Friday 22 May 2015

9 Cara Berkesan Tingkatkan Metabolisma Badan Anda!



Metabolisma rendah sebab tu susah nak kurus! Selalu kan kita dengar rungutan begitu? Tahukah anda ada beberapa faktor yang memperlahankan metabolisma badan kita?
Ada EMPAT faktor utama yang menjadikan metabolisma badan menjadi perlahan.

Saya ulas secara ringkas faktor-faktor tersebut:

1) UMUR
 Bila usia menjangkau 40 tahun ke atas boleh menjadi penyebab kepada perlahannya
 metabolisma kita.

2) JANTINA
 Kaum lelaki lebih tinggi kadar metabolisma dari kaum perempuan. Sebab badan lelaki
 lebih besar dan kurang lemak badan.

3) HIPOTIROIDISME
 Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisma dan menyumbang kepada  kenaikan berat badan!

4) GENETIK
 Hah! Confirm semua tahu!


Tapi, JANGAN RISAU sangat jika anda mempunyai masalah metabolisma yang rendah. Tetap ada cara untuk mengatasi masalah ini. Jom kita baca apakah 9 Cara Berkesan Untuk Meningkatkan Metabolisma Badan Anda!




1) Makan 5-7 hidangan kecil setiap hari! Semua mesti tahu kan bila kita makan, sistem      penghadaman kita akan perlu bekerja. Jadi lebih kerap anda makan, lebih cepat metabolisma badan  anda akan naik. Tapi INGAT! Makanlah dengan kuantiti yang sederhana.

2) Angkat berat! Eh, macam tak percaya pulak! Ini memang betul. Bila anda melakukan aktiviti atau  senaman mengangkat berat (tidak kira di rumah atau gym), badan anda akan membina otot. Jangan  tak tahu pulak yang otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak! Kesimpulannya orang  yang lebih berotot akan mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

3) Makanan pedas. Mungkin bukan semua sukakan makanan yang pedas. Tapi ketahuilah bahawa pengambilan makanan atau masakan yang pedas akan meningkatkan metabolisma badan anda.



Erkk! Perlu makan banyak ini kah?

4) Minuman berkafein. Lepas minum kopi atau apa-apa minuman berkafein tinggi tentu anda rasa  lebih segar kan? Ini kerana minuman yang mengandungi kafein boleh meningkatkan kadar  metabolisma dan seterusnya membakar lebih kalori. Hmm.  Jangan ambik secara berlebihan sebab  mungkin akan memudaratkan. Korek ilmu tentang keburukan dan kebaikan kafein okay!

5) Minum air mineral. Tak ramai yang tahu bahawa air sangat diperlukan dalam meningkatkan  metabolisma badan, Jangan malas minum air okay!

6) Makanan tinggi tenaga. Tambahkan kuantiti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat  kompleks dalam menu anda! Makanan begini mempunyai kadar tenaga yang tinggi.





7) Pengambilan protein yang cukup. Protein mempunyai peranan dalam kontraksi otot dan  pergerakan badan. Protein membantu dalam mengawal atur metabolisma badan. Sebab itu  pengambilan protein sering dimasukkan dalam mana-mana program diet sihat tanpa ubat dan secara  semulajadi.

8) Jauhi makanan ringkas! Makanlah makanan kompleks seperti kacang berbanding makanan  ringkas seperti nasi putih, gula-gula dan lain-lain. Ini adalah kerana untuk menghadamkan makanan  kompleks memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan makanan ringkas.

9) Senaman kardio. Jogging, bermain badminton, berjalan dan banyak lagi senaman kardio yang lain dapat membantu meningkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan meningkat, metabolisma anda juga akan meningkat! Mulai sekarang luangkan masa 30 minit kardio 2-3 kali seminggu.


Jangan lupa untuk mencuba tips-tips di atas. Ingatlah bahawa untuk mencapai berat badan idaman anda, usaha anda haruslah berterusan. Sentiasa disiplinkan diri anda untuk terus berada dalam track yang anda bina. Jangan mudah berputus asa kerana cepat atau lambat hasilnya akan tetap menjadikan anda orang yang baru setiap hari!
Read More »

Monday 18 May 2015

50 Tips Membina Keluarga Bahagia!

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?







6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.







15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.







41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.





Read More »

Sunday 17 May 2015

SENTIASA BERALASAN!

Diberi kesempatan lagi untuk update blog kali ini.
Syukur Alhamdulillah.. Kalau mau berjaya wajib robohkan benteng ALASAN.
Sering kali kita dengar orang-orang yang suka meletakkan alasan untuk sesuatu perkara.
Saya juga tidak terkecuali untuk memberi banyak alasan dalam hidup saya.

