Sunday, 23 October 2016

Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil



Assalamualaikum.


Kaki adalah anggota badan yang penting untuk menyokong keseluruhan tubuh. 
Pemilihan kasut yang betul pula penting untuk menyokong fungsi kaki tadi terutamanya ketika seseorang itu sedang hamil. Keadaan pasti makin sukar jika kasut yang disarungkan kurang sesuai, silap-silap boleh menyebabkan kecederaan kepada si pemakai.



Teringat kenangan saya ketika hamil dahulu, sering bertukar kasut disebabkan ketidakselesaan. Malah, bila kaki membengkak saiz kasut juga terpaksa bertambah.
Bertabah la ya semasa mengandung. Memang akan melalui bermacam-macam fasa menarik. =)

Jom kita tengok pilihan kasut-kasut yang sesuai untuk ibu hamil.





  • Tapak Rata
    Pilih kasut yang mempunyai tapak yang leper dan rata. Kasut yang bertumit akan menyukarkan pergerakan ibu hamil terutama apabila kandungan sudah semakin membesar.

  • Tapak Tidak Licin
    Permukaan kasut juga haruskah tidak licin. Permukaan kasut yang licin akan lebih bahaya dan menyebabkan ibu hamil boleh tergelincir terutama ketika berjalan di permukaan lantai yang basah atau sedang menuruni tangga

  • Selesa Dipakai
    Pilih kasut yang selesa dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Sesetengah ibu hamil akan mengalami edema atau bengkak kaki. Jadi faktor kelebaran kasut harus diambil kira untuk keselesaan ibu hamil.

  • Cantik & Bergaya
    Mengandung tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh bergaya. Pilihlah kasut yang memenuhi kriteria di atas dan juga cantik serta lebih stylish. 


Pemilihan kasut bergantung kepada anda. Kalau saya, semestinya saya vote untuk kasut yang comfort dan flat shoe. Rasanya sampai sekarang masih pakai jenis kasut yang sama. Dah lama tinggalkan kasut tumit tinggi. 



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana!
Read More »

Cara Mudah Ajar Anak Suka Berkongsi


Assalamualaikum.



Tidak suka berkongsi. Ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kan? Ada anak yang sukar berkongsi barang mainan, walaupun dengan ibu bapa mereka sendiri. Mari kita baca sedikit perkongsian cara mudah untuk ajar anak suka berkongsi. =)











1. IBU BAPA ADALAH CONTOH

Ibu bapa adalah contoh yang paling terbaik untuk ajar anak berkongsi. Tunjukkan tauladan yang baik dan suka berkongsi. Bila bermain dengan anak, guna teknik giliran. Bukan sahaja ketika bermain, tetapi juga ketika membuat aktiviti lain dalam rumah. Jadikan kebiasaan yang positif sebab lama kelamaan anak akan mudah faham konsep berkongsi.






2. JANGAN PAKSA

Mengajar anak bukanlah satu proses perlumbaan di mana semua perkara harus dilakukan dengan cepat. Jika anda baru hendak bermula, jangan paksa anak untuk berkongsi. Dikhuatiri anak akan lebih keliru dengan maksud sebenar berkongsi apabila perlu dipaksa setiap kali. Ambik masa anda dan jangan putus asa untuk terus mempraktikkan setiap hari.







3. BERI PUJIAN

Bila anak anda berjaya berkongsi sesuatu dengan anda atau adik beradiknya, beri pujian dan pelukan tanda anda bangga dengan pencapaiannya. Anak-anak memang suka bila diberi pujian dan apabila dipuji, mereka akan lebih kerap melakukannya untuk mendapat pujian. 





4. DOA & ZIKIR ASMAUL HUSNA

Sebaiknya jika kita mahu anak itu berakhlak baik,kita kena rajin meminta doa kepada Allah. Minta Allah lindungi anak kita dan pelihara jiwa anak kita supaya mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar. Jangan lupa amalkan zikir setiap hari bila bersama anak. Ayat-ayat zikir ini mampu menenangkan jiwa anak-anak. Allah adalah sebaik-baik tempat meminta. =)






Begitulah sedikit sebanyak perkongsian saya. Mudah kan cara-cara di atas? Mendidik anak perlukan kesabaran. Jangan terburu-buru dan cuba buat yang terbaik setiap hari tanpa putus asa. Hasilnya? InsyaAllah anda pasti akan gembira...





Semoga bermanfaat!



Read More »

Saturday, 22 October 2016

Punca & Cara Kurangkan Masalah Keguguran Rambut






Assalamualaikum.


Saya rasa masalah ini sangat popular di kalangan wanita lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Saya juga tidak terkecuali dalam mengalami masalah sama. 
Jom tengok apa punca rambut gugur dan cara atasi.






