Tuesday 30 June 2015

Mencuci Tangan Kurangkan Risiko Bayi Terkena Virus



Assalamualaikum mommies!
Lama rasanya tidak update blog ini disebabkan "kehilangan" laptop untuk 2 minggu lamanya.. :P
Hah, hari ini saya dengan semangatnya akan terus memberikan mommies info-info terbaik dari ladang! Hehehe..

Mommies pernah tak dengar bahawa kita harus mencuci tangan sebelum kita memegang bayi kita especially bayi yang baru lahir? Mesti pernah kan? Saya juga mengalami pengalaman yang sama apabila melahirkan anak pramatang pertama saya. Semasa bayi saya berada dalam NICU, nurse kerap memberitahu saya untuk mencuci tangan dengan bersih sebelum saya memegang bayi saya kerana dikhuatiri akan membawa risiko jangkitan virus kepada bayi. Memang agak leceh apabila perlu kerap mencuci tangan.Huhuhu...

Apabila bayi anda baru lahir, seeloknya elakkan berjumpa dengan orang awam mahupun ahli keluarga sendiri terutama orang-orang yang mengalami batuk, selsema dan demam. Terangkan kepada mereka bahayanya jangkitan virus jika terkena kepada bayi anda. Jangan risau dengan apa yang mereka akan fikirkan atau katakan. Tetapi risaulah kerana yang bakal menerima risiko itu akhirnya adalah anak anda sendiri!
Dan kerana beberapa jenis virus dapat hidup di kulit manusia selama 8 jam, ada baiknya jika anda meminta mereka untuk mencuci tangan terlebih dahulu sebelum mereka mendukung dan menyentuh bayi anda.

Jika mommies rasa perkara ini sukar dilakukan, sediakan saja Hand Sanitizer berdekatan anda untuk memudahkan mereka membersihkan tangan. Demi kesihatan anak anda, saya rasa tidak sukar jika kita mencuci tangan sebelum memulakan aktiviti penyusuan bayi, ketika menukar lampin bayi, atau selepas anda melakukan apa-apa aktiviti di dalam dan luar rumah.




_Sharing Life Secrets
Ummi Khalif
014-3794493
Read More »

Tuesday 16 June 2015

Doa Untuk Anak Cerdik & Pintar

Assalamualaikum.
Esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat kepada kita semua. Jangan lupa perbanyakkan ibadat dan doa semasa bulan puasa.
Jika kita berdoa sepanjang Ramadhan, insyaAllah doa-doa kita akan termakbul.
Bagi yang menginginkan anak yang pintar dan cerdik, boleh la mengikut panduan doa seperti dalam gambar yang saya sertakan. Niat lah apa pun yang baik-baik untuk anak kita.
Semoga doa-doa saya dan anda akan termakbul di bulan Ramadhan nanti.
Sehingga bertemu lagi.
Salam sayang..
Read More »

Sunday 14 June 2015

SET BERSALIN SHAKLEE




Ketika berpantang, ibu harus menjaga dirinya termasuk luka jahitan luar dan dalam dan juga perlu menjaga bayi yang baru dilahirkan. 
So, di dalam tempoh ini, perkara yang amat penting adalah memastikan ibu segera sihat, luka cepat sembuh dan cergas agar dapat menjaga bayi dan menyusukan bayi tanpa stress dan rasa tertekan. 


Set berpantang shaklee yang terdiri daripada;

1. ESP - iaitu minuman soya semulajadi berperisa vanilla yang membekalkan tenaga berpanjangan (walaupun berjaga malam). ESP juga membekalkan protein yang sangat penting untuk penghasilan darah merah yang hilang semasa kelahiran bayi. Selain tu, ESP juga penting untuk penghasilan sel-sel baru yang luka ketika proses bersalin. Namun, yang paling disukai oleh ibu mengandung apabila strecthmark di bahagian perut semakin pudar. Ohsem kan?

2. Vitalea - berfungsi untuk membekalkan nutrisi harian yang diperlukan oleh badan. Almaklumlah semasa pantang kepelbagaian makanan adalah terhad. Nutrisi ni penting agar sistem badan dapat berfungsi sepenuhnya. Nutrisi seperti vitamin B boleh mengurangkan stress/migrain manakala mineral seperti iron membantu menghasilkan darah merah untuk elak pitam dan pucat. 

3. Zinc - Umpana pil ajaib yang berfungsi untuk mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman. Selain tu, ia juga sangat penting untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyaknya selepas bersalin. 


4. Ostematrix - Membantu dalam mengurangkan sakit pinggang ibu yang menyusukan anak dan juga mengelakkan sembelit semasa dalam pantang


5. B-Complex- Membantu menangani masalah stress ketika berpantang seterusnya mengelakkan daripada terjadinya meroyan



6. SR Vitamin C- Memberi manfaat kepada ibu yang berpantang supaya tidak mudah dijangkit sakit selsema dan demam.



Selain memberikan manfaat yang banyak kepada ibu berpantang, cara makan set ini juga sangat mudah. Anda hanya perlu membancuh esp dan menelan vitamin saja. Mudahkan?

Alhamdulillah, saya berpeluang berpantang dengan set ini dan sangat membuatkan saya happy sebab tidak melalui saat berpantang yang mengerikan.




Jika anda ingin mendapatkan set premium berpantang Shaklee, boleh lah menghubungi saya dengan segera.



Ummi Khalif,
014-3794493

Read More »

Jenis & Warna Najis Bayi










Saya pun ada masalah yang sama! Tak tahu maksud di sebalik warna najis anak saya. Maklum lah anak pertama.. :) Setiap kali juga saya mencari info-info daripada encik Google. Alhamdulillah sekarang saya tak perlu risau jika ada sebarang perubahan pada warna najis anak saya memandangkan saya sudah tahu maksud di sebalik warna-warna itu.. Mommies baru mesti ada pengalaman yang sama kan. Gelabah bila anak tak membuang air besar berhari-hari, najis bayi keras dan sebagainya. Kan? Jadi di sini saya share serba sedikit tentang jenis dan warna najis bayi untuk membantu mommies pada hari-hari yang mendatang.