Bila saya pikir semula, saya sedar yang saya harus robohkan tembok alasan yang besar dalam diri saya sekarang. Saya mahu berjaya, tapi selalu bagi alasan untuk diri sendiri untuk tidak terus berjaya.
Contoh macam nak update blog ne la. Sepatutnya sudah update dari Jumaat lepas. Tapi apa alasan saya? Hujung minggu harus berehat! Dussshh!!


Saya cuba gali ilmu yang banyak tentang akibat suka meletakkan alasan. Dan akhirnya saya sedar yang saya harus ubah cara pemikiran saya. Saya harus cari jalan penyelesaian untuk masalah saya. Dan hari ini, saya sudah tekad untuk tidak terus beralasan lagi. Baru la saya sedar semakin banyak saya memberi alasan, semakin jauh untuk saya kejar cita-cita dan impian saya.. 
Saya percaya impian saya menanti saya. Kunci utama untuk saya capai impian saya adalah dengan mengubah 360% corak pemikiran saya.. 

Jadi apa alasan anda untuk tidak berubah mulai saat ini?



Read More »

Saturday 16 May 2015

Tips Jadi SUPERMAK!!!

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua!!

Esok bermula lagi minggu baru. Sudah bersedia ka u ols especially mommies yg gojes? :)
Mesti ada yang start mengeluh kan?? Hihihi...
Entri kali ne sy mau share beberapa tips berguna untuk mak-mak moden dalam mengharungi dunia serba pantas ne!
Oopps!! Before tu sy nak bgtau tips ini hanyalah untuk rujukan semata2 dan tidak akan bertanggungjawab ke atas mana2 pihak yang mengalami permasalahan akibat daripada tips ini...



Tips ini boleh diaplikasikan samada mommies bekerja ataupun fulltime housewife mcm sy!

1) Iron Semua Baju Hujung Minggu

 - Hah, hujung minggu...Mommies bole ambik masa2 begini utk iron/seterika semua baju2 kerja      yang akan dipakai untuk sepanjang minggu, Begitu juga dgn baju2 sekolah anak-anak. Tips ini selain  menjimatkan masa, boleh juga menjimatkan eletrik,. Cer try!


2) Buat Planner!

- Eh, kalau surirumah takkan perlu planner? Siapa kata tak perlu? Planner sgt2 diperlukan walaupun anda cuma seorang surirumah. Bila ada planner, senang la mommies nak adjust masa untuk update blog (mcm sy skrg ne, hihihi), bersenam, senarai menu masakan sepanjang minggu dan sebagainya..
Tak payah la buat planner lawa2. Memadai jika anda faham isi kandungan planner dan bole ikut apa yang anda telah tulis.


3) Minta Bantuan!

- Bukan bantuan dari polis atau mana2 pihak beruniform okay! Minta la bantuan daripada suami tercinta untuk sama2 menguruskan rumahtangga. Kan lebih cun mcm tu.. Heheh! Don't try to be a hero when ur body is totally zero! Jgn la ego.. Mommies tetap bole jadi supermak even dengan bantuan suami.. Minta suami tlg mandikan anak atau tidurkan anak.. Senang ke susah?


4) Bersenam.

- Apa kaitan? Opkos la ada kaitan.. Bila badan anda sihat,dan otak cerdas lebih mudah la otak anda untuk berfikir.. Bila jadi mommies otak harus sentiasa kreatif. Baru la boleh dapat award Supermak! Jangan jadikan alasan kesibukan atau tiada masa untuk anda malas bersenam. Tak lama dan tak susah pun. Pilih la senaman yang mudah dan yang boleh dilakukan di rumah. Contoh senaman yang paling mudah adalah Jumping Rope! Cuba tau!


5) Ambik Supplemen

- Ini sy mmg perlukan setiap hari. Untuk jadi supermak sy perlu sentiasa sihat dan sentiasa bertenaga! Mommies lain camna pula? Pernah kan mengadu penat, mengantuk atau paling common sakit pinggang. Pernah kan? Sy cuma ambik supplemen utama untuk sy kekal bertenaga dan tidak stress bila uruskan rumahtangga. Opkos pilihan sy adalah Shaklee.. Kalau mau tau item mana yang sy ambik bole contact sy okeh.. 0143794493


6) Amalan Sebelum Tidur

- Ini sgt penting! mommies try buat dan insyaAllah esok boleh bangun dengan bertenaga dan rasa happy! Sebelum tidur, selain membaca 3 Qul dan Ayat Kursi, sy amalkan baca ne:
 
      * Subhanallah 33 kali
      * Alhamdulillah 33 kali
      * Allahuakbar 33 kali

Selain jadi lebih bertenaga, tidur malam kita akan rasa sgt tenang dan paling penting kita dapat pahala berganda!