Apa Punca Keguguran Rambut?

Berikut adalah senarai sebab-sebab untuk keguguran rambut secara tiba-tiba di kalangan wanita terutamanya.


  1. Faktor-faktor keturunan
  2. Perubahan-perubahan Hormon
  3. Kehamilan
  4. Tekanan Fizikal Dan Mental
  5. Jangkitan Kulit Kepala
  6. Pengambilan Ubat-Ubatan
  7. Kekurangan Zat Besi, Anemia Dan Kehilangan Darah









Bagaimana Pula Cara Untuk Kurangkan Rambut Gugur?




  1.  Guna sikat bergigi lebar untuk meluruskan rambut dan sikat secara perlahan-lahan.
  2.  Guna sikat bergigi halus untuk mengayakan rambut mengikut keperluan.
  3. Jangan sikat rambut ketika masih terlalu basah kerana cara ini boleh meningkatkan risiko rambut rosak dan gugur. Pastikan rambut kering atau separa kering sebelum menyikat.
  4. Jangan gosok rambut menggunakan tuala dengan kuat.
  5. Hot Oil Treatment adalah salah satu jawapan yang terbaik untuk menangani masalah keguguran rambut.
  6. Cuba beralih kepada syampu yang sulfat, silikon dan paraben FREE untuk mengelakkan kulit kepala terkena bahan kimia yang melampau.
  7. Jangan dedahkan rambut anda untuk rawatan kimia yang kerap, proses pengeringan berlebihan, dan mewarna kerana ini boleh membawa kepada keguguran rambut.





Sebenarnya menjaga rambut tidaklah susah jika kita tahu cara yang betul untuk merawatnya. Bagi saya pula selain amalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi yang betul akan lebih membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan bersinar. =)



Semoga perkongsian sedikit sebanyak ini dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama. Selamat Malam! =)



Read More »

Tuesday, 18 October 2016

Tips Tidur Mudah Tanpa Ubat



Assalamualaikum.


Pernah tak mengalami masalah susah untuk tidur malam? Jangan ambil ringan perkara ini. Kalau sekali dua itu, kira masih dalam kategori terkawal. Tetapi kalau hampir setiap hari ada masalah sukar tidur, kena buat sesuatu sebelum ianya menjejaskan kesihatan anda.


Ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk membantu anda lebih mudah tidur malam tanpa bantuan ubat-ubatan. Boleh baca perkongsian di bawah.






TIPS MUDAH TIDUR TANPA UBAT


1) Tetapkan masa tidur anda.

2) Buang tabiat suka berfikir dan berkhayal ketika sedang baring.

3) Elakkan meminum air berkafein pada waktu malam.

4) Elakkan tidur selepas Asar dan pada waktu Maghrib.

5) Mandi sepuas-puasnya sebelum tidur.

6) Elakkan membaca dari telefon, ipad dan sebagainya.

7) Jadikan bilik tidur kemas dan wangi.

8) Pastikan suasana bilik tidur tenang dan lampu ditutup.

9) Jangan minum banyak air sebelum tidur untuk elak anda bangun membuang air kecil dengan kerap.

10) Lakukan zikir sebelum tidur





Mudahkan tips di atas? Ada beberapa ketika, saya juga mengalami masalah susah untuk tidur. Namun, bila tahu cara yang mudah untuk dapatkan tidur yang lena, masalah susah tidur pun selesai. Alhamdulillah.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. =)
Read More »

5 Cara Atasi Sembelit Ketika Hamil




Sembelit merupakan perkara biasa kepada ibu yang hamil. Sembelit terjadi kerana perubahan hormon yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman ibu yang hamil. Ada beberapa cara untuk mengatasi sembelit ketika hamil yang para ibu boleh cuba. 




5 CARA ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL:



  • Banyakkan minum air putih. Sebaiknya 8 gelas air setiap hari kerana ketika hamil, tubuh badan menyerap lebih banyak air dan sekaligus boleh menyebabkan dehidrasi jika ibu hamil kurang meminum air. Pengambilan air yang cukup juga akan memudahkan ibu hamil untuk membuang air besar dengan lebih mudah.

  • Banyakkan makan makanan yang tinggi serat. Bijirin bijian penuh, sayur-sayuran dan buah seperti betik sangat membantu mengatasi sembelit.

  • Mengambil vitamin C ketika hamil juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Jangan lupa untuk bertanya kepada doktor anda sebelum membeli apa-apa supplemen yang berkaitan.

  • Bersenam dengan teratur. Boleh rujuk dengan doktor masing-masing senaman yang sesuai dilakukan oleh ibu hamil. Selain membantu meringankan masalah sembelit, senaman juga boleh membantu ibu hamil berasa lebih sihat dan segar.