Sebenarnya najis bayi ini mengikut usia bayi, samaada dia breastfeeding atau susu formula, dan samaada bayi sudah mula makan solid food.
Satu lagi persoalan yang biasa bermain difikiran mommies ialah, berapa kali bayi akan membuang air besar dalam sehari? Betul tak? =) Sebenarnya, tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula.
Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.
Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.



JENIS DAN WARNA NAJIS BAYI

1. NEWBORN POO : MECONIUM

Bagi baru yang baru lahir, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Biasanya najis jenis ini tidak berbau namun kotorannya susah ditanggalkan.


2. BREASTFEEDING POO

Bayi yang menyusu dengan susu ibu, warna najisnya adalah kekuningan. Najis bayi akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. Di awal kelahiran bayi akan membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu badan. Ini adalah perkara normal dan mommies tidak perlu risau dengan keadaan ini.


3. FORMULA MILK POO

Najis bayi yang meminum susu formula akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan. Sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang menyusu badan. 



4. SOLID FOOD POO

Apabila bayi anda mula untuk mengambil solid food, najisnya juga akan mengalami perubahan. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.


5. POO WITH PARTIALLY DIGESTED FOOD

Mommies jangan risau jika ternampak sisa makanan pada najis bayi anda. Ia terjadi kerana bayi baru sahaja memulakan solid food dan makanan tersebut tidak dapat dihadam sepenuhnya. Biasanya dalam najis anak saya, saya akan jumpa hirisan lobak, Hihihih


Jika bayi anda mengeluarkan najis yang berdarah atau bayi anda mengalami cirit birit, segeralah bawa bayi anda berjumpa dengan doktor. Kemungkinan perkara ini terjadi ada kaitan dengan masalah penghadaman atau luka dalaman dalam perut bayi. Wallahualam..
Read More »

Tips Luka Bersalin 'Caesar' Cepat Sembuh






Assalamualaikum..

Pengalaman pertama saya melahirkan anak pramatang saya secara pembedahan memang agak mencabar. Mujur lah sebelum melahirkan, saya banyak membaca tentang panduan penjagaan luka bersalin secara normal dan czer dan juga supplemen yang sesuai untuk kedua-duanya. Alhamdulillah dalam seminggu luka saya kering, bersih dan dipuji oleh doktor kerana luka saya kelihatan cantik.
Sekarang sudah setahun selepas saya melahirkan,. Oleh itu saya juga ingin berkongsi kepada anda tips menjaga luka pembedahan agar cepat sembuh.


1. Pastikan luka sentiasa dalam keadaan kering. Selepas mandi, lap di bahagian luka dengan tuala yang bersih dan kering dengan cara menekap di bahagian luka perlahan-lahan. Pastikan tiada nanah atau darah yang keluar daripada luka tersebut.


2. Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak tradisional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu. Untuk saya, sepanjang berpantang saya memang tidak menyapu apa-apa ubat di bahagian luka. Saya cuma amalkan pengambilan supplemen zinc untuk pastikan luka cepat kering.


3. Jangan gunakan sabun semasa mandi. Hanya gunakan air sahaja untuk mencuci bahagian luka.


4. Tekan di bahagian luka dengan bantal jika anda hendak batuk atau bersin. 

5. Pakai high waist panty supaya getah panty tidak menyentuh di bahagian luka.

6. Elakkan mengambil ubat tradisional sembarangan. Dapatkan nasihat doktor kerana bukan semua ubat tradisional sesuai untuk ibu bersalin secara Caesar. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan rahim. Dan ada juga yang mungkin akan memberi kesan kepada luka hingga menyebabkan luka lambat sembuh. Seperti biasa, supplemen yang saya ambil memang selamat. Saya mengambil supplemen berasaskan protein dan zinc untuk memulihkan luka saya dengan cepat. Memang berbaloi!


7. Susukan bayi anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytoxin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin , bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.


8. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi , multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa  pembedahan.  Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh. Manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Supplemen yang saya ambil semasa pantang memang mengandungi semua yang disebut di atas. Saya gembira sebab tidak perlu melalui pengalaman teruk dalam menjaga luka pembedahan saya.


Whatsapp
014-3794493

Read More »

Fakta dan Mitos Tentang Makanan Berpantang









Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera.

Hari ni saya nak share tentang amalan pemakanan semasa berpantang. Orang Melayu terutamanya orang-orang tua sangat strict dengan pantang. Sampaikan ada seorang kawan saya yang berpantang hanya dengan nasi berlaukkan ikan bakar semata-mata. Tiada buah dan sayur. Mak dia bagitau kalau makan buah dan sayur badan akan sejuk. Saya terfikir dari mana agaknya ibu dan anak akan mendapat khasiat jika hanya makan begitu sepanjang berpantang. Tak hairan la kebanyakan ibu berpantang ramai yang sembelit, 


Ada beberapa perkara fakta dan mitos semasa berpantang.


Mitos 1 : Tak boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana sejuk untuk badan
Fakta : Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain memberi sumber vitamin dan mineral. Ini dapat mengelakkan si ibu dari terkena sembelit serta dapat mempercepatkan penyembuhan luka. 

Mitos 2 : Minum air dengan banyak boleh menyebabkan perut buncit
Fakta : Orang dewasa di galakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Minum air yang mencukupi boleh mengelakkan sembelit, menstabilkan suhu badan dan membantu pengeluaran susu ibu dengan baik. 


