Sunday, 27 September 2015

Cara Mudah Kawal Diabetes



Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.
Penyakit kencing manis ibarat pembunuh senyap kepada manusia. Biasanya, pesakit kencing manis juga ada menghidap sakit jantung, darah tinggi. Ini yang sering di sebut-sebut tiga serangkai. Bermula dengan 3 penyakit bahaya ini, lama-kelamaan ia akan menyerang buah pinggang pula.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengawal bacaan gula dalam darah anda. Antaranya ialah dengan pengambilan syrup Vivix.. Apa tu?

Vivix adalah MINUMAN BOTANIKAL kaya dengan nutrisi POLYPHENOL hasil daripada REVOLUSI yang MENAKJUBKAN
Empat ramuan utama Polyganum Cuspidatum,Anggur Muscadine,Elderberries Eropah, Lobak ungu
Kalau kita kaji lebih dalam dan bukan sekadar bersandarkan testimoni2 hebat, tak keterlaluan saya katakan Vivix merupakan minuman botanikal (jus antioksidan) YANG TAK DAPAT DITANDINGI oleh mana2 jus antioksidan yang lain.
Inilah jus tonik antipenuaan yang mesti anda cuba.


Pengambilan Vivix Shaklee yang berterusan membantu merawat diabetes selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas. Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan vivix Shaklee.







Bagaimana Vivix Shaklee membantu mengawal diabetes?

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Saya percaya anda telah membaca habis kan artikel ini? Jadi saya berharap anda mengambil tindakan yang segera untuk mendapatkan vivix sebelum masalah diabetis anda menjadi lebih parah. Bertindak sekarang adalah keputusan yang paling bijak anda boleh lakukan.
Harga sebotol Vivix cuma RM475.00 sahaja!

Kalau anda berminat untuk mendapatkan Vivix dengan harga yang lebih ohsem dan lebih JIMAT boleh la contact saya sendiri seperti details di bawah:

Nur Iba Zaini
Whatsapp 014-3794493
Email: ummikhalif000@gmail.com
Shaklee ID: 1076149

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda akan menerima konsultasi percuma daripada saya dan secara exclusive..


Read More »

Resepi Mudah Ayam Buttermilk

Assalamualaikum.. Tetiba arini merajinkan diri masak ayam buttermilk. Actually lama cari resepi (kononlah). Tapi 2 hari lepas sahabat baik saya yang sangat hebat dalam bab memasak ajar saya satu resipi mudah. Kalau penyakit M datang, yang mudah tetap akan jadi susah. Betul tak? Hehehe. Serius memang sangat mudah resipinya dan sedap sampai tak sempat nak capture gambar kenangan bersama ayam buttermilk. Hahaha over tau! Kita pinjam gambar encik gugel je la k.

Jom kita godek-godek resipi mudah ayam buttermilk sahabat baik saya. ☺☺☺

Resepi Mudah Ayam Buttermilk

1) Ayam dipotong ikut sesedap rasa. Nak berapa gram tak kisah. Agak-agak cukup untuk sekampung makan. Hahahaha! Okay gurau!

2) Ayam yang dipotong tadi wajib perap dengan bahan secukup rasa & serbuk kari.

3) Agak2 dah cukup perap, sila goreng ayam tadi menggunakan tepung jagung. Tepung jagung jangan letak banyak. Kalau ayam 500gram, cuma perlu letak 2 sudu makan tepung jagung saja okay.

4) Dah siap goreng, ketepikan ayam tu. Jangan curik makan tau!

5) Sementara tu, ambik bawang putih dalam 5 ulas ke bijik?? Konpius jap. Yang bahagian kecik2 tu je. Ketuk dan potong halus.

6) Goreng bawang tadi sampai garing. Dah garing masukkan butter 100gram dan susu cair 1 tin. Gaul hingga sebati. Pastu masukkan ayam goreng tadi. Sebelum nak angkat, taburkan sedikit daun kari yang dicincang halus..

7) Sedia untuk dimakan!! Memang sedap bila makan dengan nasi panas!!!!

