh badan. Almaklumlah semasa pantang kepelbagaian makanan adalah terhad. Nutrisi ni penting agar sistem badan dapat berfungsi sepenuhnya. Nutrisi seperti vitamin B boleh mengurangkan stress/migrain manakala mineral seperti iron membantu menghasilkan darah merah untuk elak pitam dan pucat. 

3. Zinc - Umpana pil ajaib yang berfungsi untuk mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman. Selain tu, ia juga sangat penting untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyaknya selepas bersalin. 


4. Ostematrix - Membantu dalam mengurangkan sakit pinggang ibu yang menyusukan anak dan juga mengelakkan sembelit semasa dalam pantang


5. B-Complex- Membantu menangani masalah stress ketika berpantang seterusnya mengelakkan daripada terjadinya meroyan



6. SR Vitamin C- Memberi manfaat kepada ibu yang berpantang supaya tidak mudah dijangkit sakit selsema dan demam.



Selain memberikan manfaat yang banyak kepada ibu berpantang, cara makan set ini juga sangat mudah. Anda hanya perlu membancuh esp dan menelan vitamin saja. Mudahkan?

Alhamdulillah, saya berpeluang berpantang dengan set ini dan sangat membuatkan saya happy sebab tidak melalui saat berpantang yang mengerikan.




Jika anda ingin mendapatkan set premium berpantang Shaklee, boleh lah menghubungi saya dengan segera.



Ummi Khalif,
014-3794493

Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on