Mitos 3 : Makanan laut boleh menyebabkan gatal pada luka
Fakta : Sebenarnya jika tiada alergi, boleh saja di makan untuk mendapatkan sumber protein. Tidak semua orang mengalami alergi dengan makanan laut.


Mitos 4 : Makan telur menyebabkan luka bernanah
Fakta : Nanah di sebabkan oleh jangkitan kuman. Telur adalah salah satu contoh sumber protein yang baik dan bagus untuk pemulihan luka dalaman. Jadi tidak salah untuk mengambil telur semasa dalam berpantang


Doktor pun melarang ibu-ibu bersalin terlalu berpantang makan. Kekurangan zat pada ibu berpantang boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu akan lebih mudah berasa letih. 

Pengalaman saya pertama kali berpantang pula saya lebih banyak makan ayam,ikan putih, sup sayur dan nasi. Saya juga mengambil buah betik dan tembikai semasa dalam pantang. Oleh kerana saya bersalin secara pembedahan, saya mengambil Set Shaklee untuk membantu luka czer saya cepat kering. Dalam masa seminggu luka czer saya sudah kering dan doktor yang memeriksa saya juga terkejut kerana luka saya kelihatan cantik dan kering. :) Yang pasti saudara suami yang datang dari Semenanjung memuji kerana muka saya kelihatan segar walaupun tengah berpantang.. :)

Jika anda ingin tahu apakah item dalam set Shaklee yang saya amalkan, boleh lah whatsapp saya di nombor 014-3794493
Read More »

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Meneran







Ketika menjalani proses kelahiran normal, meneran adalah salah satu proses alamiah untuk mendorong bayi keluar.Proses meneran perlu dilakukan dengan baik dan betul agar kekuatan ibu tidak menjadi sia-sia. Beberapa kesalahan yang sering dilakukan saat meneran ialah:




Menutup Mata
Lebih baik membuka mata dan arahkan pandangan ke arah perut. Menutup mata ketika meneran akan memberi tekanan pada mata yang menyebabkan mata menjadi merah dan hanya akan hilang selepas beberapa hari kemudian.


Mengangkat Punggung
Jangan angkat punggung!
Jika anda mengangkat punggung ketika proses meneran, ia hanya akan membuat koyak perineum menjadi lebih lebar sehingga anda akan lebih banyak menerima jahitan. Ini juga akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan akan memberi tekanan kepada anda kerana sakit pada jahitan.


Berteriak/Menjerit
Banyak ibu yang berteriak untuk melepaskan rasa sakit ketika proses melahirkan. Namun hal ini tidak bagus kerana selain mengurangkan tenaga ia juga membuat tekak menjadi kering, batuk, serak dan keadaan akan menjadi panik. Lebih baik kumpulkan tenaga untuk meneran daripada anda menjerit. :)


Meneran sebelum ada arahan daripada doktor
Lakukan pernafasan panting (pendek-pendek dan cepat) sebelum pembukaan lengkap. Ikut arahan doktor. Jika anda meneran sembarangan, selain membazir tenaga, meneran secara tidak teratur juga menyebabkan kesan koyak yang lebih besar dan bengkak.


Menahan Meneran
Kadang-kadang ibu akan menahan daripada meneran kerana takut najis ikut keluar melalui dubur. Untuk itu adalah disarankan anda untuk mengosongkan usus 24 jam sebelum proses kelahiran.
Read More »

Saturday 13 June 2015

Tips Bantu Ibu Hamil Tidur Nyenyak








Ibu hamil kerap mengalami masalah untuk susah tidur lebih-lebih lagi apabila usia kandungan sudah memasuki trimester ketiga. Keadaan perut yang semakin membesar membuatkan ibu hamil keletihan kerana tidak mendapat tidur yang cukup.
Saya juga mengalami masalah yang sama semasa hamil dulu. Setiap malam mengadu dengan suami dan agak stress masa itu kerana itulah pengalaman pertama saya ketika mengandung. 
Mujur lah dapat beberapa tips untuk bantu saya mendapat tidur yang lena. Sekarang masanya pula saya kongsi bersama-sama anda supaya anda pun mendapat tidur yang nyenyak seperti saya. Hehehe!!



1. Urutan
Urutan dari seorang suami sangat memberi impak yang besar kepada aktiviti tidur kita.. Minta suami kesayangan anda untuk mengurut lembut kaki anda sebelum anda tidur.
Hah yang ini memang aktiviti wajib setiap malam tau masa saya pregnant.
Bila suami urut di kaki memang mudah untuk saya tidur. Cuba lah! ☺☺☺


2. Kalsium
Ingat tak kalau selalu tengok drama di tv, mesti ada babak minum susu sebelum tidur? Ada kan? Hehe.
Tahukah anda pengambilan kalsium yang kurang menyebabkan kita mengalami masalah untuk tidur dengan lena lebih2 lagi ketika anda sedang hamil.
Sebab itu ibu hamil wajib ambil makanan atau minuman yang mengandungi kalsium untuk membantu menyelesaikan masalah susah tidur.
Masa saya mengandung dulu, saya cuma ambil 4 biji tablet kalsium. Memang best sebab dapat tidur dengan lena tanpa mengalami kekejangan kaki atau simpul biawak ketika tidur! Bonus pula bila ambil tablet ini, bangun pagi2 wajib membuang air besar. Lawas perut! Tiada masalah sembelit! ☺


3. Berhenti minum air selepas jam 4 petang
Ibu hamil akan mengalami keadaan mudah terkucil atau kerap membuang air kecil. Keadaan ini terjadi kerana lantai pelvis menjadi lemah semasa hamil. Bole baca pasal itu di sini http://ummikhalifstories.blogspot.com/2015/06/punca-ibu-hamil-terkucil.html
Jadi amat disarankan supaya ibu hamil berhenti mengambil cecair selepas jam4 petang. Ini membantu ibu hamil untuk tidur lena kerana tidak perlu kerap bangun ke tandas setiap jam.