Okay itu saja perkongsian dari saya hari ini. Korang mesti cuba tau. Saya dah cuba. Memang best resipi kawan saya ne. Boleh la masak hari-hari. Hahahaha!! Jangan lupa lepas makan kena rajin bersenam. Al maklum la makanan berlemak. Hehehe. 😆😆😆

Read More »

Mengenal Jenis Kulit Anda

Untuk memahami mengapa kulit berkedut dan cara untuk mengatasinya, kita perlu tahu apa itu kulit dan bagaimana kulit berfungsi. Kulit terbahagi kepada 3 bahagian iaitu epidermis, lapisan luar yang terbentuk daripada sel kulit mati; Dermis lapisan kedua di mana terdapat saluran darah, pundi peluh dan minyak,saraf serta organ kecil yang penting untuk fungsi kulit dan lapisan ketiga terbentuk daripada tisu lemak yang menjadi kusyen dan membekal zat kepada dermis.
Kulit sihat dapat dibentuk dengan menjadi lapisan dermis  Kulit yang gebu dan segar bergantung kepada dua jenis; serat protein yang terdapat di dalam dermis iaitu kolagen dan elastin. Ia membentuk serat atau rangkaian matriks seperti jaring yang memberi kekuatan pada kulit dan keanjalan kulit. Jom kita lihat beberapa masalah kulit, bagaimana ia berlaku dan apa cara mengatasinya.

Kulit Kering & Berminyak

Kebanyakan kulit mengalami masalah kekurangan air mahupun jenis berminyak. Kandungan air ditentukan oleh lapisan tengah epidermis. Ia dikatakan berfungsi mengawal kandungan air secara semulajadi. Semakin usia meningkat paras kelembapan menurun dan membuat kulit jadi kering. Selain minum banyak air, pastikan anda membubuh pelembap setiap pagi dan malam di kulit anda. Elakkan dari terdedah matahari dengan kerap.
Kandungan minyak pada kulit banyak bergantung kepada hormon. Androgen misalnya dikatakan menjadi faktor utama menganggu pengeluaran minyak dan menyebabkan jerawat batu. Estrogen dan progesteron pula adalah hormon yang mengawal air dan membuat kulit kita berasa kembung terutama ketika hamil dan haid.
Untuk kulit kering kena dapatkan bekalan vitamin E dan Omega-3 asid lemak untuk mengatasi masalah kulit kering.

Kulit Berkedut

Kolagen berterusan dibentuk dan digunakan oleh badan. Proses ini memerlukan oksigen dan zat, begitu pun apabila penghantaran sumber ini terganggu, proses kedut akan berlaku. Selain pemakanan dan genetik, kedut terhasil kerana gangguan unsur luar seperti persekitaran dan tabiat semula jadi, misalnya suka berkerut atau mengenyit mata serta ekspresi raut wajah yang berlarutan. Di kawasan di mana kulit berlipat, sel diperas menganggu peredaran darah, jadi pengeluaran kolagen akan terhenti buat sementara. Apabila keadaan ini berlaku berulang kali dan bertahun-tahun, lama kelamaan akan membentuk kedut.
Selain membuang tabiat, kita boleh membantu mengurangkan pembentukan kedut dengan merangsang peredaran darah dan mengurangkan kerosakan pada sel kulit. Pastikan anda mendapat bekalan vitamin B kompleks, asid lemak, antioksidan secukupnya.

Kulit Pucat dan Tidak Bermaya

Sebab utama kulit jadi begini ialah kerana kekurangan darah dan kurang peredaran darah. Ketika haidn kita kehilangan sejumlah besar darah terutama zat besi. Ini boleh diatasi dengan pengambilan zat besi dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.

Kulit Akar Kemerahan

Kulit yang mempunyai jalur berbentuk kemerahan terjadi daripada tabiat dan gaya hidup. Pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan darah tinggi membuat pembuluh darah membesar mahupun yang paling halus dan lembut, pecah lalu membentuk jalur kemerahan di bawah permukaan kulit. Pada tahap yang teruk, ia seperti sarang labah-labah.
Kurangkan pengambilan garam dan lemak terutamanya makanan yang diproses dan kurangkan berat badan. Juga jauhi alkohol.

Jadi anda sudah mengenali jenis kulit anda? Kalau ya, apa tunggu lagi. Cepat-cepat la diatasi sebelum menjadi lebih parah. Jika anda mencari supplemen yang bersesuaian untuk masalah kulit anda, boleh la menghubungi saya dengan segera.
Konsultasi percuma dan layanan istimewa khas untuk yang membeli dengan saya sahaja.