Read More »

Tuesday 12 May 2015

Czer & Sembelit

Errr.. tetiba rasa seram sejuk tgh menaip entri ne.
Mommies, u ols bersalin normal atau czer?? Mana yang sakit?
Hahahah!! Soalan bonus. Of course mana2 cara bersalin mommies rasa sakit kan.

 Sepanjang pregnancy aku ada masalah darah tinggi yg kronik. Essential Hypertension.. Jadi mmg sepanjang preggy, teruk juga aku  rasa sebab kena
ulang alik secara kerap ke klinik untuk monitor BP! Tension!
Belum dikira berapa kali admitted disebabkan oleh hypertension ne! Huhu (Trauma)

Dipendekkan cerita, aku selamat melahirkan bayi pramatang pd usia 31 minggu dengan berat 1.3kg. Alhamdulillah syukur.. Dan disebabkan bayiku lahir x cukup bulan, aku terpaksa warded sekali dengan baby sampai la berat baby da cecah 1.7kg baru la kami boleh pulang ke rumah.

Dan bermula la episod pantang aku di hospital.. Teruk sgt2 teruk sebab terpaksa berpantang sendiri. Anak pertama pulak tu.. Sabar jak la aku masa tu! Dalam pikiran aku paling takut la terkena bentan, meroyan time2 berpantang ne. Nauzubilllah. Minggu kedua berpantang, aku kena sembelit! Pelik! Aku ingat czer x boleh kena sembelit. Waduhh aku mmg silap 100%.
Sembelit melampau2. Tak selesa duduk dan baring, Rasa nak menangis sebab aku rasa "tempat" tu da luka sebab aku terlampau meneran masa mau membuang. Huhuhu!!

Baru teringat asben ada bawa set berpantang aku. Malam tu cepat2 aku makan semua vitamin aku.. Alhamdulillah esoknya selesa sgt membuang walaupun masih sakit tempat luka tu. Aduii kenapa la aku nda makan dari awal jak set pantang tu..

Lepas tu aku konsisten makan semua item2 yg ada dlm set pantang tu. Guess what??
Aku lebih bertenaga walaupun aku terpaksa berpantang sorang2 di hospital tu. Gila power betul!
Aku sgt syorkan kepada mommies yang bakal berpantang utk beli set berpantang tu sbb aku sendiri guna and aku rasa effect ohsem hasil dr penggunaan set tu.



Read More »

Makanan Rohani Untuk Anak

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk menulis tentang tajuk di atas. Makanan rohani tu apa benda?
Makanan rohani di sini merujuk kepada makanan untuk hati anak-anak..
Makanan yang berbentuk zikrullah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan banyak lagi.

Semasa saya hadiri satu Parenting Seminar (Puan Lina Karim) yang diadakan di Hotel Platinum Kota Kinabalu sekitar penghujung tahun lepas, kami didedahkan dengan kepentingan makanan rohani yang patut diamalkan oleh semua ibu. Nah para ibu di luar sana, sila ambik perhatian! Hihihi..
Masa kita memasak tu, kita digalakkan untuk sentiasa berzikir bermula dari kita masuk dapur sampai la ketika kita hendak menghidangkan makanan untuk keluarga.
Mau tau apa kelebihan yang kita dapat selain dari pahala berlipat ganda???
Nah bila kita rajin berzikir ketika memasak, anak-anak akan lebih lembut hatinya dan akan lagi mudah untuk mendengar kata2 dan nasihat kita. Best X Best?
BONUS!! Suami lebih sayang dan lebih suka dengan masakan kita even kita masak telur goreng pun suami akan suka! Percayaaaalah kata2 ku. Hihihi...





Saya nak tambah lagi.. Selain zikir masa memasak, korang bole juga zikir masa bancuh susu anak, masa dodoikan anak tidur, masa sediakan air mandian anak.. pendek kata SETIAP masa harus berzikir!

Senang jak kan mau dapat pahala lebih di samping mau dapat keluarga yang sentiasa dirahmati Allah..
BONUS juga utk kita kaum wanita kalau selalu berzikir, badan kita akan lebih rasa bertenaga sepanjang hari.. Jadikan amalan sebelum tidur untuk berzikir sebanyak mampu!



Read More »
 

Followers

Like Us On

Follow Us on