4. Simpan katalog barang bayi
Ini memang masalah besar jika anda menyimpan katalog barang bayi di dalam bilik semasa hendak tidur. Bila kita asyik melihat kepada isi katalog, otak akan mula bekerja untuk memberi jawapan kepada anda barang mana yang hendak dibeli, yang tidak perlu dibeli dan sebagainya.
Jadi kalau sudah anda berfikir lama bila pula masa nak dapat tidur yang lena? So ibu2 hamil sekalian please put away mana-mana katalog yang sering menjadikan anda tidak keruan! Hehehehe! Lakukan aktiviti ini pada sebelah pagi sahaja okay!


5. Bersenam
Ibu hamil memang digalakkan untuk bersenam dan banyak bergerak. Ini kerana aktiviti begini dapat membantu anda dalam proses kelahiran nanti.
Luangkan masa 20-30 minit setiap pagi dan petang untuk melakukan senaman ringkas.. Pastikan anda melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil. Berbincanglah dengan doktor anda tentang senaman yang selamat untuk ibu hamil.


Sekian sahaja tips-tips kali ini...
Jangan lupa untuk lakukan setiap tips di atas ok. Tips ini memang berkesan untuk saya! Jadi, mommies harus cuba ok. Sehingga bertemu lagi dalam entri yang akan datang!
Salam sayang...


Read More »

Wednesday 10 June 2015

Punca Ibu Hamil Terkucil


Pelvis yang lemah menjadi punca kepada ibu hamil untuk cepat merasa terkucil. Pernah tak mommies tiba-tiba sahaja merasakan kain basah, bukan kerana pecah air ketuban tetapi basah kerana terkucil atau terkencing?
Situasi ini memang sedikit memalukan jika dilihat orang dan menjadikan ibu hamil kurang selesa.

Wanita hamil akan mengalami masalah pelvis apabila:
* Punya ketinggian kurang daripada 145 sentimeter
* Hamil kali kedua dan untuk kandungan pertama ia dilakukan melalui pembedahan.
* Kandungan songsang

Pelvis Tidak Normal
   Masalah terkucil ini juga boleh disebabkan oleh pelvis yang tidak normal. Antaranya disebabkan oleh:
* Penyakit pada tulang seperti tubercolosis atau esteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang)
* Trauma iaitu wanita yang mempunyai sejarah patah tulang pelvis sebelum ini.

Untuk menguatkan lantai pelvis, anda haruslah kerap melakukan senaman Kegel. Senaman ini adalah seperti anda mengemut faraj atau seperti anda sedang menahan air kencing. Ulangi langkah ini sebanyak sepuluh kali untuk setiap seisi. Lakukan senaman ini dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari. Jika anda melakukannya secara bersungguh-sungguh, banyak manfaatnya terutamanya jika anda berada di tahap kedua proses kelahiran kerana dengan mengetahui cara mengendurkan otot, anda dapat mengurangkan risiko pelvis koyak semasa meneran bayi keluar.


Tips Atasi Masalah Terkucil
1. Pakai pelapik atau panty liner untuk menyerap air yang keluar
2. Lakukan senaman yoga.Jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
3. Silangkan kaki setiap kali ibu hamil berasa ingin bersin atau ketawa
4. Membuat latihan pundi kencing. Ibu hamil mengatur masa membuang air kecil dan melakukan sebelum terasa ingin buang air kecil
5. Tidak minum air terlalu banyak
6. Kurangkan pengambilan minuman seperti kopi, minuman bersoda dan alkohol yang boleh menganggu pundi kencing
Read More »

Tahap Kesihatan Lelaki Yang Perlu Diperhatikan


Lelaki, sering dikaitkan dengan golongan yang sukar menjaga kesihatan. Kebanyakan lelaki kurang mengambil berat tentang pemakanan dan penyakit. Sikap ego yang tinggi menjadikan mereka kurang peka dengan tanda- tanda awal penyakit yang mungkin mereka hidapi.
Kenali petunjuk kesihatan lelaki yang perlu diberi perhatian.


1. Kuku Bewarna Merah Jambu
    Kuku merupakan penjagaan yang kurang diambil berat oleh kaum lelaki. Mereka menganggap penjagaan kuku hanya untuk kaum wanita semata-mata. Tanpa mereka sedari, kuku memainkan peranan untuk mendedahkan tahap kesihatan seseorang. Untuk pengetahuan, kuku yang sihat adalah kuku yang bewarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Kuku yang tebal dan kekuningan mungkin memberi isyarat bagi penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis kronik. Jika kuku berbentuk seperti sudu melengkung keluar mungkin memberi petanda anda kekurangan zat besi. Jika terdapat kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau, anda mungkin sedang menghidap diabetes. Biarpun perubahan pada kuku ini bukan isyarat sebenar tentang penyakit yang anda hidapi, tetapi adalah lebih baik jika anda merujuk kepada doktor anda untuk mengetahui masalah anda.


2. Warna Pada Air Kencing
    Ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya bewarna keperang-perangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Tetapi ingat, warna air kencing boleh berubah mengikut jumlah air yang anda minum. Jika anda minum air dengan banyak, warna air kencing anda akan berubah kepada jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Warna air kencing yang perang gelap membawa maksud anda sedang mengalami dehidrasi. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau supplemen yang diambil mesti dipandang berat.


3. Pancutan Air Mani
    Untuk lelaki pertengahan umur, keupayaan pancutan air mani haruslah antara dua dan lima milimeter (ml). Pancutan air mani akan berkurang mengikut pertambahan usia lelaki. Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat harus mempunyai air mani yang pekat, bewarna putih atau sedikit kelabu. Jika air mani becampur darah kemungkinan besar anda mempunyai masalah kesihatan lain.