❤❤❤014-3794493❤❤❤

❤❤❤Sid 1076149❤❤❤

Read More »

Tuesday, 22 September 2015

5 Sebab Kenapa ESP Hot di Kalangan Wanita-Wanita Cantik

Assalamualaikum...
Selamat berpuasa untuk semua yang berpuasa hari ini. ☺☺
Baca tajuk entri gempak tak?
Kenapa saya pilih untuk cerita tentang ESP arini? Kenapa pilih ESP dan bukan yang lain-lain? Hah.. Bagi sesiapa yang belum tau, bulan September ini adalah bulan promo gila-gila untuk ESP. Memang sangat rugi kalau u ols tak grab setong dua untuk diri sendiri. Kenapa sampai perlu rasa rugi pula? Hah, kalau korang nak tau ada 5 sebab utama kenapa ESP ne jadi hot produk di kalangan wanita-wanita cantik di dunia. Ehehehe. Jejoms baca dan hadam!!

Sebab PERTAMA:

Lumrah wanita yang sukakan kecantikan untuk diri sendiri. Siapa tak nak kelihatan cantik kan? Sebagai wanita yang menitikberatkan soal kecantikan luar dalam, ESP memang menjadi pilihan mereka. Kandungan ESP yang tinggi protein membantu mengekalkan atau mengembalikan kepejalan kulit. Bukan itu sahaja, ESP juga menjadi faktor utama untuk pengurangan kesan parut akibat jerawat, pembedahan dan juga parut selepas bersalin. Sebab itu la wanita tak keruan kalau tak minum ESP sehari. Percaya atau percaya? 😀😀😀

Sebab KEDUA

Bila jadi wanita, kena faham la tugas memang 24/7 kena buat. Walaupun penat, tetap bekerja, tetap dapat menjaga anak, suami dan sebagainya. Hebat tak hebat wanita? Hehehe. Sebab itu ESP menjadi pilihan untuk topup energy kaum wanita. Kalau u ols nak tau, ESP juga mengandungi vitamin B. Vitamin B dikatakan mampu menukarkan gula kepada bentuk tenaga. Hah, dari situ la wanita mendapat tenaga berpanjangan bila consume ESP.

Sebab KETIGA

Wanita yang menyusukan anak memang sangat perlu supplemen yang boleh memekatkan air susu di samping memberikan air susu yang bernutrisi tinggi kepada bayi yang disusukan. Tak boleh la makan sembarangan. Kesian kat baby nanti alergik naik atau cirit birit susah kan.
Sebab tu mostly wanita di Malaysia memilih ESP untuk diambil semasa proses penyusuan. Bukan setakat dapat air susu yang pekat, malah payudara pun semakin anjal. Kan da cakap tadi ESP ne ada kandungan protein yang tinggi. Hehehe

Sebab KEEMPAT

Wanita ne adalah golongan yang paling mudah mendapat penyakit tulang yang dikenali sebagai Osteoporosis. Huhuhu. Tak suka tak suka!! Betul tak kebanyakan wanita lepas bersalin mesti akan alami sakit-sakit pinggang kan? So, pilihan tepat memang ESP. Sebab ESP ne selain tinggi protein, mengandungi vitamin B, ESP juga sangat tinggi kandungan Kalsium..Hebat kan?

Sebab KELIMA

ESP ne rendah lemak dan rendah kolesterol. Patut la menjadi pilihan wanita cantik. Kaum wanita walaupun lepas bersalin nak juga maintain berat badan dan sebagainya kan. Biar seimbang luar dalam giteww. Jadi untuk sarapan mereka memang 100% akan pilih ESP. Kenyang sampai tengah hari tu..
Bukan setakat mendapat berat badan yang ideal, mereka juga sihat dalaman sebab memilih sarapan protein yang rendah lemak dan kolesterol.

Hah.. cukup tak 5 sebab di atas tu? Kalau tak cukup, tak puas lagi, boleh whatsapp saya segera.  Saya nak ingatkan sekali lagi. Promo ESP bakal berakhir beberapa hari lagi!!

Beli 6 tong percuma 1 tong!! Beli 2 tong ada diskaun pula 5%!! Hebat tak?