  • Jangan mengambil ubat-ubatan seperti julap di pasaran untuk masalah sembelit anda tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu. Jika perubahan diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat untuk diambil semasa hamil






Itu sahaja perkongsian dari saya. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. =)



Semoga Bermanfaat!
Read More »

Perkara Yang Sebolehnya Dielak Oleh Suami Ketika Isteri Berpantang





Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update entri hari ini. :) Tajuk ini "lahir" setelah ramai kawan saya yang baru lepas bersalin bertanya tentang masalah ini. Kesian sangat terutama yang first time mommies. Dah lah tengah berpantang, stress pula dengan si suami. Jadi, entri kali ini bukanlah hendak menyalahkan suami 100%. Tetapi ini adalah sekadar perkongsian dan permintaan dari kawan-kawan saya yang mahu suami di luar sana tahu betapa pentingnya untuk mengelakkan perkara-perkara ini dari terjadi ketika isteri sedang berpantang. :) Enjoy reading!



1. JANGAN TIDUR BERLEBIHAN
    
   Ya, kami semua faham anda mengantuk, penat bekerja dan harus dapatkan tidur yang cukup. Tapi pernahkah anda terfikir yang isteri anda sudah lama tidak mendapat tidur yang lena sejak dari bulan pertama dia disahkan hamil? Selepas 9 bulan, harus bertarung nyawa dan mengerah tenaga pula untuk bersalin? Kemudian harus berjaga siang dan malam untuk menyusukan anak dan menenangkan anak yang sedang menangis? Perlu pula berpantang dalam masa yang sama. Cuba bayangkan atau letakkan diri anda di tempat isteri anda. Penat kan? Stress kan? Jadi wahai suami yang budiman di luar sana, janganlah pula anda tidur berlebihan. Bangun malam bersama-sama isteri untuk menemani isteri menyusukan anak bukan perkara yang susah untuk dilakukan. Bantu isteri untuk menukar lampin anak pun sudah cukup membuatkan isteri anda gembira. Sediakan keperluan bayi anda berhampiran isteri anda supaya dia tidak perlu bergerak jauh ketika dalam pantang. Mudahkan? 









2. JANGAN BEREMOSI LEBIH

   



















Siapa pula yang bersalin ne? Kenapa pula suami kena beremosi lebih daripada isteri? Jangan bagi tekanan emosi kepada isteri. Kan tengah pantang tu. Bahaya tau kalau isteri stress semasa berpantang. Boleh menyebabkan masalah meroyan dan kemurungan. Huhuhu. Suami, kawal emosi anda. Kalau rasa kemahuan tak dipenuhi, tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Fikir semula pengorbanan isteri anda yang sudah melahirkan zuriat untuk anda. Janganlah sampai tak boleh bertolak ansur. Jangan merajuk jika isteri lebihkan anak daripada anda. Sabarlah ye. Tak lama semua tu. :)







3. JANGAN LAYAN GADGET BERLEBIHAN

   Ada baby baru, mestilah nak update kat Facebook, Whatsapp dan sebagainya kan. Cukup sekadar update. Jangan pula berlebihan sampai anak bini dilupakan. Eh, ada tau kes macam ne. Busy 24jam dengaN FB sampai tak terlayan anak bini. Inilah yang kita harus elakkan. Isteri dalam pantang perlu perhatian. Janganlah sampai waktu nak tidur pun handphone masih lekat di tangan. Isteri kalau tengah pantang macam-macam dia akan fikir. Bahaya tu bila fikiran dah melompat jauh. Huhuhu..









4. BANTU SEBANYAK BOLEH


Jadilah suami yang rajin membantu. Kalau ada anak lain, bantu uruskan mereka dan biar isteri berpantang dengan baby sepenuhnya. Mengemas dan mencuci, kalau boleh masak selalu. Hah! Kalau lah suami dapat buat semua itu, confirm isteri akan botingkek-tingkek rasa sayang! Wanita sangat suka lelaki yang rajin membantu buat kerja rumah tau. Kalau boleh biarlah kerajinan itu berpanjangan sampai bila-bila dan bukannya masa berpantang saja. Saya pasti suami-suami di Malaysia ni hebat-hebat belaka! ^_^












Suami di luar sana, isteri dalam pantang hormonnya terganggu, fikiran dia penat, badan letih. Jadi luangkan masa sebaik mungkin untuk membantu isteri anda ketika dalam pantang. Jangan pentingkan diri sendiri. Isteri adalah tanggungjawab anda. Jadilah suami yang prihatin dan penyayang kepada keluarga anda. InsyaAllah pasti bahagia dunia akhirat...Jika stress dan penat banyakkan berdoa dan berzikir. InsyaAllah pasti kerja akan lebih mudah dan anda akan lebih tenang. =)

Sekian perkongsian dari saya.


Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on