4. Kadar degupan jantung
    Bagi lelaki sihat, kadar degupan jantung yang sihat semasa berehat ialah antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm). Malah jika kadar 60 dan 100 bpm juga secara umumnya masih dianggap normal bagi lelaki dewasa. Jika kadar degupan jantung adalah di luar catatan berikut, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan lelaki.


5. Keanjalan Kulit
    Ukuran keanjalan kulit biasanya diukur untuk menentukan paras dehidrasi. Bagi menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Manakala kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa singkat
    
Read More »

Monday 8 June 2015

Kemurungan Selepas Bersalin






Mempunyai bayi baru biasanya dianggap sebagai masa yang menggembirakan. 
Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu baru, anda tidak semestinya akan merasakan perasaan ini terus menerus.
Anda akan melalui satu tempoh di mana anda akan bersedih, tertekan dan menangis. Perasaan ini dikenali sebagai 'baby blues', meroyan atau kemurungan selepas melahirkan. 
Ia biasanya bermula 3-10 hari selepas bersalin dan memberi kesan kepada kira-kira 85 peratus kepada ibu-ibu baru. Umum menganggap bahawa perkara ini adalah satu perkara yang normal.
Kira-kira 10-15 peratus daripada ibu-ibu yang baru mendapat kemurungan dalam jangka masa yang panjang. Ia selalunya berlaku dalam masa enam minggu selepas bersalin dan boleh datang secara beransur-ansur atau dengan tiba-tiba. Ia boleh dikategorikan sebagai kemurungan yang agak sederhana hingga sangat teruk.


Tanda-tanda biasa kemurungan selepas bersalin

Anda mungkin mengalami satu atau lebih daripada gejala berikut. Walau bagaimanapun, adalah tidak mustahil untuk anda merasai semua tanda-tanda berikut:


1) Sering berasa sedih dan rendah diri
2) Menangis tanpa alasan yang jelas
3) Merasa diri tidak bernilai
4) Mempunyai fikiran buruk tentang masa hadapan
5) Letih
6) Cepat berasa marah
7) Perasaan bersalah terhadap diri sendiri
8) Bermusuhan dan tidak bersikap baik kepada pasangan dan bayi anda

Anda mungkin mendapati bahawa anda juga mempunyai simptom di bawah:

1) Hilang daya tumpuan
2) Tidur sering terganggu dan tidak lena
3) Kurang selera makan
4) Tiada keinginan seks
5) Berfikiran tentang kematian


Anda sedia maklum bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan dan pemerhatian yang kerap, termasuk pada waktu malam. Ini adalah perkara biasa untuk anda berasa letih dalam bulan-bulan pertama selepas kelahiran bayi. Kurang tidur juga boleh membuatkan anda merasa cepat marah. Walau bagaimanapun, satu petunjuk bahawa anda mungkin mengalami kemurungan adalah jika anda merasa sukar untuk tidur walaupun anda berasa sangat letih dan anda mempunyai peluang untuk berbuat demikian.



Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

Cuba dapatkan banyak rehat 
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja. 




Makan makanan yang sihat dan seimbang 
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga. 





Buat senaman ringan 
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini. 

Bergaul dengan ibu-ibu lain 
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah tip-tip ibu-ibu dan bapa-bapa kami tentang cara-cara untuk berjumpa ibu-ibu baru lain. 

Bersikap baiklah terhadap diri sendiri 
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.





Minta bantuan suami dan orang berdekatan
Jangan ego. Minta lah bantuan suami. Terangkan kepada suami masalah anda. Jangan malu dan berselindung. Minta suami jaga bayi anda bila waktu malam. 

Jika terdesak dan masalah berlarutan minta bantuan pakar!
Segera berjumpa pakar kaunseling atau doktor anda untuk meminta nasihat tentang masalah ini jika anda tidak mampu mengawalnya sendiri. Jangan malu untuk memberitahu perkara sebenar, Ikut nasihat yang diberikan dan makan ubat-ubat yang diberi mengikut masa yang sesuai. Sentiasa pastikan anda menepati setiap temu janji dengan pakar anda sehingga anda betul-betul yakin yang anda sudah bebas dari masalah ini,





                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *








Set berpantang shaklee menyediakan keperluan nutrisi yang cukup kepada ibu selepas bersalin. Keperluan ini merangkumi nutrisi untuk penyusuan, elak stress selepas bersalin dan penyembuhan luka dengan cepat. Jika anda ingin dapatkan set berpantang shaklee, boleh la menghubungi saya dengan segera.
014-3794493


Read More »

Fikir Dua Kali Sebelum Mengambil Sarapan Ini!






Bijirin Kurang Serat / Bijirin Tiada Serat
Bijirin yang tinggi kandungan karbohidrat dan gula serta rendah serat akan menyebabkan gula dalam darah anda meningkat serta merta. Kemudian dengan cepat akan turun mendadak yang mengundang kepada "mid-morning craving" dan membuat anda menjadi moody. Pakar Pemakanan mengesyorkan pemilihan bijirin dengan sekurang-kurangnya 3 gram serat setiap hidangan. Jangan lupa untuk menambah sedikit hirisan badam ke dalam bijirin anda.






Energy Bar
Kebanyakan bar ini sarat dengan kandungan gula dan hanya mempunyai sedikit atau tiada langsung protein dan serat.







Yogurt Rendah Lemak
Ini adalah contoh makanan sarapan yang terlalu kecil. Jadi untuk memastikan anda mendapat khasiat semasa bersarapan, pastikan yogurt anda ditambah dengan semangkuk oat. Ini akan memberi tenaga yang lebih kepada anda sepanjang hari.










Segelas jus
Ramai yang menganggap pengambilan jus sebagai sarapan adalah makanan yang cukup. Ingat bahawa ini semua adalah karbohidrat dan gula. Anda sepatutnya mengimbanginya dengan pengambilan nutrisi yang lain. Hanya kerana jus anda mempunyai kale, tidak bermakna ia adalah sarapan yang cukup. Kandungan protein yang kurang akan membuatkan anda berasa lapar sebelum tibanya waktu tengah hari.