Dan kalau anda mendaftar sebagai ahli sekarang, anda akan dapat vitamin PERCUMA yang bernilai RM89!!!

Jangan tunggu lagi! Hubungi saya segera!!

✔014-3794493
✔Sid 1076149
✔Pengedar Sah Shaklee

Read More »

Saturday, 12 September 2015

Perlukah anda zat tambahan?

Sejumlah masyarakat tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan makanan yang rendah zat mengundang kepada beberapa masalah seperti keletihan, ketegangan, kurang fokus dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Sejauh mana anda tahu kesihatan dan kecergasan badan anda? Persoalannya, perlukah kita untuk mengambil supplemen tambahan? Jom kita baca kebaikan vitamin dan mineral yang sesuai untuk badan kita serta kebaikannya.

Vitamin A
Ramai yang tahu vitamin A mempunyai kebaikan untuk mata kan? Bukan setakat mata tau. Vitamin A sangat bagus untuk rambut, kulit dan kuku kita. Selain itu vitamin A juga membantu melindungi badan kita daripada jangkitan penyakit seperti selsema, sakit tekak dan bronkitis.

Vitamin B
Sangat diperlukan oleh badan kita untuk mendapat tenaga yang berpanjangan dan mengelak dari keletihan. Tahukah anda pengambilan vitamin B mengawal metabolisma protein dan asid lemak?Kita sangat perlukan vitamin B kompleks tambahan setiap hari untuk menampung kehilangan Vitamin B1(thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B4 (asid folik) dan vitamin B yang lain. Ini adalah kerana vitamin B adalah jenis larut air dan mudah dikeluarkan daripada tubuh kita. Sebab tu la wajib ambik Vitamin B setiap hari.

Vitamin C
Dapat melindungi badan daripada pencemaran dan merangsang sistem kekebalan badan. Selain itu ia juga berfungsi untuk kecantikan kulit. Nak cantik? Makan lah vitamin C.

Vitamin D
Ini juga penting kerana Vitamin D menentukan kekuatan tulang. Ia boleh didapati dengan mengambil hasil tenusu pada kadar yang tinggi dan makanan tambahan atau multivitamin yang kaya dengan vitamin D

Vitamin E
Sejenis antioksidan yang kuat dan mampu melindungi badan dari pelbagai toksin. Sayuran berdaun hijau dan kekacang kaya dengan vitamin E.

Kalsium & Magnesium
Saling bekerjasama dalam menenangkan sistem saraf, melawan ketegangan sebelum haid dan membantu mengurangkan senggugut. Ia juga penting untuk mengelakkan osteoporosis iaitu penyakit lemah tulang. Wajib ambik tau.

Zink
Zink boleh hilang jika mengamalkan diet yang terlalu ketat dan menyebabkan gangguan pada sel dan sistem pembaik pulih serta sistem kebal. Selain dapat mengurangkan jerawat zink sangat diperlukan untuk memperbaiki tahap kesuburan suami isteri.

Jadi anda sudah tahu vitamin mana yang perlu anda dahulukan untuk tubuh anda? Sebab tu ramai yang bagi tanggapan supplemen tambahan tak perlu dalam diet seharian. Dengan kecanggihan dunia, kita semakin susah nak dapatkan real food yang original tanpa suntikan dan racun serangga. Jika anda nak mencuba supplemen tambahan Shaklee boleh lah hubungi saya segera. Setiap pembelian dari saya, akan mendapat konsultasi percuma sepanjang hayat tau. Jangan tunggu lama sangat!

❤❤Whatsapp 014-3794493❤❤

Read More »

Wednesday, 9 September 2015

Anemia Semasa Hamil






Apabila anda hamil, anda mungkin akan mengalami anemia. Apabila anda mempunyai anemia, sel-sel darah merah anda tidak cukup untuk membawa oksigen ke tisu-tisu anda dan bayi anda.

Semasa mengandung, badan anda menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi anda. Jika anda tidak mendapat zat besi yang cukup atau nutrien tertentu yang lain, badan anda mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk membuat darah tambahan ini.

Ia adalah perkara biasa untuk mempunyai anemia ringan apabila anda hamil.
Anemia boleh membuat anda merasa letih dan lemah. Jika semakin teruk dan tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius seperti kelahiran pramatang.


Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang punca-punca, gejala, dan rawatan anemia semasa mengandung.

Jenis-jenis Anemia Semasa Mengandung

Beberapa jenis anemia boleh terjadi semasa mengandung. Ini termasuk:

1)Anemia Kekurangan zat besi 
2)Anemia kekurangan folat
3)Kekurangan vitamin B12

Berikut adalah sebab anemia mengikut jenisnya:

1)Anemia kekurangan zat besi. 

Ini jenis anemia yang berlaku apabila badan tidak mempunyai zat besi yang cukup untuk menghasilkan jumlah hemoglobin. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan.
Apabila anda mengalami Anemia kekurangan zat besi, darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh badan.
Kekurangan zat besi adalah punca yang paling biasa yang menjadi penyebab anemia semasa kehamilan.



2)Anemia kekurangan folat. 

Folat, juga dikenali sebagai asid folik adalah sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Semasa mengandung, wanita perlu folat tambahan. 
Kekurangan folat boleh terus menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural (spina bifida) dan berat lahir yang kurang.


3)Kekurangan B12 vitamin. 

Badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada makanan, badannya tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang cukup. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu, dan telur mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat jenis anemia kekurangan vitamin B12, yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh membawa kepada kelahiran pramatang.

Kehilangan darah semasa dan selepas bersalin juga boleh menyebabkan anemia.

Faktor-faktor risiko untuk Anemia Semasa Hamil

Semua wanita hamil mempunyai risiko untuk mendapat anemia. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi jika anda:

1)Hamil kembar
2)Mempunyai dua kehamilan rapat
3)Muntah banyak kerana morning sickness
4)Kehamilan remaja
5)Tidak makan makanan yang cukup kaya dengan zat besi
6)Mempunyai anemia sebelum anda hamil





Tanda tanda yang paling biasa anda sedang mengalami anemia semasa mengandung ialah:

1)Kulit, bibir, dan kuku yang pucat
2)Rasa letih atau lemah
3)Pening
4)Sesak nafas
5)Denyutan jantung yang cepat
6)Masalah untuk fokus







Risiko Anemia Semasa Hamil

Anemia yang teruk atau tidak dirawat semasa hamil boleh meningkatkan risiko anda mendapat:

1)Bayi pramatang atau kurang berat bayi
2)Kemurungan selepas bersalin
3)Bayi yang turut mengalami anemia
4)Perkembangan anak yang lewat atau terbantut
5)Bayi dengan kecacatan kelahiran yang serius di bahagian tulang belakang atau otak (kecacatan tiub neural)


Ujian bagi Anemia

Semasa temujanji pranatal pertama anda, anda akan membuat ujian darah supaya doktor anda boleh menyemak sama ada anda mempunyai anemia. Ujian darah biasanya termasuk:

1) Ujian hemoglobin.
2) Ujian hematokrit. 

Walaupun anda tidak mempunyai anemia pada awal kehamilan anda, doktor anda kemungkinan besar akan mengesyorkan bahawa anda mendapatkan ujian darah yang lain untuk memeriksa anemia pada trimester kedua atau ketiga anda.

Rawatan untuk Anemia

Jika anda menghidapi kelesuan semasa kehamilan anda, anda mungkin perlu untuk mula mengambil suplemen zat besi dan / atau tambahan asid folik tambahan kepada vitamin pranatal anda. Doktor anda juga boleh mencadangkan agar anda menambah lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi dan asid folik untuk diet anda.

Selain itu, anda akan diminta untuk kembali untuk ujian darah yang lain selepas tempoh masa yang tertentu supaya doktor anda boleh menyemak tahap hemoglobin dan hematokrit anda supaya bertambah baik


Jadi jangan lupa untuk pastikan makanan yang anda pilih semasa hamil cukup bernutrisi untuk mengelakkan anda dari mengalami masalah anemia tau. Kalau susah sangat, telan je supplemen. Lagi mudah!. Hehehe. Yang penting pilih supplemen yang semulajadi dan tidak memudaratkan kandungan anda. Sehingga berjumpa lagi dalam entri akan datang!


~~~~014-3794493~~~~

~~~~Sid1076149~~~~

~~~~Kota Kinabalu~~~~


Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on