Kopi
Kopi adalah pilihan sarapan popular bagi mereka yang sibuk. Ramai yang menganggap pengambilan segelas kopi sudah cukup untuk mengisi perut mereka pada waktu pagi. Tanpa mereka sedari, mereka telah menambah bilangan kalori dan gula dalam badan mereka. 





Tidak Bersarapan Pagi
Lebih baik anda makan apa sahaja untuk sarapan daripada anda tidak bersarapan langsung. Ramai yang takut bersarapan kerana menganggap mengambil sarapan akan menyebabkan perut buncit. Tanpa mereka sedari, mereka cenderung untuk buncit kerana tidak bersarapan dan mengambil makanan yang banyak apabila menjelang waktu lunch. Pilihlah sarapan yang mengandungi sumber protein  yang tinggi untuk memberi tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.



Kalau nak sarapan yang lebih mudah, berprotein dan rendah lemak boleh lah ambik 
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Serbuk esp shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein dari sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan laktosa serta kolestrol. Hanya perlu shake sahaja dan anda sudah bersedia menempuhi hari anda dengan bertenaga!
ESP mampu memberi tenaga yang berpanjangan dan memberi rasa kenyang dengan lebih lama!







Boleh dapatkan ESP dengan saya pengedar sah Shaklee atau mana-mana pengedar yang berdekatan dengan anda.
014-3794493



Read More »

Sunday 7 June 2015

Puding Biskut Milo

Selamat tengah hari! Hari ini saya dengan rajinnya buat Puding Biskut Milo. Resepi cuma main campak dan ikut sesedap rasa. Hehehe. Bole adjust mana-mana yang patut. Nak manis, nak pahit, nak bubuh buah-buah, mommies boleh ubah sendiri okay.
Boleh tengok resepi ringkas Puding Biskut Milo saya beserta dengan gambar sekali.


Biskut cream crackers,, milo, gula halus dan susu cair

Sukatan bahan tu main agak-agak jak okay. Kalau suka manis, boleh tambah susu pekat. Tapi saya suka yang kurang manis so bahan-bahan di atas sudah memadai untuk saya. :)



Susun cantik kepingan biskut dan buat bancuhan milo, susu cair dan gula


Suka hati nak letak berapa lapis kepingan biskut. Kalau suka tebal,boleh lapis banyak2 ye. Yang sebelah tu pula bancuhan milo,gula dan susu cair tadi. Bancuh dengan air suam macam mommies nak bancuh kopi suami. Hehehe..





Kemudian tuang bancuhan milo tadi ke dalam bekas yang berisi biskut tadi.. Tekan lembut dengan belakang sudu makan supaya susunan / adunan menjadi padat..







Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan tadi.. Kukus lebih kurang dalam 15-20 minit. Agak-agak air milo da nak kering okay ler tu.. Tutup api dan biarkan sejuk. Oh ya, kat atas tu saya tabur milo sikit.. Nyum-nyum!

Sudah sejuk, boleh masukkan dalam fridge. Makan masa sejuk memang lagi sedap!



Kat atas tu ada tabur lagi dengan nestum. Hehe. Biar variasi rasa lebih mengancam. Lepas ne, mommies boleh lah try resepi yang sangat mudah ne. Selamat mencuba!


Read More »

Rambut Lebat Jadi Pujaan!






Selepas bersalin, wanita lebih sinonim mengalami masalah rambut gugur. Seperti saya juga! Saya mengalami masalah keguguran rambut dan rambut yang kering setelah melahirkan anak pertama saya pada bulan Mei tahun lepas. Setiap hari wajib menyapu bilik dan membersihkan  tandas sebab rambut yang gugur bersepah-sepah di lantai. Belum kira lagi rambut yang tertinggal di bantal dan getah rambut. Stress juga masa tu. Suami pun ada tegur tentang masalah ini. Di bahagian depan rambut sudah agak nipis dan menyerlahkan lagi keluasan dahiku! Duhh!

Mujur cepat bertindak.. Dengan bantuan Set Keguguran Rambut, masalah saya 100% dapat diatasi. Rambut sudah tidak gugur malah semakin lembut dan lurus. Suami puji dengan kejayaan saya ini..
Ingatkan saya seorang saja yang ada masalah ini. Jom tengok video di bawah ini. Lagi teruk masalah dia rupanya!






Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.


Kalau mommies ada masalah yang sama, jangan tunggu lama sampai kepala botak tau!
boleh whatsapp saya untuk lebih info
014-3794493
Read More »

Saturday 6 June 2015

Madu untuk Diet?



Umum mengetahui khasiat madu untuk kesihatan. Walaupun ramai menyedari hakikat ini, masih ramai yang tidak mempraktikkan pengambilan madu dalam kehidupan seharian. Tahukah anda bahawa terdapat kajian yang membuktikan pengambilan madu dapat membantu dalam program diet seseorang? Berikut ialah panduan ringkas pengambilan madu untuk diet anda.


Lemon dan madu
Kalau sebelum ini anda mengambil teh tarik ketika sarapan pagi, apa kata anda ubah selera anda pula. Campurkan sedikit madu ke dalam bancuhan air lemon kemudian minum. Pengambilan minuman lemon madu ini dikatakan dapat meningkatkan metabolisma tubuh selain menjadikan anda kekal aktif sepanjang masa. Bonus! Minuman ini juga boleh menyingkirkan lebihan toksin dalam badan anda!


Madu dan badam
Setiap pagi anda boleh lah mengambil madu bersama dengan empat biji badam. Ini kerana badam kaya dengan Vitamin E dan madu pula mempunyai nutrisi magnesium dan mineral yang menjadi penyumbang kepada kesihatan tubuh badan.


Minum air madu selepas makan
Selain mengambil air suam selepas makan, anda juga boleh mengambil air madu selepas makan.Bancuhkan air suam bersama sedikit madu. Dikatakan bahawa pengambilan air madu selepas makan dapat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman selain membantu memperkemaskan program diet anda supaya ia berjalan dengan lancar.


Madu dan halia
Gabungan kedua-dua ini dapat membantu dalam penurunan berat badan dan dapat memulihkan kesihatan dalaman kita. Ramuan ini juga dapat menghalang virus dari merebak ke dalam tubuh selain melancarkan sistem penghadaman.


Madu dan salad
Tukar menu salad anda. Tambahkan sedikit madu ke dalam salad anda. Khasiat madu lebih tinggi jika dibandingkan dengan sos dan mayones salad yang dijual di pasaran. Selain daripada itu, anda akan lebih mudah mendapat bentuk badan yang diidamkan



Madu dan kayu manis
Cuba resepi ini: 3 sudu kecil madu + 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan bancuh dengan air suam. Ingat! Bukan air mendidih tau. Pastikan air suam sahaja. Minum 30 minit sebelum sarapan pagi dan 45 minit selepas makan malam. Selain dapat mengurangkan berat badan, ia juga berupaya mengawal nafsu makan anda. Cuba lah!



Read More »

Friday 5 June 2015

Ibu Baru Jangan PANIK!




Keadaan bayi baru lahir sering kali membuatkan si ibu berasa panik. Lebih-lebih lagi kerana si ibu tiada pengalaman menyebabkan mereka sering kebingungan. Ibu baru harus pertimbangkan sama ada anda perlu membawa si kecil anda berjumpa doktor atau sebaliknya.



1. Najis hitam dan berbau
    Lazimnya najis pertama bayi bewarna hitam kehijauan, melekat atau cenderung berbau seperti susu yang telah masam atau susu basi. Keadaan najis bayi sangat penting untuk mengetahui pencernaannya normal atau sebaliknya. Anda memang harus panik jika keadaan najis seperti itu berlarutan hinggan 48 jam. Kemungkinan penyebabnya adalah gangguan pada sistem pencernaan ataupun kandungan zat besi yang terlalu tinggi dalam badan bayi.


2. Berat badan terus menurun
    Bayi yang baru lahir membawa tabungan cairan atau lemak untuk membantu bayi menjalani peralihan masa kehidupan baru di luar rahim ibu. Semakin lama ia akan semakin berkurangan dan menjadi penyebab kepada penurunan berat badan bayi anda. Jika penurunan berat badan berlaku selama satu hingga dua minggu walaupun bayi sudah mendapat susu ibu yang mencukupi, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Jangan lupa juga untuk memeriksa keadaan najis bayi anda sama ada dalam keadaan cair atau sebaliknya.


3. Kerap muntah setelah menyusu
    Perkara normal jika bayi muntah sedikit selepas menyusu. Ini adalah kerana bayi anda tidak disendawakan dengan betul. Bantu bayi anda untuk sendawa dengan posisi yang betul. Anda perlu risau jika bayi anda terus muntah walaupun bayi tidak habis menyusu dan disertai dengan cirit-birit. Jika ini terjadi, segeralah bertemu doktor anda.


4. Bayi kerap bersin
    Bersin merupakan proses pematangan bayi dalam sistem pernafasan. Tidak semua bayi yang bersin itu membawa petanda bayi anda selsema atau sakit. Tetapi anda boleh panik jika bayi anda bersin terus menerus dan disertai dengan demam atau muncul tanda alergi kepada sesuatu.






5. Menangis tiada henti
    Menangis merupakan satu cara komunikasi bayi kepada anda. Kemungkinan bayi menangis adalah untuk memberitahu bahawa dia lapar, dahaga atau merasa tidak selesa di bahagian perut. Jika bayi anda menangis terus menerus selama beberapa jam terutama pada waktu petang, kemungkinan bayi anda terkena kolik. Berbincanglah dengan doktor anda tentang masalah ini.


6. Bayi enggan menyusu
    Bayi anda sedang dalam proses belajar menyusu. Tenang lah dan cari posisi menyusu yang selesa dan tepat untuk anda dan bayi anda.Anda perlu panik apabila bayi anda tidak mahu menyusu selama lebih dari tiga hari. Jika ini berlaku hubungi doktor dengan secepat yang mungkin.


7. Ubun-ubun bayi berdenyut
    Belahan tulang dan tengkorak yang belum bersatu dengan sempurna menyebabkan keadaan ubun-ubun bayi berdenyut.Jangan risau kerana setelah berusia dua tahun denyutan pada ubun-ubun itu akan hilang. Rasa panik jika ubun-ubunnya kelihatan lebih cekung daripada biasa kerana ini merupakan tanda dehidrasi sedang berlaku.


8, Tali pusat lembap atau basah
    Dalam masa satu hingga 14 hari tali pusat akan tercabut dengan sendirinya. Selama proses ini, tali pusat kelihatan coklat dan sedikit berbau. Pastikan anda menjaga kebersihan di kawasan tali pusat bayi anda supaya tidak dijangkiti kuman. Ibu perlu panik jika tali pusat bayi sangat berbau dan bengkak hingga mengeluarkan nanah. Segera bawa berjumpa doktor.


9. Ruam
    Ketika bayi berusia empat hingga enam bulan, bintik yang biasanya muncul di kawasan dagu, pipi dan hidung biasanya akan hilang dengan sendirinya. Anda harus berasa panik jika anda melihat kemunculan bintik putih di sekitar mulut bayi kerana ia boleh terjadi disebabkan oleh virus dan menganggu fungsi oral bayi.





10. Kulit kering dan mengelupas
      Ramai bayi yang baru lahir mempunyai kulit yang kering dan mengelupas dan tidak kurang juga yang memiliki tanda lahir. Anda tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya. Bagaimanapun jika kulit yang kering itu berubah kemerahan sehingga bayi anda menangis kerana tidak selesa, anda perlu mengambil tindakan segera. Berbincanglah dengan doktor anda kerana bayi anda mungkin mengalami ekzema.





NotaKaki: Kajian yang dilakukan oleh Declan Murphy, otak bayi tetap bertindak balas terhadap suara selama dia tertidur. Jadi, jangan lupa bisikkan kata-kata yang baik kepada bayi anda semasa dia tidur atau pasanglah alunan ayat-ayat suci Al Quran semasa bayi anda tidur..
Read More »

Tuesday 2 June 2015

Hadapi Dugaan Lambat Hamil





Jangan cepat berputus asa jika anda belum dikurniakan cahaya mata. Percayalah perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Kunci utama ialah anda dan pasangan anda menikmati hidup berumahtangga dengan sebaiknya. Jika anda belum mencuba mana-mana produk untuk masalah kesuburan, saya syorkan anda untuk mencuba Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee.. Ramai testimoni yang berjaya hamil setelah konsisten makan set ini.





Untuk lebih info tentang set ini boleh terus hubungi saya 014-3794493 atau hubungi mana-mana SID yang berdekatan anda.




Read More »

Kedatangan Bulan June



Bulan Jun sudah menjelma tiba. Bermakna kita counting days lagi untuk menyambut kedatangan Bulan Ramadhan, iaitu bulan penuh mulia. Mesti ada yang sudah tidak sabar kan untuk berpuasa sekali lagi? Mudah-mudahan kita semua diberi kesihatan yang panjang untuk memenuhi bulan Ramadhan nanti.. Aamiin..

Seperti biasa, Shaklee menyediakan promosi yang berbeza pada setiap bulan. Bulan ini pula kita berpeluang lagi untuk menikmati promo hebat yang menjadi favourite setiap orang terutama sekali kaum wanita. Apa tidaknya promo bulan ini berkait rapat dengan kedatangan Aidilfitri nanti.
Promo kali ini tidak lain tidak bukan ialah item yang seringkali dikaitkan dengan kecantikan kulit iaitu SR Vitamin C & Vitamin E Complex!
Pasti ramai yang teruja kan?
Kehebatan dua item ini dalam menyelesaikan masalah kulit tidak dapat disangkal lagi.. Jom kita layan gambar cun kedua-dua item ini.





Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan Jun ini. Untuk lebih info boleh la whatsapp saya, SID bertauliah anda atau hubungi mana2 SID yang berdekatan anda! 




Read More »

Kenali hormon-hormon ibu hamil


Perubahan hormon adalah satu perkara yang tidak dapat dielak ketika dalam proses kehamilan. Saya percaya ramai yang mengalami perubahan hormon yang mendadak dan kadang kala sukar diterima akal. Betul kan?
Akibat daripada perubahan hormon ini, wanita hamil juga mengalami banyak perubahan pada tubuh badan dan juga sistem badan wanita itu sendiri.

Ramai yang tidak tahu dan tidak faham tentang maksud hormon dan fungsi hormon ini bukan? Hormon adalah zat yang dibentuk oleh sebahagian tubuh tertentu dalam jumlah yang kecil dan dibawa ke bahagian tubuh badan yang lain.
Hormon mempunyai pengaruh khas, iaitu dapat merangsang organ-organ tubuh badan kita. Sebahagian daripada hormon-hormon tersebut dikawal oleh kelenjar pituitari yang berada di bahagian dasar otak. Berikut adalah beberapa jenis hormon yang dihasilkan oleh setiap ibu hamil:



PROGESTERON
  Hormon ini mempunyai banyak fungsi, antara lain ialah untuk membina lapisan di dinding rahim untuk menyokong plasenta, mencegah kontraksi atau pengerutan otot rahim hingga dapat mengelakkan kelahiran sebelum waktunya. Ia juga membantu dalam penyediaan payudara untuk proses penyusuan. Selain itu, hormon ini juga menyebabkan sistem pencernaan sedikit terganggu seperti perut kembung atau sembelit, serta mempengaruhi emosi serta meningkatkan suhu badan dan menyebabkan rasa mual.


ESTROGEN
  Hormon ini pula menyebabkan puting payudara menjadi lebih besar dan merangsang pertumbuhan kelenjar susu.Hormon estrogen ini juga akan melembut-lembutkan jaringan tubuh sehingga ikatan dan sendi-sendi tubuh menjadi lemah. Kesannya kepada ibu hamil ialah mereka mudah mengalami masalah sakit di bahagian punggung.


HCG
  Human Chorionic Gonadotropin (HCG) adalah hormon khas kehamilan kerana ia hanya ditemui dalam darah dan air kencing wanita hamil. Hormon ini dibentuk oleh lapisan jaringan bahagian luar janin serta plasenta terbentuk pada awal pertumbuhan janin.


PROLAKTIN
  Hormon ini bertanggungjawab dalam peningkatan sel yang menghasilkan air susu dalam payudara. Ia akan meningkatkan penghasilan air susu ketika bayi telah lahir.








OKSITOSIN
  Hormon ini terlibat dalam proses reproduksi pada lelaki dan wanita serta membantu merangsang kontraksi pada waktu kehamilan dan proses bersalin. Selain itu ia juga berperanan dalam pengaliran air susu ketika ibu menyusui bayinya. Ia juga mempercepatkan terjadinya pengecutan rahim.


RELAKSIN
  Hormon ini muncul pada awal kehamilan dan bertanggungjawab membantu mengatasi aktiviti rahim dan melembutkan leher rahim dalam jangka menyediakan ibu hamil pada proses kelahiran.




Contact whatsapp
014-3794493



Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on